Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Barisan Nasional mengUNGGULI puncak kuasa kerana undi Melayu luar bandar. Melalui kemenangan yang dipacu olih Melayu kampongan telah menobatkan pemimpin-pemimpin UMNO dan juga segelintir anggota komponen BN untuk 'mengecapi' kuasa.. Dan Barisan Nasional juga mengakui bahawa Melayu bandar dan juga Melayu persisir bandar telah menolak Barisan dan juga calon UMNO.
Tetapi apa yang berlaku dengan kuasa yang diamanahkan olih "Melayu kampongan ini" bukan saja menyenangkan 'pihak pembangkang' malahan 'pengundi pembangkang' dibandarlah yang terlebih mendapat menafaat dari Melayu kampongan.
Berbagai-bagai kemudahan dan prasarana dilakukan untuk menyenangkan 'penyokong' mahupun 'puak pembangkang ini.
Apa Melayu kampong dapat??
WARGA PEMBANGKANG BANDAR NAIK BUS FREE KAMI YANG MEMENANGKAN UMNO KENA BAYAR SEMUA MANA OTAK PEMIMPIN UMNO!!!! |
Orang Melayu kampong yang memenangkan pemimpin Barisan Nasional mahupun UMNO hanya mendapat 'habuk'. Tidak terhenti disitu saja, kini, bermacam-macam kesusahan perlu ditempuhi olih Melayu kampong samada 'kemudahan pengangkutan' mahupun ' kemudahan infa' seperti jalan-jalan mahupun jambatan-jambatan penghubung.
Walaupun Kerajaan Barisan Nasional berlumba-lumba untuk mengejar negara berpendapatan tinggi atau negara berstatus maju menjelang tahun 2020 tetapi sedarkah pemimpin UMNO bahawa mejoriti Melayu masih lagi hidup dibawah tahap 'susah' atau 'miskin'. Kerajaan lupa ke bahawa mereka sendiri telah menentapkan bahawa pendapatan dibawah RM3,000/= tergolong dalam kelompok 'miskin'. Pernah ke pemimpin Melayu 'memikirkan' kesulitan ini??
Adakah memadai dengan kemudahan asas yang disediakan untuk Melayu luar bandar yang telah memberikan kemenangan mutlak kepada Barisan Nasional. Apakah Melayu kampungan hanya bersorak dan gembira apabila dapat 'bersalaman' dengan pemimpin negara, yang selalu memingirkan 'nasib Melayu' yang memenangkan mereka dan yang 'mengayakan' mereka??
MUNGKIN PEMIMPIN UMNO BERPUAS HATI DENGAN PERNIAGAAN MELAYU YANG SETARAF INI?? |
Atau pemimpin UMNO hanya mahu melihat Melayu kampong hanya bergantung hidup dengan hasil kampung saja dan rakyat dibandar yang rata-rata menolak Barisan dicurahkan dengan segala 'kemudahan"?
WARGA KOTA BERSENANG LENANG DENGAN KUASA YANG MELAYU KAMPUNG BERIKAN TETAPI SEBALIKNYA |
INILAH HASIL YANG DIRAIH OLIH MELAYU KAMPUNG YANG MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA PEMIMPIN BERJALAN LAH DILOPAK-LOPAK INI MUDAH-MUDAHAN ADA IKAN KELI UNTUK DIJADIKAN 'LAUK'!!!!! |
Kalau beginilah sikapnya pemimpin Melayu UMNO dan Barisan Nasional yang menang kerana undi Melayu atau Bumiputra kampung apakah perlu kita berikan mereka kuasa lagi untuk PRU 14 akan datang??
Melayu kampung dah meluat dan jijik dengan perangai pemimpin UMNO yang lupa diri dan lupa janji.
Mereka saja yang tahu untuk hidup bersenang-senang, nasib Melayu kampung ada mereka peduli??
Apakah yang dipertikaikan olih Melayu kampung yang mengatakan ramai pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional kebanyakannya 'bertaraf jutawan' walaupun kebanyakan dari mereka bukanlah 'usahawan' ataupun ' ahli perniagaan', melainkan 'ahli politik' semata. Dari mana datangnya 'kekayaan' yang melimpah ruah ini??
Walaupun ahli politik akan mengandaikan bahawa 'bukan semua' pemimpin UMNO begitu, tetapi orang Melayu kampung tidak akan ambil peduli atau ambil pot tentang kekayaan mereka , tetapi apa yang diinginkan Melayu kampung hanyalah 'mempunyai' kehidupan yang serdahana dan tidak menyusahkan' Tetapi akhir-akhir ini banyak dasar-dasar yang dilakukan olih Pemimpin Kerajaan dari parti UMNO yang 'sememangnya' dimenangkan olih Melayu kampung, telah 'menyusahkan Melayu kampung' dengan berbagai 'kenaikan barangan' dan kos penghidupan. Penghidupan dikampung juga 'terjejas teruk', olih itu dimana kewajaran pemimpin ini untuk diberikan 'kuasa' lagi untuk terus memerintah.
Rupa-rupanya sikap pemimpin Melayu ini diibaratkan seperti 'madu yang diberi tetapi tuba juga yang dibalas', itulah Pemimpin yang diangkat olih Melayu kampung yang pada akhirnya Melayu kampung juga yang kena 'kencing'.
ADAKAH INI KESUDAHANNYA NASIB MELAYU DIBAWAH UMNO
ikhlas dari ;- Cahaya Al Majid .
tak reti la kawe nak ulas...cuma arap2 cepat2 la PM lerni letak jawatan dan serah pada org yang paham kehendak pengundi BN...atawa ini lah penggal terakhir untuk BN...
ReplyDeletepengundi dari kampong
kihkihhh...MadahSelokaADDP...heheee
ReplyDeleteakudtgdrpantek @ ADDP : Suatu Artikal yang KENYATAANNYA sememangnya nyata dan jelas di depan mata telinga masyarakat dunia dan SEPATUTNYA lagi "jelas dan terang" pado mata fikiran dan perasaan manusia yang bergelar Bangsawan, Cendekiawan mahupun Hartawan di MALAY-sia ini kerana kenyataan yang sudah TERANG itu tidak perlulah disuluhkan lagi kerana itu adalah suatu tindakan manusia BODOH lagi ZALIM pado dirinya dan manusia lain !!!...sekian dan tak lupo...heheee
kih kih kih...
DeleteBro, awat hang lepak kat sini pulak nih...
Hang dah kena ban ngan MoM ko?