Friday, 21 March 2014

THE PROMISED LAND : MH 370 B777-200 : PENCARIAN YANG TIADA

TIDAKKAH KERANA RADAR DAN SATELLITE YANG
MENYEBABKAN BUMI UMAT ISLAM DIHANCURKAN
KERANA DAKWAAN 'TERLIHAT' SENJATA, KEM DAN JUGA
PELURU BERPANDU DAN SENJATA NUKLEAR
TETAPI
HARI INI MANA RADAR NYA, MANA SATELLIT NYA
US MENYEMBUNYIKAN TANGAN APABILA MENCUBIT
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Sudah meliwati 14 hari pesawat MAS MH370 'ghaib'. Semua peralatan yang dikata canggih serta yang termoden telah digunakan untuk usaha pencarian ini. Disegenap lautan telah diredah dan seluas tanah darat yang terbuka telah diteropong, namun 'kelibat' atau 'susuk MH 370' masih lagi gagal ditemui.

Tidakkah ini mustahil namanya. Sekiranya ada andaian yang mengatakan bahawa ianya mendarat muka laut, nescaya, para penumpangnya berjaya menggunakan 'raft keselamatan', sekiranya ianya 'meletup diudara' mana mungkin 'cebisan' atau ' serpihan' nya gagal ditemui, sekiranya pesawat itu 'menjunam' kelautan dalam ,semestinya 'minyak lebihan' akan terlihat dipermukaan air. Namun semua kebarangkalian ini telah dinafikan olih 'pakar-pakar' penerbangan. Tiada satupun yang dikata 'positif' akan terjadinya salah satu dari kebarangkalian yang disebut.
                                          

Berbalik kepada 'teknologi radar' US mahupun rakan sekutunya. Mereka selalu mendakwa bahawa radar dan satelite mereka  berupaya untuk mengesan sebarang pergerakan militia yang dikata menyeludup senjata mahupun dadah atau apa saja senjata berbahaya  diserata dunia dan ada yang dipaparkan kejayaan itu menerusi  TV  tentang kejayaan ini,  mematahkan 'percubaan'  dan ada juga sasaran yang dimusnahkan ditayangkan secara 'live video' kepada masyarakat akan kehebatan 'sistem perisikan mereka ' melalui bantuan  radar dan juga satelite.

Kemuskilan ketidakupayaan 'radar mahupun satelite"  mereka ini memeranjatkan sekali tentang kejadian kehilangan 'MH370" ini..  Sehingga kini  US mendakwa bahawa 'tiada' satupun radar yang  dimiliki berjaya mengesan 'pesawat' ini.

KERANA RADAR DAN SATELLITE US
IRAQ DI TUDUH MEMPUNYAI SIMPANAN
SENJATA WMDS
                                     

Radar mahupun satelite  yang dikata bolih memantau pergerakan dimukabumi yang dimiliki olih  US "tidak berjaya" atau 'gagal'  untuk mengesan 'pesawat' ini tetapi untuk menghalalkan 'perbuatan'nya terhadap Iraq, bolih pula US 'mengesan' senjata yang dikata disembunyikan olih Saddam Hussein walaupun ditanam didalam tanah ,namun  yang pada akhirnya  Iraq dimusnahkan seadanya juga tanpa menjumpai apa yang dituduh pernah dimiliki olih  Saddam Hussein. Begitulah liciknya negara uncle Sam ini.

Ataupun apa yang dicanang selama ini dengan mengatakan 'pengeboman' yang dilakukan terhadap 'musuhnya' terutama 'yang didakwa militia Islam' hanyalah 'muslihat' bagi menghalalkan perbuatan mereka..

Apakah takrifan yang bolih diperkatakan lagi.

Sudah berulang kali kita dikejutkan dengan 'dongengan' US. Yang paling terbaru White House menafikan bahawa MH 370  mendarat di Diego Gracia. Bolih kah kita mempercayainya?

 Melalui beberapa pekiraaan yang dibuat olih beberapa blog, 'tanggapan' bahawa MH 370 dilarikan ke sini amat bertepatan sekali. Bersandarkan dari jangkamasa perjalanan, kecukupan minyak, persengkokolan, kerahsiaan,'omongan 'terrorist', kepentingan perniagaan, politik serta 'mencetus' kebimbangan diseluruh dunia tentang 'pakatan terancang', sememangnya kepakaran US, olih itu 'watak' dibelakang tabir adalah negara mereka sendiri.

Kini segala berita yang mengatakan bahawa terdapat 'beberapa' debris diperairan Lautan Hindi hanyalah 'silap mata' semata. Semuanya telah diskrip olih US .. Serpihan yang dikata 'dari' MH370 adalah satu perancangan bagi mengalih perhatian serta 'mata yang buta'. Berbagai-bagai alasan akan dikemukakan olih US dan sekutunya  untuk menutup kesalahan ini. kan .

Pencarian yang dilakukan kini merupakan 'pencarian yang tiada', namun untuk menutup 'ajenda'nya kerahan pencarian sengaja dilakukan demi memuaskan hati 'mereka' yang tidak 'mengertl'.

Imbas kembali, pesawat hilang dari radar komersil negara pada 1.07 pagi. Kenapa Vietnam membiarkan MH370 hilang dari radar tanpa memaklumkan kepada Beijing mahupun Kuala Lumpur? Radar di subang tidak dapat 'menjangkaui' hingga ke ruang udara Vietnam. Olih itu siapa yang bertanggung jawap untuk memastikan MH 370 masih dilaluan ruang udara untuk ke Beijing?Olih itu permerhatian terhadap MH370 dibawah seliaan siapa? Subang atau Kuala Lumpur.

Bukan untuk mencari kesalahan  sesiapa tetapi sepatutnya 'ruang ' yang  dilalui olih MH370 itu apabila didapati 'kosong' dari radar, kenapa menara kawalan udara  Vietnam tidak memaklumkan atau 'cross check' dengan  'pilot' MH370 untuk memberitahu bahawa 'pesawatnya' tidak bolih dikesan olih radar Vietnam. Kurangnya keperihatinan serta tidak  'mengawas' perjalanan sesebuah 'pesawat' diruang udara masing-masing 'menterjemahkan' lagi sifat tidak ambil peduli. Begitulah sikapnya.

Berbalik kepada isu pokok. Siapa yang terlebih rugi dengan 'perancangan' ini? Sudah tentu Malaysia. Malaysia yang merupakan rakan karib China yang 'mengimbangi' export dan impot kedua-dua negara diharapkan  akan 'terjejas' dengan mainan ini. Sekiranya 'persahabatan' ini terjejas maka mereka mengharapkan agar 'ekonomi' kita merudum serta 'mengharapkan' agar pemain-pemain China menjauhkan diri dari Malaysia serta mengharapkan Cina di Malaysia  memberikan 'signal' atau 'tekanan' kepada Kerajaan pimpinan orang Melayu.

 Percubaaan untuk 'mencemar' kredibiliti Pemimpin Melayu dan Malaysia sedang berleluasa diseantario dunia. Kenapa? Apakah tujuan mereka? Menterjemahkan kelemahan kepimpinan orang Melayu.

Telah dijaja bahawa seluruh orang  Cina telah menolak BN atau UMNO. Keputusan PRU 13 telah membuktikan. Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin untuk "merudumkan' Melayu seadanya. Kini apabila semua media sedunia sudah berkampung di negara ini, 'bermacam-macam' isu diutarakan sehinggakan Hishamuddin yang bersepupu dengan Najib pun dijadikan bahan. Tidakkah ini jauh dari 'perkara' yang sepatutnya diutarakan.

Dengan 'menggunakan " sebiji batu" mereka mengharapkan seluruh pokok itu tumbang. Tentang nasib penumpang, 'serahkan' kepada ketentuan Allah SWT  menentukannya. Jangan ditambah 'derita' yang ditanggung", biarkan 'masa'  menterjemahkan perjalananya.

                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment