SIKIT DEMI SIKIT KELEBIHAN UMAT ISLAM TERSEKAT NAK SALAHKAN SIAPA? PEMERINTAH,? AHLI POLITIK? ATAU DASAR KENAPA PEMIMPIN ISLAM SEMAKIN TAKUT??? |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Menyampaikan kata-kata Allah SWT serta membenarkankan anutan yang dibawa olih Baginda Rasullulah s.a.w adalah kewajipan bagi setiap jiwa yang bersahadah 'lailahaailallah". Kita dituntut untuk menyebarkan agama yang dipilih olih Allah SWT kepada setiap 'makhluk yang bernyawa' dimuka bumi. Kita sebagai Umat Islam yang mengaku umat Muhammad s.a.w yang mengaku 'pewaris' kepada 'kerja' yang ditinggalkan olih Baginda Rasululah ini diwajibkan untuk meneruskan 'gerak kerja' yang ditinggalkan ini.
Kalau dahulu kita bebas untuk menyampai dan menyebar kata-kata Allah SWT kepada semua makhluk dinegara ini, tetapi akhir-akhir ini terdapat kekangan untuk melakukan perkara yang serupa. Sebarang 'penyebaran' kepada bukan Islam telah dilabel sebagai 'pencabulan' hak atau privasi 'agama bukan Islam.
Tidakkah ini 'mencabuli' hak perlembagaan negara yang berstatus ' Islam' serta mencabuli hak keistemewaan orang Melayu sendiri?
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan
dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Sudah beratus tahun negara yang bernama Tanah Melayu ini ujud dan Agama Islam telah menjadi anutannya sejak Kesultanan Melaka lagi , dalam erti kata sebenar agama Islam telah ujud sejak sekian lama dan pengembangan agama Islam ini telah dilakukan sejak berkurun lamanya sehingga apabila kerangka Perlembagaan Negara sedang dirangka ', Islam' telah di'warta' dan diangkat sebagai Agama Persekutuan dan pemimpin bukan Islam terdahulu juga 'akur' dengan ketetapan ini.
Olih itu apakah kewajarannya untuk orang bukan Islam mahu.menafikannya.
Memandangkan penyebaran agama Islam telah sinonim dengan 'jiwa' orang Islam terutama golongan 'alim ulama' serta 'tokoh-tokoh Islam' serta cendekiawan Islam, maka, 'penyebaran' yang telah menjadi rutin atau biasa kepada masyarakat dinegara ini telah dilihat sebagai ancaman kepada bukan Islam pula,apakah sebabnya?
Tetapi akhir-akhir ini 'orang bukan Islam' terutama 'penganut Kristian mahupun Gereja Kristian merasakan 'kerja turun temurun' umat Islam ini telah disalah taksir ertinya dan beranggapan bahawa 'hala tuju' ini dikata ' menjadi ancaman kepada Gereja mereka dan mendesak agar 'dakwah' ini dihentikan terhadap penganut agama lain kerana mereka merasakan bahawa 'dahwah atau penyebaran' ini merupakan satu ancaman kepada agama mereka.. Apa yang dilakukan olih orang Islam didalam 'menyebarkan' agama Islam sepatutnya tidak menjadi kecaman olih mereka kerana perkara ini bukan baharu tetapi sedari dahulu.
Sekiranya bukan Islam menyingkap kembali sejarah lampau, diwaktu Kerajaan Portugis mahupun Kerajaan Belanda ataupun Kerajaan Inggeris yang rata-rata beragama Kristian ,mereka juga tidak berani mencampuri urusan agama anutan orang Melayu ketika itu dan mereka juga tidak berani untuk 'menterbiah' orang Melayu kepada agama mereka sebaliknya segelintir dari mereka pula yang 'memeluk agama Islam' serelanya. . Olih itu dimana kewajaran bukan Melayu masa kini yang cuba 'menghalang' atau 'menafikan' gerak kerja yang turun temurun ini..
Orang bukan Islam atau Gereja Kristian perlu akur dengan Perlembagaan Negara dimana mereka hanya dibenarkan untuk mengamalkan agama mereka sahaja dengan aman damai tanpa mencuba untuk 'mempengaruhi' umat Islam., tetapi akhir-akhir ini sudah ternampak 'bibit-bibit' perlanggaran Perlembagaan Negara dilakukan olih kelompok Kristian dan gerak kerja 'menterbiah' terhadap orang Islam telah mula berlaku. Jangan nanti 'kelompok' ini diparangkan olih orang Melayu sudahlah.
Perkara 11(4): Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama
di kalangan orang yang menganuti agama Islam.5
Yang berlaku di Kg Pandan, Kuala Lumpur
Perlanggaran Perlembagaan Negara olih Gereja Kristian
mubaligh kristian ini mencuba berdakyah dengan orang Melayu
kumpulan mubaligh sedang menjalankan modus operandi secara berkumpulan
Apa yang ditakuti mula bersarang di Sarawak
Walaupun orang Islam yang 'berkuasa' di negeri ini, namun diatas kepentingan politik dan kuasa, maka penyebaran Islam dimasa hadapan pasti mendapat tentangan.
Ketakutan pemerintah terhadap ancaman manusia melebihi ketakutan terhadap perintah Allah SWT
The parents told Masing the programme, first held at SMK Serian, a school about 60km from Kuching, was attended by about 50 mostly non-Muslim students on March 8.
The second was held at SMK Balai Ringin, a school about 6km from SMK Serian, last Saturday but the number of students who attended was only 21.
The whole programme was supposed to be run for 10 weeks on every Saturdays.
Students told their parents two teachers picked who should attend the programme and said it was a co-curriculum activity, but added they were asked questions on Islam.
They also pointed out that the programme facilitators were all Muslims and the talks had religious elements.
Daud said the suspension would allow the education department to review the module of the programme to remove all suspicions about it being a covert religious conversion programme.
“Any missionary group coming into the state would be vetted and their programmes scrutinised.”
He said those that do attempt to break the state's "no-forced conversion" policy would be deported.
Surah Az-zumar Ayat : 1-3
1. Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
2. Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat
3. Ingatlah semua! Milik Allah mutlak segala ketaatan. Dan orang-orang yang mengambil selain dari Allah pelindung dan penolong (wali-wali): “Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya”, – sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
Surah Az-Zumar Ayat :23
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya) yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah pertunjuk Allah Allah memberi hidayah pertunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah pertunjuk kepadanya.
Sebagai kesimpulan apakah kita akan akur dengan kehendak penyokong Kristian agar agama Islam tidak disebarkan kepada bangsa lain sepertimana yang mereka (Kristian) lakukan terhadap orang Cina dan India serta kaum peribumi lain sehingga mereka ini sanggup 'menafikan' kepercayaan datuk dan nenek moyang mereka?
Apa kata Ketua Agama Negara kita??? Apa pandangan pemimpin Politik Melayu kita? terhadap 'kekangan' yang cuba dilakukan ini?
Atau adakah pemerintah berpendapat bahawa 'dakwah atau menyampaikan' kata-kata Allah SWT' hanya bolih dilakukan kepada orang Islam saja.
Tidakkah kita dituntut untuk menyampaikan kata-kata Allah SWT kepada mereka-mereka yang belum beriman dengan Allah SWT dan yang belum mengambil Allah SWT sebagai Tuhan mereka?
fikir-fikirlah
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
Ostaat OSTB sokong Masing...he..he.. dia suka rujuk bible di samakan Al Quran...
ReplyDeleteKata nya lagi Ulama Islam semua nya moron, stupid dan dungu. Dia sorang paling hebat dalam dunia ini. Najib tu bawah tapak kaki nya saje.....
Heeei, cara dakwah berbahaya bila Islam itu di samakan Club of Doom ! Ini bukan saya kata, keimanan yang membezakan kita semua dari Islam lain nya. Asas nya Ajaran Islam itu sama di mana akhir nya kita mahu 'balik' suci dan bersih sebagai Umat Muhammad dan dalam Nur Nya.
arwah embah pernah berkatu dulu...masa tu gua masih bebudak lagi..
ReplyDelete"ditanah melayu ini,sejarahnya akan berulang...tak dapat tidak,setiap kita terpaksa tempuh juga.."
bila mengimbau kisah perit jerit..embah2..boyut2 dulu...membuka hutan dizaman beritiss.. membesarkan zuriat dizaman jepon..menghadap busuk cekadak komunis kopet..main parang terbang dizaman 13 mei.............................
abg2 gua kira..masanya cam dah dekat sgt.pahit getir,kita tempuh bersama...demi memurnikan tanah melayu yg dikasih dan disayang ini.