ALLAH SWT SENTIASA BERSAMA ANDA |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Hari ini merupakan penutup kepada kalender Kristian. Walaupun tahun ini kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri telah membatalkan upacara sambutan menyambut detik tahun baru dan berlalunya tahun lama yang akan meninggalkan, kerana 'musibah banjir yang melanda negara ini ,tetapi dikebanyakkan hotel mahupun kelab-kelab 'sambutan' ini masih lagi diteruskan.
Walaupun detik 31 Dec ini tidak menjadi 'trend' dikalayak umat Melayu merhean 30 tahun dahulu tetapi 'golongan' elitis Melayu terutama dari golongan bangsawan mahupun hartawan Melayu yang 'tersasar nilai Melayu'nya','sambutan tahun baru ini sememang disambut secara besar-besaran tetapi diadakan didalam 'tempat" tertutup' sahaja , hanya 'kenalan' rapat mahupun 'rakan kongsi' yang sealiran saja yang akan dijemput. Begitulah penelitian 'puak' ini didalam 'menyorokan' perbuatan mereka ini..
Anak-anak muda mahupun jantan dan betina yang 'gersang' belaian, selalunya akan mengambil kesempatan sesama mereka samaada secara sedar mahupun sebaliknya Upacara berpeluk-pelukan samaada yang mabuk kopi mahupun ketagih coke tidak ketinggalan yang memiinum 'kencing syaitan' kemungkinan besar terjebaknya 'umat' ini yang dalam "kemabukkan " 'nikmat' dimalamnya yang akan membawa keawalpagi ,selalunya akan berakhir 'diatas katil' dan perkara 'terlarang' seperti maksiat dan perzinaan pasti terjadi.
Ditambah burukan lagi, kini, dimerata-rata tempat samaada yang 'tertutup' mahupun ' 'tempat tidak berlesen', ''dadah', pil-khayal; mahupun 'pil perangsang sex' menjadi 'menu' terselindung'. Antara sedar atau tidak selalunya 'minuman' yang dihidangkan 'berkemungkinan' dicampur bahan terlarang, adalah tinggi dan peratusan untuk anak-anak muda lelaki atau perempuan, lelaki miang mahupun wanita gatal bakal 'terjebak' diarena 'maksiat' adalah pasti.
Diatas sifatnya terlalu 'bebas bergaul ' serta banyak ;aksi' malam new year' ala Barat dipertontonkan kepada khalayak ramai samaada melalui siaran TV mahupun wayang,, sedikit demi sedikit 'amalan' ini dipraktiskan olih masyarakat kini. Begitulah kesudahannya 'penyakit' masyarakat yang telah dihinggapi olih kebanyakan anak-anak orang Islam dan Melayu sejak 30 tahun dahulu.
Apa yang hendak dikata 'nasi sudah menjadi bubur', tiada apa yan dapat membalikan masa lalu. Apa yang kita lalui kini adalah hasil tuaian dari apa yang kita tanam dahulu. Sifat 'tidak apa' dan 'biarkan' inilah yang menyebabkan generasi yang ada kini 'tersasar' jauh dari perjalanan sebenar yang dituntut.
Walau bagaimana bukan semua generasi Melayu Islam yang begitu tetapi yang paling banyak terpalit dengan 'perangai' eletis yang songsang ini kebanyakkkannya adalah dari golongan keluarga yang 'lemah pegangan' agamanya. Walauppun kelompok ini tidak ramai tetapi 'kerosakan' kepada imej dan nilai tinggi Melayu 'tergadai' kerana perbuatan mereka. Disebabkan 'nila setitik habis rosak susu sebelanga', itulah perumpamaan yang tepat sekali.
Tetapi yang paling membimbangkan, 'generasi' muda Melayu ketika ini amat 'dekat' hatinya dengan politik. Walauppun ini merupakan satu perkembangan yang sihat tetapi 'hala-tuju' dan 'matlamat' mereka belum lagi jelas arahnya. Ada diantara mereka dipergunakan seadanya demi kelangsungan sesetengah pihak. Yang berilmu selalunya pandai' menimbang' dan 'berhati-hati' tetapi dicangkuk pula 'hati dan nasfu' mereka kearah yang 'bertentangan', kerana, mereka telah di'buaikan' dengan nikmat harta-benda dan kemewahan dan yang kurang cerdik pula sekadar menjadi macai yang dicucuk hidung yang sanggup melakukan apa saja untuk 'ketua'nya walaupun dengan nilai RM10..
Walau apapun ini adalah 'kesempurnaan' ciptaan Allah SWT, yang mengetahui segalanya sesuatu..
Kalau dahulu suara-suara kaum wanita hanya didengari hanya diarena 'politik tetapi kini suara wanita telah menjangkaui lebih dari itu.'.Kini kita ada Menteri Wanita, Hakim Wanita dan Professional Wanita dan kebanyakkan dari mereka ini berjuang untuk 'hak' kaum wanita. Sejauh mana 'hak' mereka ini yang menginginkan agar disamaratakanya dengan hak kaum lelaki , masih lagi diperdebatkan.
Sama rata sama rasa itulah yang diperjuangkan dan 'hak' sebagai 'Khalifah' juga ingin dipegang olih mereka. Walaupun golongan wanita ini beragama Islam dan beriman dengan Al Quran dan Rasul, namun,apa yang dilupakan adalah 'perjuangan dan pegangan isteri-isteri para Nabi dan Rasul'.Sepatutnya 'jalan hidup' atau 'sunnah' para isteri Nabi dan Rasul ini sepatutnya dijadikan ;ikutan' tetapi disebabkan mereka mengatakan bahawa 'zaman berubah' dan 'peradaban manusia juga berubah' maka perubahan keseluruhan adalah perlu. Inilah yang memerangkap 'kaum wanita' ketika ini. Antara sedar atau tidak 'kelompok' ini sebenarnya 'membenamkan' diri mereka kedalam api neraka.
Walauapapun inilah 'kesempurnaan' yang dijanjikan Allah SWT terhadap hamba-hambanya yang sudi bertakwa.
Kedatangan tahun baru Kristian esok 2015 bukan sesuatu yang akan menjanjikan 'keindahan' buat bumi Malaysia ini. Negara bakal berdepan dengan musibah yang berganda akibat dari malapetaka yang baru melanda. Dengan kedudukan ekonomi yang tidak berapa cantik ditambah burukkan lagi dengan nilai matawang yang tengah merudum dicacatkan lagi dengan penurunan harga komoditi kita,, negara kita bakal berdepan "double trouble" .Namun 'pergantungan' kehadrat Illahi adalah keutamaan.
Setelah dua tahun saya menyulam cerita dalam cerita untuk disampaikan kepada para 'jiwa-jiwa' yang mulia semua, beringatlah BUKAN KERAJAAN MELAYU YANG MENGALAHKAN KUFFAR, DAN JUGA BUKAN KERAJAAN PAS YANG MENGANGKAT ISLAM, TETAPI KERAJAAN ALLAH SWT LAH YANG AKAN MENGALAHKAN KEKUFURAN DAN KEKAFIRAN DIDUNIA.
Wahai 'jiwa-jiwa ikhlas ' yang melata dibumi Melayu ini, 'panjatkanlah doa-doa' anda semua kehadrat Allah SWT' agar dipermudahkan segala sesuatu . Calonkan diri anda kepada Allah SWT agar anda menjadi pilihan dan kesayangan.
Dan yang paling mengembirakan kepada 'pengamal-pengamal' mahupun ' mereka-mereka' yang memegang 'Jalan', inshaallah, selepas tarikh Maulidur Rasul ini, DETIK keramat inilah tanda mulanya 'perjalanan' sebenar anda yang anda tunggu selama ini dan hari-hari berikutnya adalah hari yang ceria dan penuh makna. Merdekalah 'hidup sahabat' semua dari segala yang 'membelenggu'.
Cahaya Al Majid
“Dan sungguh Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, (dia berkata), ‘Sungguh aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagimu, agar kamu tidak menyembah selain Allah. Aku khawatir kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat pedih.” (QS. Huud [11]: 25_26)
“Dia (Nuh) berkata, ‘Ya Tuhanku, sungguh kaumku telah mendustakan aku; maka berilah keputusan antara aku dengan mereka, dan selamatkanlah aku dan mereka yang beriman bersamaku.” (QS.Asy-Syu`araa’ [26]: 117_118)
“Dan buatlah kapal itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami. Dan janganlah Engkau bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zhalim. Sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (QS. Huud [11]: 37)
“Lalu Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi menyemburkan mata-mata air, maka bertemulah air-air itu sehingga (luap menimbulkan) keadaan bencana yang telah ditetapkan.” (QS. Al-Qamar [54] 11_12)
“Maka Kami selamatkan Nuh dan orang-orang berada di kapal itu, dan Kami jadikan (peristiwa) itu sebagai pelajaran bagi umat manusia.” (QS. Al-Ankabuut [29] 15)
No comments:
Post a Comment