BANJIR JUGA BUKAN BENCANA WALAUPUN TELAH MERAGUT LEBIH 21 NYAWA DAN JUGA BUKAN DARURAT |
TETAPI SEKIRANYA NYAWA RAJA MAHUPUN
PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG 'MELAYANG'
PANAS BONTOT PARTI MEMERINTAH.
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Berita kematian akibat banjir dinegara ini langsung tidak diangkat olih para blogger . Kenapa ??
takut ke untuk memperkatakan 'kebenaran'?
Sepatutnya banjir yang datang berulang-ulang setiap tahun ini sepatutnya menjadi pengajaran dan pelajaran kepada kita
.Kepada pemimpin mahupun sebagai rakyat marhean, kita wajib mengambil berat atau mungkin disebabkan kelekaan diri kita yang terlampau taksub dan terlalu mengagungkan 'Pemimpin' secara membuta tuli, sehingga melupakan 'perintah' Al Quran dan Sunnah, dah Allah SWT 'murka' terhadap kita ,maka,, inilah akibatnya yang perlu kita bayar.
Bukan saja pemimpin itu bersalahan malahan kita juga terpalit sama kerana 'lalai' dan 'alpa' dengan kemeriahan dunia dan janji-janji manis 'pemimpin munafik' yang kita rasa 'benar' dan kita pula amat takut untuk melepaskanya, dan kini hampir seluruh negara 'terendam' , pasal apa ?? semuanya kerana kesalahan kita sendiri..
Inilah 'bayaran' yang perlu dibayar olih rakyat marhean akibat dari 'keterlanjuran' dan salah laku pemimpin yang mereka 'angkat'. Bala atau malapetaka ini tidak akan berlaku sekiranya rakyat berlaku jujur dan ikhlas didalam 'ibadah' .
Sikap 'berlepas tangan ' dan membiarkan 'pemimpin' melakukan kemudaratan dengan sesuka hati yang mengikut cita-rasa mereka yang gagal kita tegur, maka, terhimpunan 'dosa-dosa' . Namun untuuk mereka mengaku kesalahan yang dilakukan olih 'tangan-tangan' mahupun 'kuasa mereka' senndiri amatlah jauh sekali malahan mereka akan menyalahkan faktor 'cuaca' atau 'fenomena' pula, itulah yang akan 'dipersalahkan. Inilah sikapnya manusia yang sejahil-jahil' nya..
Walaupun 'pakar' mahupun ' saintis' akan menyalahkan fenomena alam semula jadi menjadi puncanya , namun, semua itu dapat di'tempiaskan' sekiranya manusia yang diamanahkan untuk menjaga 'amanah' alam ini memegang amanah seperti sepatutnya. Tetapi yang memegang amanah itu sendiri tidak amanah, Maka itu 'bertimpa'lah 'azab' yang diturunkan dari langit.
Namun apa yang diturunkan Allah SWT ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa 'jangan' sekali-kali kita lalai dan alpa dengan amanah yang kita pegang, Walau sekecil mana pun amanah yang 'dijanjikan' itu, yakinlah , bahawa semua itu dalam ;pengetahuan Allah SWT jua. Allah SWT memberikan kita 'akal dan fikiran' maka gunakanlah sewaras-warasnya sekiranya ingin selamat.
Haji sudah, tawaf sudah, lontar jamrah sudah, saie sudah , menangis, meratap, memohon depan Ka'abah semua sudah tetapi kenapa perangai dan 'sifat' masih lagi mengalahkan 'syaitan'? Dimana silapnya??
Kau jawaplah sendiri....
"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh- tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, "Sebahagian Firman Allah SWT
dari Surah Al Hijr"
Cahaya Al Majid
21 KEMATIAN AKIBAT BANJIR : KETUA POLIS NEGARA
KUALA LUMPUR: Pihak polis merekod 21 kematian akibat banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang sementara 10 lagi individu dilapor masih hilang dalam kejadian banjir setakat ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata Kelantan mencatatkan bilangan kematian paling tinggi iaitu 14 orang sementara empat masih hilang, diikuti Terengganu yang mencatat empat kematian dan lima hilang.
"Pahang pula mencatat tiga kematian dan seorang masih hilang," katanya kepada pemberita selepas majlis sumbangan bantuan bencana banjir untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman di sini hari ini.
No comments:
Post a Comment