PERBEZAAN YANG BUKAN MENJADI TUNTUTAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Allah Maha Besar, Allah Maha Agung,Tuhan Langit dan Bumi, Tuhan Semesta Alam. Tuhan SegalaNya.
"Sekiranya perseteruan ini berpunca daripada perbedaan pendapat atau berselisih kefahaman, maka dengan itu wajib dari setiap kumpulan yang berselisihan itu 'merujukkan' atau 'menyerah' perkara itu kepada Allah SWT sekiranya kamu adalah orang-orang yang beriman. Dan jangan ada diantaranya mengambil ketetapan sehingga berpecah-pecah, maka, dengan itu kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah, dan kembalilah kamu kepada satu golongan yang menyerahkan segala ketentuan kepada yang Maha Esa. Sesungguhnya perpecahan itu adalah kelemahan kamu dan syaitan amat menyukainya. Mainan perasaan dan hasutan itu adalah kelemahan manusia, olih itu, ingatlan akan Tuhan kamu yang memberi rezaki kepada seisi alam mengikut ketentuanya."
Perpecahan Umat Muhammad kepada dua golongan menjadi amat ketara selepas kewafatan Rasullulah s.a.w. . Walaupun kisah silam yang dinyatakan didalam Al Quran yang secara jelas menyebut perkataan ' syiah', sebenarnya 'AYAT' bukanlah merujuk kepada kumpulan yang berfahaman 'Syiah" selepas kewafatan baginda tetapi lebih merujuk kepada 'golongan' yang berselilish pendapat tentang hukum-hukum Allah SWT seperti yang dibawa atau disampaikan olih umat nabi atau Rasul terdahulu , yang berbeda pandangan dan kefahaman. Memandang perkataan "Syiah' telah terungkap tentang 'perbalahan' yang terjadi dizaman era selepas Rasullulah, maka, 'guna nama' ini dipakaikan semula atau 'digelarkan' kepada golongan-golongan tersebut.
Sepatutnya, perbedaan ini tidaklah sampai berbunuh-bunuhan sesama sendiri seperti yang berlaku tetapi disebabkan 'ketaksuban' atau ' ideologi' yang telah ditanamkan olih mereka yang berkepentingan yang menggangap 'pendirian' mereka saja yang benar', telah meracun hati dan minda pengikut masing-masing tanpa rasa bersalah dan ini telah mengakibatkan perbezaan ini berterusan dan manjadi tidak terkawal sehingga kini.
Dengan berpegang pada keyakinan yang belum tentu 'menjamin' ke Syurga Allah, telah mengakibatkan perbalahan sesama bangsa. Sememang benar, untuk 'menyatukan' manusia yang dikatakan berbangsa Arab ini amat rumit dan komplek. Diatas sifat ego serta tidak mahu mengaku kesalahan sendiri , telah menjerat, bangsa ini sehingga kini. Walaupun bangsa ini pada suatu ketika merupakan satu bangsa yang amat tinggi 'nilai' nya (sewaktu dan sebelum zaman Rasullulah) tetapi disebabkan perbedaan pandangan 'pemimpin-pemimpin' tertentu didalam mempertahankan apa yang 'diyakini' telah mula memecahkan golongan ini, itulah yang kita panggil Sunnah dan Syiah.
Sepatutnya perbezaan ini tidak memisahkan kerana kedua dua kelompok ini tetap mengambil Allah SWT sebagai Tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasul serta mereka juga beriman dengan Ayat-Ayat Allah serta beriman dengan Kitab terdahulu serta berkiblat diarah yang sama. Yang membezakan mereka hanyalah golongan ini terlampau taksub dengan 'Hadith' dari perawi yang didakwa 'diucapkan' olih Rasullalah s.a.w, tetapi sekiranya 'Hadith" ini tidak dijadikan sandaran dan ukuran, kemungkinan perpecahan yang merugikan ini pasti tidak 'memudaratkan'.
Seperti yang saya perjelaskan terdahulu, 'Sunnah" membawa maksud ' tata cara perbuatan yang dilakukan yang dicontohi ' seperti yang diajarkan kepada Baginda Rasullulah dan 'Hadith" pula membawa maksud 'perkataan' atau ' ungkapan'. Olih itu diantara 'Sunnah" dan 'Hadith" adalah dua perkara yang berbeza sama sekali. Sekiranya dua perkara pokok ini tidak dapat diperbezakan, selagi itu 'perbalahan' tetap akan berlaku sehingga 'kiamat' dan selagi itu Sunnah dan Syiah tetap kekal selamanya 'berbunuhan'. Setiap dari golongan akan 'berjuang' dan mengiktiraf apa yang mereka diikuti , walaupun terdapat percangahan didalam ibadah namun yang diyakin tentang kebenaran itu tidak dapat disanggah olih sesiapa jua walaupun 'kepercayaan itu tidak terdapat didalam Al Quran dan tidak di Sunnahkan olih Rasullulah s.a.w.
Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat dalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".
Pengertian umum, Ahlul Sunnah ialah sesiapa yang mengikut Sunnah Nabi s.a.w kemudian ia dihimpun kepada empat madzhab fiqh yang diketuai oleh Imam Malik yang lahir pada tahun 95 Hijrah dan meninggal tahun 179 Hijrah, Abu Hanifah yang lahir tahun 80 Hijrah dan meninggal tahun 150 Hijrah, Syafie yang lahir tahun 150 Hijrah dan meninggal tahun 204 Hijrah, dan Ibnu Hanbal yang lahir tahun 164 Hijrah dan meninggal tahun 241 Hijrah.
Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asy'ari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?
Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik.
Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab merekalah yang terbaik.
Ahlul Sunnah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara iaitu (1)Mengucap Dua Kalimah Syahadat, (2) Sembahyang, (3) Puasa, (4) Zakat, (5)Haji.
Sementara Syiah Imamiyyah berpegang kepada sebuah Hadith Nabi yang merangkumi lima perkara juga iaitu sembahyang, puasa, zakat, haji dan jihad.
Ahlul Sunnah juga bersetuju bahawa Ahlul Bayt Nabi s.a.w adalah lebih mulia dari orang lain, sebagaimana firman Tuhan dalam Surah al-Ahzab: 33,"Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu hai Ahlul Bayt dan menyucikan kamu sebersih-bersihnya".
Selain dari ayat itu, Syiah Imamiyyah berpegang kepada beberapa Hadith Nabi yang antaranya menerangkan kedudukan keluarga Rasulullah s.a.w .
Rasulullah bersabda:"Aku tinggalkan kepadamu dua perkara yang berharga:Kitab Allah dan keluargaku (al-Itrah)" (Sahih Muslim, Hadith Thaqalain).
Rasulullah s.a.w bersabda:"Ahlul Baytku samalah seperti kapal Nabi Nuh; siapa yang menaikinya berjaya dan siapa yang tidak menaikinya akan binasa/tenggelam", (Al-Hakim Nisaburi, al-Mustadrak, Bab Kelebihan Keluarga Nabi).
Ahlul Sunnah membuang perkataan Haiya 'ala khayr al-'amal (marilah melakukan sebaik-baik amalan) dari azan asal dan menambah perkataan as-solatu khairun minam-naum (solat lebih baik dari tidur) dalam azan subuh.
Kedua-dua perkataan itu dilakukan ketika pemerintahan khalifah Umar.
Mengenai yang pertama, beliau berpendapat jika seruan itu diteruskan,orang Islam akan mengutamakan sembahyang dari berjihad.
Tentang yang kedua, beliau dikejutkan dari tidurnya oleh muazzin dengan berkata:"Sembahyang itu lebih baik dari tidur", maka beliau lantas tersedar dan menyuruh muazzin itu menggunakan perkataan itu untuk azan Subuh.
Oleh Syiah Imamiyyah diteruskan azan asal sebagaimana dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w dan khalifah Abu Bakar RA.
SURAH AL AHZAB
Surah Al Ahzab, Ayat 30
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.
Surah Al Ahzab, Ayat 31
Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia.
Surah Al Ahzab, Ayat 32
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
Surah Al Ahzab, Ayat 33
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Nota :- Berpandukan kepada ayat dari surah diatas golongan AhlulBait hanya tergolong kepada isteri-isteri Nabi saja. Adakah Nabi Muhammad s.a.w dengan sengaja menokok tambah perkataan seperti yang Allah SWT firmankan kepadanya seperti didalam ayat 33. Fikirkan!! Penokok tambahan ini HANYA terdapat didalam "hadith" dibawah ini. Adakah ayat diatas akan 'merangkumi' watak-watak lain selain isteri baginda sendiri??
AL IMRAN
3-7: Dia (Allah) yang menurunkan sebuah kitab (al-Qur’an) kepada engkau (wahai Muhammad saw), sebahagiannya (isi kitab itu) adalah ayat-ayat yang ‘muhkamah’ (jelas maksudnya); itulah ibu (induk) isi kitab (al-Qur’an). Dan (ayat-ayat) yang lain adalah ‘mutasyabihah’ (yang samar-samar, mengandungi beberapa pengertian). Orang yang di dalam hati mereka ada kesesatan mencari-cari pada ayat-ayat mutasyabihah bagi mengadakan fitnah dan membuat takwil (penjelasan), sedangkan tidak ada yang mengetahui takwilnya kecuali Allah. Dan orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepadanya (ayat-ayat mutasyabihah), semuanya itu daripada sisi Rab (Tuhan) kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan ‘ulul-albab’ (ahli fikir).
TIDAKKAH INI DIFIKIRKAN
Imam Muslim dalam Shahih-nya, dari Ummul Mukminin Aisyah ra yang berkata, “Suatu ketika Nabi mengeluarkan selimut dari bulu yang berwarna hitam. Tiba-tiba datanglah Hasan bin Ali, lalu Nabi memasukkan dia ke dalamnya. Lalu datanglah Husein bin Ali dan masuk pula bersama Hasan ke dalamnya. Lalu datang lagi Fathimah. Ia juga masuk ke dalamnya. Lalu datang Ali bin Abi Thalib, dan Nabi pun memasukkan dia ke dalamnya. Kemudian Nabi membaca firman Allah SWT, “Sesungguhnya Allah bermaksud menghilangkan dosa dari kalian, hai Ahlul Bait dan membersihkan kalian sesuci-sucinya.”Ahlul Bait sepanjang sejarahnya adalah merupakan gambaran sempurna bagi masyarakat Islam yang ideal. Tatanan masyarakat Islam dalam kerangka Ahlul Bait ialah yang meletakkan cinta dalam bingkainya yang agung. Ia menjadi insiprasi dan sumber kekuatan, tetap ada dan terus disegarkan. Ahlu Bait adalah madrasah nubuwwah, kalau masyarakat itu terbentuk dari kumpulan-kumpulan keluarga, maka Ahlul Bait adalah contoh terbaik dari semua keluarga. Cinta kepada Nabi dan Ahlul Bait sudah ada sejak hari-hari pertama dalam sejarah Islam, baik oleh al-Qur’an, oleh Hadis, maupun oleh akhlak dan tingkah laku Nabi dan karena pergaulan yang mesra dengan Rasulullah saw. Hubungan kecintaan ini dikuatkan oleh rasa senasib dan seperjuangan dalam membela Islam. Ajaran-ajaran Nabi menghilangkan asabiyah, rasa kebanggaan suku dan keturunan, sudah berganti dengan persaudaran yang kokoh sepanjang ajaran iman dan tauhid dan terwujudkan dalam kecintaan kepada Ahlul Baitnya.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment