Thursday, 23 January 2014

RENUNGAN JUMAAT : KEHANGATAN PROMISED LAND DIDINGINKAN ALLAH SWT



Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Bumi "the promised land' semakin hangat. Kehangatan bukan kerana cuacanya tetapi kehangatan yang dirasai merupakan kehangatan hati dan jiwa orang Melayu yang beragama Islam. Berhadapan dengan berbagai serangan 'mental dan hati' terutama yang melibatkan "maruah ". Maruah Islam dan umat Islam terutama yang berbangsa Melayu amat dirasai kini dan 'meruncing' sekali

Berhadapan dengan pemerintah yang 'lemah' dalam menjamin 'keluhuran perlembagaan' negara ini menyebabkan umat Melayu yang beragama Islam semakin tertekan Dengan berbagai-bagai 'tusukan' terhadap agama resmi negara ini dipandang enteng olih pemimpin politik sehinggakan Raja dan Agong terpaksa membuat 'pasakan' demi menjaga kesucian agama Islam.

Walaupun Raja dan Agung telah 'menetapkan' ketentuan berhubung agama Islam, namun terdapat juga suara-suara sumbang serta gendang dipalukan olih bukan Islam seolah-olah mencabar kewibawaan Raja dan juga Agong sebagai 'Ketua Agama' Islam' dalam sesebuah negeri dan juga negara.

Penghinaan demi penghinaan dilemparkan olih bukan Melayu terhadap agama Islam namun didalam kesebaran itu terdapat 'lorongan-lorongan' yang memungkinkan 'pergaduhan' meletus tetapi orang bukan Islam 'memandang sepi' malahan bertambah berani pula.

Dengan kepanasan yang telah 'ternyala' dihati dan dalam  jiwa orang  Melayu ditambah pula kehangatan dengan kegagalan atau kelemahan parti pemerintah didalam 'menangani' situasi ini. Membiarkan hati dan jiwa orang Melayu 'meluap' menyebabkan kemarahan terhadap pemimpin adalah tempiasnya Bukan meluahkan kemarahan tetapi kebencian yang tercipta olih perlakuan pemimpin sendiri yang gagal 'membela' atau 'mencela' perbuatan bukan Islam diatas kebiadapan yang dilakukan meningkatkan lagi  kehangatan hati dan jiwa orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan peningkatan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung olih orang Melayu yang rata-rata masih lagi terkapai-kapai 'menghangatkan' lagi keadaan. Dengan kos barangan meningkat, meniupkan lagi api kemarahan orang Melayu yang telah tersedia maklum 'marah' dan 'kecewa', samada terhadap pemimpin, mahupun kepada bukan Islam, hanya menunggu masa untuk meletup saja. Silap percaturan atau silap cakap , padahnya amat buruk sekali.

Tetapi alhamdullilah, Allah SWT itu kaya dan Maha Mengerti. Didalam kehangatan yang melanda seluruh makhluk yang melata dibumi 'the promised land' ini, Allah SWT telah 'menurunkan' cuaca yang berlainan sekali. Dengan 'kedinginan' udara yang dihembuskan dibumi 'the promised land' ini sedikit sebanyak telah menyejukkan suhu badan 'manusia' yang melata. Maka kehangatan yang terpendam dan 'membuak-buak' setidak-tidaknya 'berjaya' disejukkan diluarannya. Alhamdullilah

Kini keadaan cuaca diluar amat nyaman sekali dengan udara yang bertiup sejuk walaupun matahari tegak diatas kepala . Walau bagaimanapun 'isyarat' yang di 'tunjukkan' olih Yang Maha Pencipta bukan lah satu petanda yang seharusnya dipandang remeh olih manusia. Allah SWT berjanji bahawa 'segala yang dilakukan bukanlah bertujuan suka-suka ",' perkara berlaku tentu bersebab', apa yang berlaku adalah ketentuan yang  hanya Allah SWT saja yang mengetahui sebabnya

Sebagai insan yang kerdil dan yang bersujud tunduk dihadapan Allah SWT, hanya mampu berdoa agar segala yang diperturunkan Allah SWT, hendaknya, membawa kebaikan kepada yang memohonnya agar apa yang dihajati 'disempurnakan' didunia dan keberkatan juga yang menanti diakhirat.

Kepada bumi 'the promised land' ketahuilah bahawa 'salji' yang diperturunkan diutara iaitu Vietnam,dan yang turun ditimurnya iaitu Filipina serta keduaantaranya iaitu iaitu Selatan dan Barat 'the promised land' iaitu Indonesia, maka 'ternangkumlah' 'the promised land didalam bentuk 'tiga segi'. Apa yang dimaksudkan serta yang senonim dengan 'tiga segi'? Adakah persamaan dengan 'tiga segi Bermuda? Tiga Segi Jepun? atau 'Tiga Segi Asia Tenggara'?.

Nantikanlah!!!! seperti yang dijanjikan.

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. Segitiga bermuda tu kerajaan jin ker?.
    Jepun n asia tenggara pun ade kerajaan jin ker?
    Saya dengar ade 7 kerajaan jin kat dunia ni betul ker?
    -Mraja-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah. Nantikan pembongkaran 1001 malam mengikut Al Quran.

      Delete