SUARA MELAYU YANG MENGAKU MELAYU SEMAKIN LAYU MELAYU UMNO, MELAYU PAS DAN MELAYU PKR SEMUA SAMA AGAMA DAN BANGSA ADALAH 'CAGARAN'MEREKA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Setiap kali perhimpunan berlangsung setiap kali itulah laungan 'hidup melayu' berkumandang di Menara UMNO. . Samaada laungan itu dilakukan secara buat-buat atau terpaksa semuanya tidak membawa apa apa erti ataupun impak . Kepada kumpulan yang melaungkan semestinya dengan semangat yang berkobar-kobar seolah-olah sekiranya ada sesiapa yang menghalang dan menghadang 'semangat' itu didalam dewan nescaya 'lumat' dibuatnya. Tetapi semangat itu hanya berkobar-kobar sewaktu perhimpunan saja. Selangkah kaki mereka melangkah keluar dari dewan tersebut semuanya 'luntur' seperti sebelumnya macam 'orang kehilangan arah' itulah sifatnya Melayu yang mengaku Melayu seadanya.
Apabila diberi ruang untuk berpidato, bagai nak pecah dewan dan juga speaker dibuatnya. Berapi-api melontarkan suara bagaikan 'halilintar'. Berbagai 'slanga' dan 'ungkapan 'kuno' akan terpacul dari mulut-mulut mereka seolah-olah setiap 'bait' perkataan membayanagkan keperihantinan dan sifat ambil beratnya mereka kepada Melayu. Begitulah sifat yang dipaparkan olih pemimpin UMNO pada setiap kali Perhimpunan berlangsung.
Namun keberanian yang dimiliki sewaktu seperti didalam dewan perhimpunan tidak diterjemahkan diluar dewan, kenapa? Setiap isu panas yang meletup jarang sekali pemimpin UMNO bersuara tambah-tambah isu-isu yang membabitkan 'Melayu' dan 'Islam". Semuanya terkatup mulut bagaikan dijahit. Yang kedengaran hanyalah mereka yang 'mengaku' pemimpin tetapi sekadar 'yang berpangkat 'prebet" saja jika dibandingkan didalam pasukan Polis. Begitulah 'lagak'nya perkumpulan ini.
Kenapa saya mengenengahkan UMNO sebagai 'butiran' contoh, hanya perkumpulan mereka yang terlampau lantang bersuara terhadap 'nama Melayu dan Islam" tetapi 'tidak pada tindakan'.
" dimana suara mereka yang mengaku Melayu"
Diantara suara-suara biadap yang 'mencabar' ajaran Islam dan orang Melayu
Dakwaan MIMOS menindas Melayu
Sebagai bekas pekerja bertaraf eksekutif di MIMOS aku nak share info dengan para pembaca kenapa MIMOS nowadays sudah menjadi lebih jahanam sejak orang paling penting di MIMOS suatu masa dahulu, Prof Dr Mohamed Ridza Wahiddi meninggalkan GLC ini.
Ini semua gara2 Abdul Wahab Abdullah dengan kroni-kroni Motorola yang telah menguasai MIMOS. Aku resign dari MIMOS pun disebabkan Wahab Botak ni.
Prof Mohamed Ridza Wahiddi inilah think-tank, genius dan permata Melayu yang hilang dari dunia korporat, Kenapa aku kata Prof Ridza Melayu Genius ???
Chua Jui Meng memfitnah Al Quran
penghinaan bulan Ramadhan
penghinaan terhadap rumah ibadat Islam
penghinaan terhadap Mesjid dengan meletakan 'babi'
Dimana keberanian perkumpulan politik samaada UMNO , PAS mahupun PKR didalam mempertahankan amalan orang Melayu yang beragama Islam.
Didalam isu yang melibatkan 'kalimah Allah" itu pun ramai Melayu yang berbeza-beza pandangan. Kalau mereka ini mengaku bahawa mereka adalah Melayu kenapa pemimpin mereka kebanyakannya bisu? Yang bersuara hanyalah NGO NGO Melayu dan NGO Islam saja. Dimana suara 'mereka'?
Untuk itu tidak layak bagi mereka untuk mengaku Melayu, kerana sifat Melayu yang sebenar tidak terdapat pada diri mereka.
Ikhlas dari "- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment