Thursday 20 March 2014

THE PROMISED LAND : MH 370 B777-200 :



                                                  

                Bersama-samalah kita berdoa demi kesejahteraan Islam dan keselamatan diri kita
                                                        Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

'Hanya pada Mu kami berserah, hanya pada Mu kami memohon, hanya pada Mu kami berlindung , hanya pada Mu kami berharap" Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.

Semakin hati kami dipermainkan, semakin hari kami diperlekehkan, semakin hari negara kami dihinakan. Ya Allah hanya kepada Mu kami memohon pertolongan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau tunjukkanlah kebenaran Al Quran Mu, Kau Tunjukkan lah keredaan Mu terhadap umat Muhammad ini, sesungguhnya kami memohon pertolongan Mu.

Turunkanlah pertolongan Mu dibumi ini demi kecintaan kami terhadap Islam , demi Al Quran yang kami ikuti demi Muhammd s.a.w yang Kau kasihi . Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim turunkan tentera-tentera langit Mu demi merungkaikan keresahan kami ini. Kau makbulkanlah  permintaan kami semua.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim tunjukkan lah kebenaran ini dengan Tentera Tentera Kau, kau hancur luluhkan musuh-musuh kami dan lumatkanlah tanah-tanah mereka dengan 'angin angin' tiupan'  kekuasaan Mu, kau terbalikanlah tanah-tanah musuh musuh kami, Kau cucilah tanah tanah mereka dengan gelombang yang mereka takutkan serta kau runtuhkanlah penghadang-penghadang tempat mereka berlindung.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim  Jumaat yang Kau limpahi ini, Kau berikanlah petunjuk kepada kami bagi 'meredakan'kan kepayahan ini.

Dengan lafas La ila ha il Allah, kami memohon pertolongan dari Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment