Friday, 30 August 2013

56 TAHUN : MALAYSIA SUDAH MERDEKA !! BAGAIMANA DENGAN ANDA ? MERDEKA KAH??

                                                      Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

                                                          NEGARA KU YANG MERDEKA
                                           PEMIMPIN KU YANG BERTAMBAH KAYA RAYA
                                              RAKYAT SEMAKIN DIHIMPIT KESESAKAN
                                                   KEPERLUAN HIDUP SEMAKIN MAHAL
                                           APA YANG NEGARA MILIKI SEMAKIN HILANG
                                                   JURANG KEKAYAAN SEMAKIN LEBAR
                                                 KEHARMONIAN KAUM SESAK TERJEJAS
                                                      HANYA RETAK TUNGGU BELAH
                                       KEPERCAYAAN SESAMA KAUM SEMAKIN MENIPIS
                                                           ADAKAH KITA MERDEKA ????

Genap 56 Tahun tanah tumpahnya darah ini mengecapi kemerdekaan. Dari Tunku Abd Rahman hinggalah Najib Tun Razak , jawatan Perdana Menteri sileh berganti. Hanya Allahyarham Tun Abd Razak saja yang meninggal dunia sewaktu dipersada jawatan Perdana Menteri, selainnya, ada yang melepaskan jawatan kepada Timbalan kerana keuzuran dan tidak kurang juga disuruh meletakkan jawatan. 

Satu-satunya Perdana Menteri yang sanggup melepaskan jawatan  sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri yang pada ketika  itu berada dipuncak ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamed. Itulah keberanian salah seorang dari Perdana Menteri Malaysia yang 'berkaliber" dan yang berjaya membawa negara ini mercu kemajuan. 

Dalam tempoh 56 tahun merdeka ini, Malaysia dibarisi olih 6 orang Perdana Menteri bermula dengan
i. Tunku Abd Rahman Putra Al Haj
ii. Tun Abd Razak bin Hussein
iii. Tun Hussein Onn
iv. Tun Dr Mahathir Mohammed
v. Tun Abdullah Badawi
vi. Najib Tun Razak ( semasa)

Kegemilangan Malaysia selepas Merdeka ialah ketika pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohammed. Beliau telah berjaya mentransformkan Malaysia daripada negara berteraskan pertanian kepada negara  perindustrian. Alhamdullilah selama 22 tahun beliau dipersada jawatan,  Malaysia aman dan makmur dan rakyat pun sejahtera. Diera beliaulah Malaysia diberikan sasaran sehingga 2020 untuk mencapai status negara maju atau berpendapatan tinggi.

Ketika  Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi tunggak negara, dilihat perkembangan ekonomi Malaysia tidaklah seceria diwaktu Dr Mahathir. Sesungguhnya Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang yang berkarater 'Islamik" dan wataknya sangat lembut tetapi untuk beliau mengharungi Malaysia yang serba mencabar, didapati beliau tidak segagah dan sepintar Mahathir untuk berhadapan dengan 'cabaran'. Disebab ketidak mampuan beliau mengemudi Malaysia maka . satu gerak kerja dilakukan untuk mendesak Abdullah Badawi untuk berundur. Alhamdullilah, Abdullah Badawi akur dengan 'ketentuan' ini.

Najib Tun Razak dipilih atau dilantik sebagai pengganti dan sekali gus Najib dinobatkan sebagai Presiden UMNO. Didalam kekalutan yang melanda disetiap sudut terutama selepas Anwar Ibrahim dilepaskan dari Penjara akibat salahlaku, maka, ketidaktentuan hala politik Malaysia berlaku. Anwar Ibrahim menjadi 'duri dalam daging' kepada Kerajaan. Berbagai onak dan duri dilakukan olih Anwar Ibrahim terhadap 'kesejahteraan' dan 'kententeraman' negara. 

Apabila Anwar Ibrahim bergabung dengan DAP dan PAS pada PRU 12, implikasi terhadap 'kepercayaan' kepada Parti Pemerintah semakin menurun. Pada PRU 12 didapati kaum Cina dan India sudah beralih arah kepada parti Pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim dan ini berlarutan sehingga PRU 13.

Najib yang bertindak sebagai Perdana Menteri sangat 'panik' dengan keputusan PRU 12.Melalui pendekatan terbaru Najib dilihat terlalu 'obses' dan 'kepingin' dengan undi kaum Cina bagi mengekalkan Kerajaan pemerintahan. Najib dilihat terlalu 'memberi' kepada kaum ini sehinggakan ramai dari kalangan orang Melayu dan orang UMNO amat berasa hati dengan tindakan Najib. Najib dilihat seolah-olah mendahulukan kaum Cina berbanding bangsanya sendiri, sehiunggakan kaum Cina memanggil Najib sebagai Ah Jib Gor. Ketakutan Najib terhadap hilangnya sokongan kaum Cina terhadap Kerajaan terbukti 'nyata' didalam PRU 13. Sembilan puluh lapan peratus kaum Cina menolak calon Parti yang memerintah dan ini membuatkan kepimpinan Najib sedikit tempang . Kemenangan Najib kali ini diungguli olih Parti UMNO dan bebarapa kerusi dari MCA, MIC dan parti Bumiputra dari Sabah dan Serawak.

Najib sebagai Presiden UMNO dan Presiden Barisan Nasional  tetap kekal berkuasa untuk tempoh 5 tahun akan datang. Tetapi yang mengusarkan kita sekarang ini, samada wawasan 2020 akan tercapai atau sebaliknya tidak dapat dipastikan. Najib telah mengenalkan beberapa inisiatif ataupun transformasi tetapi sehingga kini apa yang dapat dikesan kebanyakan transformasi yang ingin dilakukan kelihatan' tidak memberangsangkan" dan situasi ini amat mencemaskan.

Kemurungan ekonomi yang berkembang agak perlahan ditambah dengan perbelanjaan yang tidak berhemah serta berkedudukan dalam 'deficit' membuatkan ekonomi kita semakin menguncup dan tidak menentu dan terkini Fitch Rating Agency telah menurunkan  'rating' kita dan ini amat tidak baik untuk " perkembangan" ekonomi Malaysia.

Walaupun setelah 56 tahun negara ini mencapai Kemerdekaan, Melayu masih ditahap yang sama, kekayaan dan ekonomi negara masih lagi dipegang olih kaum Cina dan kaum India sudah mula 'melangkah jauh' meninggalkan Melayu.  Untuk orang Melayu bergerak seiringan dengan kaum Cina dan kini India, nampaknya agak mustahil kalau dikira dengan angka.Hanya pada mata kasar saja Melayu nampak berjaya tetapi pada hakikatnya 'keadaan' itu tidak banyak berubah.

Walau bergerak pun angka kemerdekaan negara ini dari setahun ke setahun , namunMelayu marhean akan tetap sama seperti dahulu. Yang bertukar corak dan warna hanyalah 'pendukong-pendukong' pemimpin politik" samaada dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang, kekayaan mereka akan bertambah setiap minit. Itulah hakikatnya Malaysia Ku yang Berdaulat..

Nota :-
                                              Merdeka hanya kepada pemimpin
                                        Tetapi merdekakah mereka yang dipimpin?
\
                                       
                                                       Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. APA KE BANGANG ENGKAU NI BARUA !...PADA ZAMAN MAHADIRLAH EKONOMI ORANG MELAYU SEBENARNYA MENGUNCUP, BUKAN MENGEMBANG !...YG MENGEMBANG DGN JELASNYA IALAH EKONOMI BANGSA KELING TERUTAMANYA HINGGA SKRG NI, BAHALOL!...KOT YER PUN ENGKAU KAKI JILAT PANTAT SI INDIA TU, TAK PAYAHLAH NAK MEMBURUKKAN DAN MERENDAHKAN SEMUA PM MELAYU YG LAIN TU !...SEMATA MATA ENGKAU NAK BERTUHANKAN SI KELING MAHADIR ENGKAU TU...SATU SATUNYA KELING YG DAPAT JADI PM, BANGANG ENGKAU NI !...

    ReplyDelete
  2. ADA JUGA MANUSIA YANG TIDAK BOLIH MENERIMA HAKIKAT. SEBENARNYA KEBENARAN ITU MEMANG PERIT UNTUK DITERIMA.

    ReplyDelete