ANGKA YANG DIJANJIKAN MELALUI KITAB ALLAH |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
"Sepintas lalu tentang 'rahsia' angka"
Kata-kata Allah SWT diturunkan melalui perantara iaitu Malaikat Jibrail kepada Nabi mahupun Rasul yang dipanggil 'Wahyu". Ayat-ayat itu kemudian dituliskan dan kemudian disusun atur olih Baginda Rasullulah dengan 'perintah' Allah SWT melalui Jibrail.
Bermula dari ayat pertama sehinggalah yang terakhir maka kemudiannya dijadikan 'juzuk-juzuk' mengikut turutan yang diwahyukan sehinggalah ayat terakhir .Setiap Juzuk dibahagi kepada beberapa surah mengikut ayat. Semuanya adalag ketentuan dari Yang Maha Esa. Olih sebab itu 'keajaipan' pengiraan terhadap sesuatu ayat amat berpadanan sekali sehinggakan 'keajaipan' ini sanggup disanggah olih mereka yang 'tertutup hati".
Setiap ayat Al Quran merupakan mukjizat. Setiap simbol bermakna , lafaz-lafaznya, juga merupakan mukjizat; dan ketika makna tersebut dilekatkan kepada sebuah lafaz, ia memberi makna kepada kata. Kata-kata Al-Quran, dengan susunannya yang teratur pada serangkaian mukjizat terbesar ini menerangkan i’jaz AI-Quran kepada kita dengan sangat jelas.
Kata kata dalam Al-Quran, dengan sejumlah pengulangannya, juga merupakan mukjizat. Jumlah kata-kata dalam AI-Quran yang menegaskan kata-kata yang lain ternyata jumlahnya sama dengan jumlah kata-kata Al-Quran yang menjadi lawan atau keterbalikan dari kata-kata tersebut, atau di antara keduanya ada nisbah keterbalikan . Apabila jumlah kata-kata yang ada dalam AlQuran merupakan mukjizat, maka begitu pula huruf-hurufnya.
Jumlah huruf tertentu dalam Al-Quran, pada dasarnya, merupakan mukjizat yang agung. Mukjizat dalam Al-Quran tidak hanya terbatas pada ayat-ayat mulianya, makna-maknanya, prinsip-prinsip dan dasar-dasar keadilannya, serta pengetahuan gaibnya saja, melainkan juga termasuk jumlah-jumlah yang ada dalam Al-Quran itu sendiri. Begitu juga jumlah pengulangan kata dan hurufnya.
Fenomena i’jaz 'adadi pada Al-Quran bukanlah pemuanan baru, tetapi sudah melepasi lintasan sejarah yang panjang. Orang-orang yang melakukan penyelidikan tentang 'ulum Al-Quran sejak dahulu sudah menyedari adanya fenomena tersebut. Mereka menyedari bahawa pemakaian huruf dan kata dengan jumlah tertentu memiliki maksud dan tujuan tertentu.
Sehingga ada diantara mereka berupaya menyingkap' rahsia" dalam 'rahsia' hubungan antara jumlah jumlah tersebut dengan makna-makna katanya.
Pernahkah kita memikirkan :-
Kenapa kita terlingkung dalam kitaran waktu 24 jam sehari.
Kenapa kita terangkum didalam kitaran 365 hari setahun
Kenapa kita terikat masa 7 hari dalam seminggu
Kenapa kitaran dunia ditetapkan selama 12 bulan
Kenapa Allah SWT menetapkan jangka hayat manusia.
Semuanya ini Allah SWT tetapkan dengan angka atau nombor, kenapa? Adakah melalui angka maka sesuatu itu dapat dibuktikan kebenaranya? Kenapa melalui kata-kata tidak dapat dijadikan bukti 'kebenaran' melainkan dengan pembuktian angka-angka? Kenapa angka atau kata mudah 'nombor"?
Tetapi dizaman ini, angka merupakan 'kemestian" didalam menentukan kejayaan kehidupan seseorang barbanding 'kata-kata'.
Contoh :-
Orang itu sangat kaya.
Bagaimana kita hendak mengukur kekayaannya? Hanya dengan melihat
harta yang dimiliki kah kita mengukur kekayaanya? Atau
Orang itu ada 10 juta ringgit
Semestinya orang yang memiliki 10 juta ringgit itu akan kita kata kaya
sebab angka yang dirujukan sangat tinggi jumlahnya kalau dikira dengan
angka.
Olih sebab itu 'keyakinan terhadap kata-kata' olih seseorang tidak dipandang tinggi olih
manusia . Kini 'angka' yang "dipergunakan" sangat 'berkuasa.
Contoh :-
1. Tolong siapkan kerja ini esok!
2. Saya mahu kerja ini disiapkan esok sebelum pukul 12
Kata pertama tidak menunjukkan kepentingan
Kata ke dua menunjukkan kemestian.
Olih itu kehidupan manusia yang sememangnya di'lingkungi' olih angka ini sangat besar ertinya dalam kehidupan dan merupakan 'ketentuan' 'yang ditentukan' Allah SWT untuk perjalanan seseorang. Melalui angka-angka juga manusia dikenal pasti identitinya.
Semua pembuktian kejadian alam ini telah dibukti olih Allah SWT dengan angka-angka melalui Al Quran dan pengulangan method ini juga akan membuktikan " kedatangan manusia yang dinanti" serta 'negara yang dinaungi".
Inshaallah, dengan izinNya saya akan cuba memperincikan ' finding' yang diperolehi untuk diperbincangkan bagi 'menanti' kedatangan ini.Mudah-mudah Allah SWT menunjukkan jalan yang benar lagi diberkati semoga dipermudahkan perjalanan yang getir ini bagi 'menentukankan 'permata sebenar permata' yang dicari-cari..
SIAPA DAN DIMANA |
....bersambung....
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
hehe..tak sabor rasoee nak menunggu.
ReplyDeleteYa....aku setuju yg kehidupan kita ni diselubungi olih angka-angka.....tapi angka tu bukan lah angka berbetuk atau berhuruf......bab ni yg aku masih pikirkan lagi....masih belom dpt dipecahkan ruyungnya....ada sesiapa yg bolih kongsi bersama.....
ReplyDelete..... SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASEHI 2017 .....
ReplyDeleteSEKIRA2 HANYA 8 JAM SAJA LAGI KITA AKAN TINGGALKAN TAHUN
LAMA 2016M - MEMASUKI TAHUN BARU 2017M. TAHUN 2016M HINGGA
27 JANUARI 2017M IS THE YEAR OF THE FIRE/RED MONKEY, UNDER
THE RULERSHIP OF WUKONG THE CHINESE DEITY, AKA HANUMAN TO
THE INDIAN GOD. YEAR 2016 THE YEAR OF THE FIRE/RED MONKEY
IS VERY HOT VOLATILE & UNPREDICTABLE YEAR..
IN YEAR OF THE FIRE/RED MONKEY - TO THE SUPERIOR MAN & HIS
YOUNG MAGICIANS THEY ARE FACING THE GREAT GATE, NEVER LOOK
BACK AFTER CROSSING THE GREAT WATER. ON 28 JANUARY 2017 IS
THE CHINESE NEW YEAR - THE YEAR OF THE ROOSTER. MALAYSIA
MERDEKA DLM TAHUN ROOSTER DLL LAGI. ANGKA 17 (8) DLM 2017
MUNGKIN ADA MEMBAWA MAKNA2 YG TERSENDIRI..
WALLAHU'ALAM.. ALLAH JUA YG MAHA TAHU SETIAP YG TERSEMBUNYI.