PENYATAAN DIBUAT ADAKAH KERANA POLITIK ATAU SEMEMANGNYA PAS TERLANGSUNG |
Inilah pandangan yang dilemparkan olih Pemimpin Melayu PAS mahupun PKR didalam isu 'kalimah Allah". Mereka sengaja mendakwa dan menuduh UMNO dan Melayu UMNO sengaja memainkan isu 'kalimah' ini bagi menakut-nakutkan orang Melayu Islam tentang penggunaan 'kalimah Allah'
Khalid Samad mahupun kepimpinan tertinggi PAS merestui 'kalimah Allah" untuk digunakan olih bukan Islam terutama Kristian.
Petikan dari kata-kata beliau :-
"Saya berkata kepada mereka (paderi) sama ada mereka suka atau tidak, mereka sedang digunakan sebagai ‘pajakan politik’ oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam isu ini.
Pandangan admin :-
Saya tidak melihat UMNO mempergunakan "Kristian' untuk kepentingan Islam tetapi apa yang diperjuangkan adalah 'mempertahankan' agar 'kalimah Allah" tidak dibenarkan kepenggunaannya oleh Gereja kerana Allah bagi Kristian Malaysia merujuk kepada Jesus Christ @ Anak Tuhan@ Holy Spirit dan bukan kepada Tuhan Yang Satu @ Esa.
"Mereka (Umno) cuba untuk mempolarisasikan kaum agar Melayu merasakan mereka terancam,"
Pada hakikatnya Melayu UMNO mahupun Melayu bukan UMNO tidak terasa terancam dengan tindakan Gereja Kristian tetapi yang memuskilkan kenapa baru sekarang Gereja Kristian di Semenanjung 'tergila-gilakan' kalimah ini, sedangkan didalam 'sermon'nya pada setiap Ahad mahupun pada setiap Majlis Kristian di Semenanjung , hanya Bahasa Inggeris digunakan, olih itu apa keperluan mereka untuk menggantikan sebutan God kepada Allah. Adakah Kristian mengambil Allah SWT dan bukankah mereka merujuk Jesus Christ sebagai Anak Allah @ Tuhan Allah?
Khalid turut menyertai gesaan rakan daripada PAS seperti Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang turut menganjurkan dialog di gereja seluruh negara untuk membina "jambatan" dengan komuniti tersebut berikutan pertikaian kalimah Allah.
Nak tanya kepada Mubaligh ini, samada nak mentarifkan mereka ini sebagai Mubaligh Kristian atau Islam saya pun tidak pasti . Tetapi jambatan apakah yang ingin disambung? Atau adakah jambatan yang dimaksudkan ialah 'menyama' atau 'mentakrifkan' bahawa Allah SWT dalam Al Quran dan Allah @ Jesus@ Anak Allah @ Tuhan Allah sama tarafnya , maka, tiada perbezaan diantara Islam dan Kristian?
Khalid berkata, pendirian PAS terhadap isu penggunaan perkataan Alllah adalah jelas iaitu bukan Islam boleh menggunakan perkataan itu dalam amalan mereka selagi ia tidak disalah tafsir dan disalahguna.
Kini secara terangan PAS merestui' Kalimah Allah" untuk digunakan olih Gereja Kristian. Adakah dengan penyataan ini PAS mengakui bahawa tiada perbezaan diantara Jesus Christ @ Anak Tuhan @ Tuhan Allah sama dengan Allah SWT yang disembah olih umat Islam?
Tetapi diakhir katanya 'selagi tidak disalah taksir dan disalah guna ?
Apa maksud PAS?
Tidakkah Gereja Kristian ini menyekutukan Tuhan! Tidakkah Kristian menobatkan Jesus Christ sebagai Anak Tuhan @ Tuhan Allah @ Holy Spirit iaitu 3 in 1?
Tidakkah ini sudah tersalah taksir dan disalah gunakan serta menyeleweng dari kebenaran?
Atau adakah PAS ingin menyatakan bahawa agama Kristian adalah agama Kebenaran pilihan Allah SWT?
"Tiada bukti bertulis dalam Al-Quran bahawa Nabi Muhammad melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu,” katanya
Diharap Surah Al Anbiyaa ini dapat menjawap persoalan Khalid Samad.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Tidak datang kepada mereka itu sebarang peringatan yang diturunkan dari Tuhan mereka lepas satu: satu, melainkan mereka memasang telinga mendengarnya sambil mereka mempermain-mainkannya -
(Al-Anbiyaa' 21:2)
Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan mengamalkan maksudnya. Dan orang-orang yang zalim itu, berbisik-bisik sesama sendiri dengan berkata: "Bukankah (Muhammad) ini hanyalah seorang manusia biasa seperti kamu? Maka patutkah kamu turut hadir mendengar sihir yang dibawanya itu sedang kamu nampak dan mengetahui karutnya?"
(Al-Anbiyaa' 21:3)
(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: "Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi; dan Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
(Al-Anbiyaa' 21:4)
(Mereka bukan sahaja menyifatkan Al-Quran itu sihir) bahkan mereka menuduh dengan berkata: "Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri seorang penyair. (Kalaulah ia sebenarnya seorang Rasul) maka hendaklah ia membawa kepada kita satu mukjizat sebagaimana mukjizat-mukjizat yang dibawa oleh Rasul-rasul yang telah diutus dahulu".
(Al-Anbiyaa' 21:5)
Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.
(Al-Anbiyaa' 21:22)
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku". (Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui mana yang benar dan mana yang salah, dengan sebab itulah maka mereka berpaling ingkar.
(Al-Anbiyaa' 21:24)
Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".
(Al-Anbiyaa' 21:25)
Dan mereka (yang musyrik) berkata: "(Allah) Ar-Rahman mempunyai anak". Maha Sucilah Ia. Bahkan (mereka yang dikatakan menjadi anak Allah itu) ialah hamba-hambaNya yang dimuliakan.
(Al-Anbiyaa' 21:26) |
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
(Al-Anbiyaa' 21:29)
"Parti yang menolak Islam adalah Umno. DAP tidak bersetuju dengan Islam. Kita memmpunyai pendapat berbeza namun DAP menyuarakan perbezaan mereka," kata Abdul Hadi.
Penyataan UMNO menolak Islam adalah pandangan peribadi PAS saja dan ini mengikut takrifan mereka seperti mana PAS menolak takrifan Surah diatas. Ditambah burukkan lagi DAP yang sememangnya menolak Islam secara terangan telah menjadi sekutu mereka dan ini membawa takrifan PAS juga menolak Islam kalau diikut dari pendirian yang dibuat.
Ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Yg sungguh beriman pasti takkan redha, pasti takkan menyokong Nama Tuhannya diungkap dgn ungkapan ungkapan syirik, bahkan akan takut gentar akan kemurkaanTuhannya, takut dia terpalit sama dimurkai Tuhannya.
ReplyDelete