TAK KAN BANK DUNIA NAK MENIPU KOT!!! |
"TERGAMAKNYA NAJIB"
Terkejut dengan pendedahan ini! Samada perkara ini kebenaran atau fitnah semata diharap 'isu' ini dapat diperjelaskan seterang-terangnya. Sekiranya perkara ini merupakan satu 'fitnah' yang dilemparkan diharap Kerajaan dapat mengheret 'dalang'nya kemuka pengadilan seperti sepatutnya dan sekiranya ini adalah kebenaran maka UMNO dan BN harus memperjelaskan secara terperinci KENAPA???
Kerajaan berhutang penjelasan kepada rakyat. Rakyat dan tertipu sekali apabila Kerajaan kata 'dalang' Kes Lahad Datu sudah dikenal pasti yang didakwa 'terdapat individu dari pembangkang' terlibat tetapi sampai kehari ini semuanya 'senyap'.
Kaluau benar perancangan ini dari Najib dan Punasihatnya maka, UMNO perlu melakukan sesuatu sebelum maruah dan intigriiti UMNO dan Pertubuhannya tecemar.
Najib menjual aset Negara?
Terkini dari Bank Dunia iaitu “Malaysia Economic Monitor: December 2013” pada mukasurat 10 menyatakan seperti berikut:
“… the government reaffirmed its headline deficit target for 2013 (4.0% of GDP vs 4.5% in 2012). This target will be achieved through additional tax revenues (Figure 13). Of the additional RM11.8 billion in revenues expected to be raised compared to budgeted estimates, RM7.4 billion originated from non-tax sources, including RM1.4 billion of proceeds from asset sales and RM4.2 billion from the securitization of government mortgages…”
Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara (melalui securitization of government mortgages) untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya.
Saya syak rancangan menjual aset negara ini telah pun berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit 4% bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.
Saya memandang serius perkara ini dan akan menggesa satu sidang Parlimen tergempar dipanggil secepat mungkin untuk membincangkan kepincangan pentadbiran ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang meliputi isu-isu kenaikan harga barang mendadak dan tindakan menjual dan mencagarkan aset negara seperti yang didedahkan di dalam laporan Bank Dunia.
Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment