Monday, 23 December 2013

THEPROMISED LAND :-APA PILIHAN RAKYAT SELAIN MENERIMA SEGALA KENAIKAN OLIH NAJIB??



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Apa pilihan yang rakyat ada.? Membiarkan kerajaan 'mengulam' rakyat atau rakyat harus bingkas menentang segala bentuk penindasan yang 'menyeronokan" Kerajaan Najib serta konco-konconya yang bertaraf ' Cap Ayam"?

Kalau rakyat berpeluk tubuh dan hanya  mengharapkan 'blogger' membelasah Kerajaan, dirasakan tindakan ini tidak akan kemana dan segala bentuk 'kenaikan' pasti akan 'dipikulkan' dibahu  rakyat tetapi sekiranya rakyat bangun membantah segala kenaikan ini, kemungkinan  Kerajaan Najib akan berfikir semula adalah 'tanda' kemenangan rakyat'.

Orang Melayu 'menyandarkan undi' pada PRU 13 kepada UMNO dan Barisan dengan harapan 'nasib Melayu' dan ekonomi Melayu akan terbela tetapi 'malapetaka' pula yang Najib 'sogokan' kepada orang Melayu.

Dengan bermacam-macam kenaikan yang dihimpunan keatas Melayu dan rakyat seolah-olah 'bank Kerajaan dan UMNO" hanyalah tertumpu kepada 'wang 'rakyat'', dirasakan tindakan ini amat tidak berperasaan sama sekali. Kuasa yang diberikan sepatutnya menyenangkan rakyat tetapi sebaliknya pula dilakukan. Sudahlah Najib 'berbelanja' sakan' didalam pentadbiran sehinggakan 'deficit' akaun negara, demi untuk menyelamatkan 'jawatan yang dipegang Najib', rakyat pula yang dipaksa menanggung segala bala hutang yang dibuat Najib.

Sudah berguni air ludah rakyat menyalak sekiranya disukat, namun, Najib dan kengkawannya masih berlagak bermewah-mewah didalam perbelanjaan macam 'koling mabuk todi'. Untuk itu eloklah rakyat memikirkan alternatif , bagaimana 'nak menyingkirkan Najib' dipersada kuasa dan digantikan dengan calon yang dipikirkan terbaik yang masih lagi terdapat didalam UMNO walaupun UMNO terpaksa melantik  Tun Dr Mahathir sebagai 'Pensihat kepada Kerajaan Malaysia sekiranya tidak terdapat lagi calon yang berkaliber didalam UMNO.

UMNO perlu akur bahawa kelemahan Najib akan membawa 'petaka' yang lebih buruk kepada ekonomi negara ini dan masa hadapan orang Melayu. Sebelum nasi menjadi bubur, eloklah UMNO 'menyingkirkan' Najib

Kepada Muhyiddin Yassin kalau masih menganggap bahawa UMNO masih lagi untuk Melayu eloklah bertindak segera, takutkan nanti 'bahtera' UMNO karam dan terdampar didasar laut.

ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment