Tuesday, 9 July 2013

MUHYIDDIN MENDAHULUI NAJIB : SEMANGAT MELAYU MULA MENYERLAH : ADAKAH NAJIB MENYAMPAH ???

MANA SATU PILIHAN ANDA. NAJIB ATAU MUHYIDDIN.. SEKIRANYA INGINKAN MELAYU
DIPERJUANGKAN MAKA MUHYIDDIN ADALAH  PILIHAN
TETAPI
SEKIRANYA INGIN MENDAHULUKAN  KAUM LAIN MAKA NAJIB ADALAH JUARANYA.

SalamunAlaykum.

Tiada  lagi perkataan yang mampu diluahkan terhadap UMNO. Kini terserahlah  kepada ahli-ahli untuk menentukan siapa pilihan mereka dan masa depan Melayu dan Islam. Sekiranya ingin mengekalkan apa yang berlaku sekarang, maka, janganlah buat perubahan tetapi sekiranya UMNO ingin menjadi 'Pembela Melayu' maka buatlah pilihan yang tepat.

Semuanya ditangan anda untuk menentukan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Presiden UMNO di PAU nanti. Diharap kematangan ahli UMNO didalam menilai keupayaan serta kebolehan seseorang pemimpin dapat diterjemahkan pada persidangan PAU hujung tahun nanti.

Kegagalan Najib didalam menilai keupayaan 'punasihatnya' menyebabkan ramai ahli UMNO dalam keresahan.
                              Tak cakap salah , cakap pun salah..kini..terpulanglah

                               
                                   "SUARA MUHYIDDIN SEMAKIN LANTANG"

                             MELAYU AKAN DIJULANG  DIBAWAH MUHYIDDIN
                                 UMNO AKAN DI'TALKIN'KAN   DIBAWAH NAJIB
                           UMNO KENA PILIH ANTARA NAJIB  DAN  MUHYIDDIN
                                  KETERBUKAAN NAJIB MERANAPKAN MELAYU              
                  
UMNO perlu kekal berubah untuk relevan - TPM

PAGOH 8 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anggota UMNO perlu melakukan perubahan yang lebih komprehensif jika mahu parti itu terus relevan dan kekal berkuasa pada masa depan.

Menurut Muhyiddin, walau apa jua keputusan pengundi dalam pilihan raya umum lepas, anggota UMNO tidak boleh berputus asa dan perlu terus kuat semangat dan kental menghadapi persekitaran politik kini yang disifatkan lebih mencabar.

"Bila saya turun di sesetengah tempat, ahli kini kurang bersemangat... apabila ditanya mereka menyatakan keadaan ekosistem politik sudah berubah dan bimbang akan kalah.

"Penting dalam situasi sekarang, walau apa keputusan yang dibuat pengundi kita harus menghadapinya.

"Namun jika (anggota) UMNO mahu (parti itu) kekal berkuasa, ia perlu membuat perubahan. Bukan setakat berubah tetapi (perlu menetapkan) ke arah mana hala tuju kita," katanya ketika merasmikan serentak persidangan tahunan UMNO cawangan, Pergerakan Pemuda, Wanita, Puteri UMNO Bahagian Pagoh hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perubahan itu amat penting kerana jika tidak UMNO tidak akan mampu bertahan dan persoalan sama Umno relevan atau tidak akan terus berbangkit dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam masa yang sama, Muhyiddin menyeru pemimpin UMNO supaya berada di barisan hadapan dalam memperjuang isu-isu berkaitan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera.

Beliau berkata, ada pihak melihat Umno terutama sayap Wanita dan Pemuda banyak berdiam diri apabila isu tentang hak Melayu dan Bumiputera diperdebatkan.

"Kalau ada pihak yang ancam hak orang Melayu, mereka mahu lihat UMNO kekal menjuarai isu Melayu dan terus bersuara mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota UMNO supaya terus bangkit dan tampil ke hadapan memperjuang dan mempertahankan hak orang Melayu apabila ia diancam. - BERNAMA
JANGAN JADIKAN UMNO SEBAGAI PENTAS 'HIBURAN'
                           
                                                    Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment