INI LAH AKU!!! |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-11 ataupun 12 waktu kenabian Baginda Rasullulah..
Alhamdullilah, tarikh tahun Masihi 27 Januari, saya dilahirkan dan pada hari dan tahun itu juga adalah bulan Rejab dan tarikhnya juga 27 Rejab. Alhamdilliah !!!!
Dibulan.Masihinya saya menyambut hari jadi pada 27 Januari dan dalam Kalender Islam (Agama pilihan Allah SWT) pula 27 Rejab merupakan 'hari kelahiran' saya juga.
Alhamdullilah, saya dilahirkan ketika dimana seluruh umat Islam didunia meraikan 'malam' Isra Mi'raj . Bertuah juga rasa diri ini.
Syukur kehadrat Illahi yang masih lagi memberikan kerahmatanNya kepada diri ini, dan dalam bebarapa hari lagi 27 Rejab akan 'menjelma'. Bertambah 'umur' lagi.
Perjalanan aku pada tahun 1998 ke Langkawi ini yang sememangnya 'dipaksa' tanpa kerelaan 'telah mengubah' 'langskap kehidupan' aku .
Kalau dicongak-congak dan dihitung kembali , saya keluar dari Langkawi ( setelah 'berjaya' mentarbiah atau 'membawa' ' beberapa sahabat 'kepada Islam' yang saya diceritakan dipost terdahulu) , pada pertengahan tahun 2003 dan kini adalah tahun 2014..kira-punya kira..lebih kurang 11 tahun juga peristiwa itu telah berlalu. ( Maha Suci Engkau Ya Allah)
Untuk mengimbau kembali kisah berlalu yang telah disejarahkan olih Yang Maha Esa, saya teringatkan sahabat-sahabat yang pernah bersama :-
1. Simon
2, John Paul
3, Andrew James
4. Peter
5. Joshua
6.. Aunt Lily
7. Alice
8. Don Frazier/Jaacob
9. Ronnie
10. Hj Kamaruddin
11. Allahyarham Hj Aidid
12. Zainal
13. Nini
14. Fuad
15.Allahyarham Pak Hamid
16. Tye Ebrahem
17. Ken Peddler
18. Mrs Ken ( Linda)
19. Hafiz
Syukur hehadrat Allah SWT, kesemua watak yang disebut diatas, semuanya melalui pengalaman tersendiri ketika bersama saya dan ada diantaranya telah menikmati berbagai-bagai ;keajaipan dan petunjuk Allah SWT . Dan kisah pengalaman serta perjalanan diantara saya dan mereka telah saya tuliskan didalam blog ini. 'untuk dijadikan 'pedoman'.
Ahamdullilah ada diantaranya Allah SWT berikan 'hidayah' untuk 'dijadikan Islam agamanya ' dan ada juga diantaranya tetap 'bersetia' dengan 'agama anutan lama mereka' walaupun Allah SWT 'telah' tunjukkan berbagai 'miracle' namun benar firman Allah dalam Al Quran 'bahawa hanya Allah SWT saja yang menentukan siapa yang layak untuk dipilehNya untuk menjadi Islam".".
Walau apapun yang telah dilalui, yang tetap kekal hanylah Allah SWT.
Barang siapa yang ditunjukkan jalan kebenaran maka 'bertuan'lah diri dan siapa yang belum 'bertemu' kebenaran..carilah, belajarlah, dekatkan diri dengan mereka yang selalu ;merendah diri ber sujud dhadapan Allah SWT. Dan yang paling utama 'fahami Al Quran". Inshaallah.Tuhan akan permudahkan 'perjalanan'.
Untuk tahun ini maka genaplah angka 27 dalam diri ini.
Untuk tahun 2014 , inilah ketentuan Tuhan pada diri ini. Hari Lahit Tahun Masihi 27 Januari,
Untuk tahun Islamnya pula 27hb Rajab bersamaan pula dengan 27 hb Mei.
Maka Tahun 2014 nombor-nombor ini , 27, 27, 27 adalah ketentuan Allah SWT kepada AKU.
Surah 81, Surah al-Takwir (Menggulung) : 29 ayat.
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
81-1: Apabila matahari digulung.
81-2: Dan apabila bintang-bintang berguguran.
81-3: Dan apabila gunung-gunung dihancurkan.
81-4: Dan apabila unta-unta bunting dibiarkan.
81-5: Dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan.
81-6: Dan apabila lautan menggelegak.
81-7: Dan apabila diri-diri manusia dipertemukan.
81-8: Dan apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup diperiksa.
81-9: Kerana dosa apakah mereka dibunuh.
81-10: Dan apabila catatan amal dibentangkan.
81-11: Dan apabila langit-langit dilenyapkan.
81-12: Dan apabila neraka dinyalakan.
81-13: Dan apabila jannah (taman/syurga) didekatkan.
81-14: Setiap diri akan tahu apa yang telah dikerjakannya.
81-15: Maka Aku (Allah) bersumpah dengan bintang-bintang yang timbul-tenggelam.
81-16: Yang beredar dan terlindung.
81-17: Dan malam apabila hampir luput.
81-18: Dan subuh apabila mulai terang.
81-19: Sesungguhnya ia (Al-Quran) benar-benar perkataan utusan yang mulia.
81-20: Yang memiliki kekuatan di sisi Pemilik ‘Arash yang kukuh.
81-21: Yang ditaati di sana lagi dipercayai.
81-22: Dan sahabat kamu (Muhammad saw) bukanlah seorang yang gila.
81-23: Dan sesungguhnya dia (Muhammad saw) telah melihatnya (Jibril) di ufuk yang terang.
81-24: Dan tidaklah dia (Muhammad saw) dapat dituduh atas hal-hal yang ghaib.
81-25: Dan ia (Al-Quran) bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk.
81-26: Maka ke manakah kamu hendak pergi lagi?
81-27: Tidaklah ia (Al-Quran) itu melainkan peringatan bagi sekalian alam.
81-28: (Iaitu) bagi sesiapa antara kamu yang ingin menempuh jalan yang lurus.
81-29: Dan kamu tidak akan berkehendak kecuali jika dikehendaki oleh Allah, Rab (Tuhan) semesta alam.
ikhlas dari : Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment