AL QURAN ADALAH PANDUAN KU, SUNNAH ADALAH IKUTAN KU. ALLAH SWT ADALAH TUHAN KU
Monday, 23 December 2013
THE PROMISED LAND :-HANYA SATU SAJA YANG BENAR SELAINYA 'GELEMBONG' !!
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.
Kepimpinan UMNO dan BN ni hanya satu saja yang benar dalam perjuangannya iaitu 'semua naik' selainnya hanya 'gelembong' saja atau cakap berdegar-degar 'isinya' habuk pun tarak
Isa Samad kata ' kenaikan kos sara hidup bukan kerana UMNO'.
Ahmad Maslan pula kata ' GST akan membuatkan harga barangan menjadi murah'
Hasan Malek kata 'akan perbanyakan kedai KRiM agar barang menjadi 50% lebih murah'
Najib pula kata ' kalau tol tak naik cukai akan naik'
Hanya yang belum berbunyi ialah Muhyiddin Yassin. Kenapa???
Atau adakah Muhyiddin merasakan bahawa 'kenaikan' yang dibebankan kepada rakyat adalah 'satu kesilapan'? atau Muhyiddin Yassin tidak sealiran dengan Najib?
Walauapapun harapan orang Melayu dan ahli UMNO kini 'tergalas' dibahu Muhyiddin yand dilihat amat 'cool' namun ramai yang mengharapkan agar satu 'rempuhan' perlu digerakkan terhadap kepimpinan Najib. Najib yang dilihat 'lemah dan hilang arah atau fokus' didalam ''menyelamatkan orang Melayu dari terus 'tengelam dalam ekonomi' yang mencengkam, kini 'memalit' 'tahi' kedahi semua orang Melayu, agar menerima 'keputusanya'.
Kalau satu ketika dahulu 'gerakan' Muhyiddin berjaya 'mengugurkan Pak Lah' demi menyelamatkan Malaysia , kini sudah tiba masanya Muhyiddin sekali lagi terpaksa 'bersengseng lengan' berdepan 'geng Najib demi menyelamatkan UMNO dan Melayu dari terus 'tertanam dalam lumpur' akibat 'salah catur' Najib.
Namun sekiranya perkara ini tidak dilakukan olih Muhyiddin dan hanya membiarkan 'isu' ini bersarang dihati dan 'minda' Melayu maka jangkahayat UMNO tidaklah sepanjang yang dijangka.
Kalau dilihat dari isu-isu yang diketengahkan olih Pemuda UMNO seperti 'terhadnya 'peluang pekerjaan untuk anak Melayu untuk berkerja disektor swasta' serta 'keggagalan GLC didalam membantu syarikat anak-anak Melayu dalam perniagaan dan ' kegagalan mencegah bukan Islam menghina agama Islam' maka dilihat parti 'tunggak' pemerintah iaitu UMNO telah gagal semuanya didalam membela nasib anak-anak Melayu dan agama Islam 'khasnya'.
Diburukkan lagi dengan kegagalan urus tabir kewangan yang mengakibatkan 'rating kewangan' didowngrade serta perbelanjaan yang berlebihan didalam sesuatu projek kelolaan Kerajaan serta 'implikasi buruk terhadap Rosmah' yang dilihat 'terlalu berlebihan atau over expose' dan mengalahkan 'Perdana Menteri' serta ' imej Najib yang dirosakkan dengan isu 'Alyantuya' , maka,bebanan yang dipikul olih pertubuhan UMNO dilihat amat berat sekali Ditambah dengan 'kemurahan hati' Najib terhadap kaum Cina, membuatkan orang Melayu dan orang UMNO terasa dipinggirkan atau 'dianak-tiri'kan olih Najib.
Kehadiran dua watak yang selalu dicemuh iaitu Omar Ong dan Idris Jala yang didakwa menjadi 'tulang belakang' Najib telah banyak 'merosakan' intrigriti orang UMNO dan Melayu sendiri. Olih itu tiada keperluan lagi UMNO serta Muhyiddin serta 'elitis ' berhati Melayu 'mempertahankan' Najib lagi.
Olih itu jalan terbaik adalah 'menggantikan' Najib dengan segera sebelum terlambat.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adakah pilihan yg lain ?
ReplyDeleteUMNO tetapi bukan Najib!!
ReplyDeleteapakah pilihan yg dimaksudkan??
ReplyDeletesila terangkan mana yg kabur??
Subsidi di anggap buruk dan mundur.Hakikatnya negara kita di bina dengan dasar subsidi dan penswastaan negara.Di dalamnya, ada unsur2 nilai berganda.membina kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dalam negara.Menaikan nama malaysia di mata dunia.Cepat membangun di antara kalangan negara dunia ketiga.Apa yang kita tidak dapat rasa,semuanya mengikuti arus pembangunan teknologi dunia.Mendahului dan bersaing setaraf dgn negara kita,atas nama jati diri anak bangsa malaysia.Negara2 maju, semuannya berhutang lebih 100% dari IMF dan bank dunia.Apakah kita mengikut rentak negara sepanyol dan greece atas nama rasionalisasi subsidi.Adakah hasil dari dana rasionalisasi subsidi akan di laburkan dan kembali kepada rakyat dalam bentuk instrumen subsidi, supaya ia kekal kepada makna kesejahteraan dan kemakmuran rakyat malaysia.Atau di jadikan sebagai projek tugu gajah putih buat selama2nya.
ReplyDeleteBenar. Tetapi kalau berbelanja dengan tidak mengukur kemampuan sendiri macammana? Berbillion kerugian dinyatakan olih Jab Akaun Negara sebab salah tabir dan urus, macammana? Salah siapa? Adakah salah rakyat? atau salah pemerintah. Kehebatan seseorang itu dinilai dari pencapaiannya dan bukan ;kata-kata'nya. Cuba lihat perbandingan diantara Tun Mahathir dengan PM selepas beliau iaitu Pak :Lah dan Najib..amat ketara sekali pencapaiannya. Nak tanya sikit..apa sumbangan besar yang Najib ;lakukan kepada negara yang diingati olih setiap rakyat selepas beliau menjadi PM , since 2009? Imej buruk negara tarpalit apabila Najib didakwa terlibat dalam kes Alayantuya..tetapi kenapa sehingga kini Kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan 'kertas putih' mengatakan bahawa Najib tiada kaitan langsung dengan kes tersebut. Dengan memalitkan 'isu' yang sememangnya 'kita' ragui kebenarannya, dijadikan isu utama global..siapa yang malu..tidakkah Malaysia? Sepatutnya seseorang PM itu mesti bersih dan bukan dilihat 'bersih'.
Delete