Wednesday, 22 January 2014

THE PROMISED LAND : KEBEBALAN ATAU KEBODOHAN

MELAYU NI KALAU DAH TERLAMPAU PANDAI
LAIN JADINYA TETAPI KEBODOHON NAJIB
MEROSAKKAN PULA!!!
APA NAK JADI??

                                            Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

"Agong bukan ketua Islam, hanya Nabi Muhammad boleh tentukan undang-undang Islam"

Inilah yang tajuk yang dipaparkan oleh Malaysian Insider. Samaada ungkapan itu benar-benar diucapkan olih Aziz Bari atau sengaja diterjemahkan mengikut kesesuaian mereka, hanya penulisnya saja yang tahu. Atas kapasiti apa ungkapan itu tidak dapat dipastikan tujuannya.

Tajuk yang diberikan amat mengelirukan seolah-olah ada ajenda tersirat, seolah-olah ayat yang diguna pakai bertujuan 'mencela kedudukan YDP Agung serta Nabi Muhammad s.a.w.

Sejak bila pula YDP Agung merupakan ketua Islam? dan sejak bila pula Nabi Muhammad s.a.w menentukan undang-undang Islam? Kalau benar ungkapan tersebut diluahkan olih Aziz Bari, saya kira pengajian serta ilmu yang dimiliki Aziz Bari yang dikatakan berkelulusan PHD sewajibnya dibuang kelongkang Kenapa saya berkata begitu? YDP Agung merupakan ketua agama Islam bagi Malaysia  serta menjadi ketua Agama bagi negeri-negeri yang tidak Beraja dan Bersultan serta jajahan Wilayah Persekutuan yang diwartakan didalam Perlembagaan Negara. Ayat yang mana satu Aziz Bari tidak faham? atau sengaja ingin menghina Perlembagaan Negara?

Begitu juga dengan ungkapan Aziz Bari ' hanya Nabi Muhammad bolih tentukan undang-undang Islam". Sejak bila pula Nabi Muhammad s.a.w menjadi penentu undang-undang Islam? Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menentukan undang-undang, apa yang digariskan baginda Rasullulah semuanya ditentukan didalam Al Quran serta mengikut Sunnah. Tiada pula terkandung didalam Al Quran mengatakan bahawa aturan yang dibuat datangnya dari Nabi Muhammad s.a.w. Tidakkah Aziz Bari tahu dan faham bahawa Baginda Rasulullah hanya mengikut apa yang diturunkan olih Allah SWT dan tidak sepatah ayatpun yang baginda Rasulullah tambah atau kurangkan. Dengan itu Rasullulah s.,a.w berlepas diri dari apa yang didakwa olih Aziz Bari dan ini merupakan satu fitnah keatas diri junjungan s.,a.w.

Dalam kontek 'menempelak' YDP Agung  serta cubaan untuk memperlekehkan Islam bawaan Nabi Muhammad s.a.w atas perintah Allah SWT itu, tanpa 'sedar' Aziz Bari mengheret sama nama Junjungan umat Islam demi mempertahankan 'pandangannya. Tidak secara langsung, bukan Islam akan mula menaksir bahawa undang-undang Islam adalah ciptaan Rasullulah s.a.w dan bukan datang nya dari "wahyu' dari Allah SWT Tuhan Yang Esa.

Olih itu digesa agar Aziz Bari jangan mengheret nama baginda Rasullulah s.a.w didalam pertikaian atau pendapat beliau berhubung undang-undang Islam yang diamalkan dinegara ini

Katanya, hanya Nabi Muhammad mempunyai kuasa untuk menentukan undang-undang Islam, malah sahabat nabi dan kalifah juga tidak mempunyai kuasa sedemikian.
"Kedudukan sultan jauh berbeza dengan khalifah.

Aziz Bari perlu ingat bahawa zaman ini bukan zaman Rasullulah s.a.w mahupun zaman sahabat Baginda tetapi apa yang digariskan adalah mencuba meletakkan terma-terma bersesuaian untuk zaman ini berpandukan kepada ketetapan Al Quran serta Sunnah walaupun terdapat 'kelopongan' sana-sini tetapi pada dasarnya 'berhampiran' dengan tuntutan Al Quran dan Sunnah.Mana bolih samakan Khalifah dengan Sultan.  Tak kan ini pun hendak dipertikaikan?Apa ajenda sebenarnya Aziz Bari ni??

"Terdapat  tokoh agama seperti Shaykh Yusuf al-Qaradawi yang mengatakan ia tidak menjadi masalah kepada bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Kenapa kita perlu terikat dengan pandangan Yusuf Al Qardawi.? Amalan yang kita lakukan dinegara ini sejak zaman berzaman terpakai sehingga kini. Sebelum ini belumpun kedengaran 'kalimah Allah" disebut atau 'didendangkan' didalam Gereja di Semenanjung hanya diSabah dan Sarawak saja yang 'memanggilnya', itupun kerana Kristian disana 'berkiblatkan' kepada 'taksiran bahasa Indonesia' . Tidakkah terdapat berbagai perbezaan sebutan diantara Malaysia dan Indonesia. Dinegara ini kita panggil 'kereta' tetapi di Indonesia dipanggil 'mobil'. Kalau diindonesia 'membutuhkan' ,membawa maksud 'terlalu teringin' tetapi dinegara ini membawa maksud 'kemaluan lelaki'. Olih itu keperluan 'mengubah' pengertian Tuhan kepada Allah adalah tidak bertepatan.

Kalau setiap agama telah menamakan tuhan tuhan mereka kenapa pula nama yang 'terukir' dan 'terpahat' dihati dan jiwa Melayu Islam sejak azalinya ingin diguna pakai olih Gereja, kenapa? Berulang kali saya nyatakan bahawa Kristian 'meyakini' Jesus Christ itu anak Tuhan. Mereka mempercayai '3 in 1" dan bukan Tuhan Yang Satu. Apa lagi yang hendak diperdebatkan? Suka ke Aziz Bari akan umat Kristian menyekutukan  atau menyamakan Allah SWT dengan Jesus Christ

Kekadang manusia ini, kalau sudah terlampau pandai, orang lain semuanya 'bodoh' pada pandangannya. Bukan kepandaian yang dipandang Allah SWT tetapi 'ketakwaan' yang ikhlas diagamanya yang diperhitungan. Ilmu yang bermenafaat adalah ilmu yang mengajar manusia kepada kebaikan tetapi sekiranya ilmu yang dimiliki membawa kemudaratan kepada orang lain, timbanglah sendiri.

                                                     sekadar mengingatkan!!!

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment