Monday, 29 December 2014

THE PROMISED LAND : PE EM 52% ? TAK NAMPAK PUN

PEMBANGKANG MENDAKWA NAJIB MEWAKILI
SUARA MINORITI DALAM PEMERINTAHAN
TETAPI SUARA MAJORITI TIDAK
PULA MENOLONG DIWAKTU KESUSAHAN RAKYAT
                                 'WAJAH PE'EM MEWAKILI 52% HILANG"

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Selepas berlangsungnya PRU 13, rata-rata pemimpin pembangkang mendendangkan bahawa merekalah pilihan majoriti suara rakyat dalam menentukan Kerajaan walaupun semua rakyat sedia maklum bahawa penentuan kuasa di Parlimen bukanlah berasaskan jumlah undi tetapi kemenangan ditentukan melalui jumlah kerusi dalam Parlimen namun disebabkan terlampau taksub untuk menduduki 'istana Putrajaya' maka keputusan rakyat juga yan mahu mereka nafikan. Begitulah sifatnya ' ahlul bait Pembangkang' ini.

Tidak berpuas hati dengan keputusan yan diumumkan olih SPR, maka, mengheret rakyat kejalanan jugalah pilihan mereka. Inilah yan dinamakan 'gila kuasa'.

                     

Walaupun situasi dalam negara kita tidaklah baik sepanjang 12 belas bulan ini, dengan berbagi 'bala' dan 'petaka' yang datang bertimpa-timpa, namun, dihati dan pemikiran parti pembangkang samada PAS, PKR mahupun DAP, semua ini adalah untuk modal mereka untuk 'membantah' secara membuta tuli walaupun mereka tahu akan hakikat kejadian sebenar. Perasaan sensitif terhadap 'kesusahan' rakyat bukanlah keutamaan mereka  tetapi 'isu' yang lebih  'bangang' juga dijaja kepada 'penyokong bangang' mereka.Itulah nilai jatidiri pemimpin  'Pembangkang' yang ada ketika ini.

Didalam situasi rakyat negara ini mengharungi 'malapetaka' ini, terutama banjir yang melanda, amat jarang sekali kita lihat pemimpin pembankang mendekatkan diri kepada rakyat. Kalau adapun cuma sekor dua saja yang lainnya 'hilang' entah kemana, sama jugalah macam pemimpin parti Kerajaan.

Walaupun Anwar selalu mendakwa bahwa merekalah pilihan rakyat yang dikata mewakili suara 52% rakyat Malaysia dan mungkin juga Anwar mendakwa bahawa dia adalah 'cerminan PM" suara 52% rakyat ini, namun dikala negeri pembangkang iaitu Kelantan dibadai banjir besar, dimana ratusan kampung telah tengelam dan puluhan ribu pula rakyatnya terpaksa dipindhkan, 'batang tubuh' Anwar atau 'cerminan PM' Pembangkang'. batang hidung pun tak nampak, adakah ini sifatnya seorang pemimpin yang mendakwa mewakili 'majoriti rakyat'?

                     


                   
                         
                   

Apa yang diketahui, ketika ini Anwar sekeluarga masih lagi  bersuka-ria bercuti bersama keluarga diluar negara, atau Anwar menjangkan bahawa ini adalah 'cuti' terakhirnya atau Anwar merasakan in adalah peluang terakhir untk bersama keluarga  sebelum beliau dihumban ke penjara? Walau apun alasanya, Anwar ,selaku Ketua Pembangkang tidak peka atau kisah dengan nasib rakyat yang diwakilinya. Hidup atau mati mahupun kesusahan rakyat bukanlah keutamaannya. Yang penting jawatan Perdana Menteri', itulah hakikatnya.

Melihat dari perbandingan ini, ternyata rating Najib melebih Anwar , walaupun dalam situasi keterpaksaan dan bukan kehendak hati Najib , suara wakil 48% yang diwakili Najib , 'berjaya' meredakan kehangatan' hati mangsa berbanding Anwar.

Kehilangan Najib dibalun Lim Kit Siang setiap hari tetapi kehilangan Anwar PM 52% Pembangkang
semuanya senyap sunyi. Inikah 'moral' DAP?


                                                  Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment