Friday 5 December 2014

THE PROMISED LAND :" KEMUNGKARAN " BUKAN LAGI PENGHALANG

SYAITAN TETAP SYAITAN
TETAPI
KENAPA MANUSIA SUKA  BERPERANGAI SEPERTI
SYAITAN!!!!!

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Kini zamannya!!!,   perbuatan kemungkaran telah  diterima sebagai perkara biasa, dan diterima seadanya dan bukan sebagai perkara  luar  biasa lagi dan masyarakat sekeliling menerimanya. Masyarakat yang beragama Islam, samada yang berpegang teguh dengan aturan Islam mahupun sebaliknya,,menerima perlakuan ini  dengan hati terbuka tanpa dakwa dakwi.

Sebagai contoh, disini dipetik beberapa contohon yang berlaku :-

Mengimbas kembali, keas Anwar Ibrahim yang  didapati bersalah dimahkama dan dituduh meliwat serta dijatuhi hukuman penjara dan sekali lagi Anwar Ibrahim  didapati bersalah juga  olih mahkamah diatas perbuatan yang serupa, namun, manusia disekelilingnya samaada yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam tetap menerima beliau seadanya malahan terdapat juga segelintir manusia yang bermati-matian mempertahankannya seolah-olah tuuduhan yang dibuat olih yang kena liwat dikatakan sebagai 'tipu daya' yang dikata bermotif politik. Walaupun yang menuduh sanggup bersumpah atas nama Tuhannya yang dilakukan didalam mesjid bagi 'membenarkan' pertuduhan tersebut, tetapi masih lagi terdapat manusia yang sanggup menafikan.


Perlakuan lelaki-lelaki yang suka menyerupai sifat wanita dan juga wanita-wanita yang menyerupai tingkah laku lelaki malahan bercinta dan berkasih-kasihan sesama jantina seolah-olah seperti perlakuan suami-isteri, namun, masyarakat sekeliling tetap juga menerima mereka seadanya malahan kumpulan ini tanpa rasa segan dan silu menonjolkan perbuatan songsang ini dikhalayak ramai. Walaupun mereka-mereka ini mengaku beragama Islam namun perbuatan mereka ini  diklasifikan sebagai 'penghina wahyu Allah SWT' kerana mereka secara terangan menolak 'suruhan Allah SWT'. Allah SWT berfirman dan menyatakan kedudukan umat 'jenis' ini  sepertimana Allah SWT melaknati dan menghancurkan seluruh penduduk negeri Sodom yang didiami olih Nabi Alllah Lut, namun sedikit pun tidak mengusarkan mereka . Ketakutan terhadap 'ancaman' Allah SWT,tidak dihiraukan malahan 'ancaman' ini dipandang sepi dan terdapat juga yang mempertikaikanya dengan alasan " Allah SWT yang menjadikan aku begini dan ini adalah Qada dan Qadar Allah', dan ini ketentuan Nya. Alasan yang diberikan olih kelompok ini sebenarnya tidak berpandukan 'nas' sebenar firman Allah SWT tetapi diluahkan demi menghalalkan perbuatan kemungkaran mereka.


Dikalangan pemimpin pula, ada dikalangan  mereka ini terjebak dengan berbagai skandal. Skandal dengan isteri orang, skandal menyimpan perempuan simpanan,, zina, , rasuah, fitnah, menipu serta berbagai macam lagi kemungkaran, walaupun perlakuan ini didapati benar dan berlaku dengan pengetahuan orang ramai atau masyarakat sekeliling namun, perbuatan mereka-mereka ini tidak dihiraukan malahan kelompok ini disanjung pula, waima, ulama-ulama juga sanggup semeja dengan mereka tanpa rasa bersalah. Segala keburukan atau salahlaku yang dilakukan olih pemimpin ini, tidak ditegur seadanya malahan ada pula yang menyanjung pula. Inilah kerosakan .

Dikalangan orang-orang yang terkenal dan ternama pula, semua 'kemungkaran' yang pernah dilakukan sehinggakan ada yang sanggup menjadi 'artis porno' juga diangkat dan dijadikan sebagai idola  olih masyarakat..Bukan saja olih orang Islam malahan bukan Islam juga serupa.  Anak luar nikah serta anak tidak sah taraf yang dimiliki olih golongan ini juga  di'publisiti'kan  secara besar-besaran seolah-olah perlakuan 'terkutuk' itu bukan hal yang besar yang perlu dimalukan lagi. Inilah yang telah meresap dijiwa dan kehidupan masa kini.

Duit haram, duit judi serta  segala pendapatan yang diraih tanpa jalan yang dibenarkan olih Islam kini dijadikan 'sedekah-sedekah' atau derma-derma bagi mendapat 'imbuhan' samaada ganjaran 'jawatan' mahupun 'gelaran' semua diterima sebagai kebaikan pula. Tetapi ada juga pendapat yang menghalalkan pula cara ini dengan alasan 'semuanya kehendak Allah SWT'.Tuhan yang merencanakan ' Begitulah nilainya akal  manusia ketika ini.

Dan ingatlah, bermacam-macam lagi kemungkaran yang berlaku tetapi telah  di 'halalkan' olih masyarakat masa kini, Samaada ianya dilakukan olih masyarakat merhean mahupun pemiminpin dan juga golongan ternama semuanya 'terhalal' kerana 'keimanan dan keinsafan diri' sudah luntur dari peradapan dan perlakuan manusia' yang sebenar-benar mencintai Allah SWT dan Rasul serta yang akur dengan Al Quran.

Bagi mereka yang beringat 'alhamdullilah' tetapi bagi mereka yang terleka dan terlena atau yang tidak mengerti, jadikan peringatan ini sebagai 'pedoman'.
     

             "Jangan dengar pada kata-kata tetapi lihatlah akan kata-kata itu tanpa mendengar"

                                                   ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
                                     








.


1 comment:

  1. Apa kan daya...
    Inilah zamannya juga... Ulama & orang pandai ugama menjadi bisu.Tidak berani ke depan menyinsing lengan, bertegang urat dengan pemerintah. Hanya berani berceramah agama dalam youtube. Semua kerana nak jaga periuk nasi. Takut tak makan anak bini mereka agaknya. Takut hilang kereta dan rumah. HARTA DUNIA, DUNIA itu semua wahai para ulama dan ugamawan!.

    Raja & Sultan pula tidak merasa apa apa. Inilah juga zamannya.Mereka terlupa amanah berat yang akan dibawa menghadap ALLAH.
    Sedangkan mereka pemerintah sebenar bagi kerajaan dan negeri-negeri tanah melayu yang diberi tanggungjawab menjaga agama suci ISLAM. PM & barisan kabinetnya itu hanyalah pentadbir, tapi raja dan sultan mengikut bulat-bulat kata pentadbir / macainya walaupun banyak cacat cela & salah laku mamandanya. Apa kan daya...

    Para sufi dan wali (kununnya) yang masih hidup pula, suka memencilkan diri, mengasingkan diri, tak berani kedepan membetulkan keadaan, selamanya orang yang bodoh terus bodoh, orang yang sesat dibiarkan sesat tanpa panduan. Apa kan daya... inilah zamannya juga. Nafsi nafsi di dunia. Tapi setiap orang yang berilmu akan ditanya nanti di akhirat. Rugilah orang yang berilmu, rugilah para ulama, sufi, wali, ustaz, ustazah kerana mati dalam keadaan takut untuk bercakap dengan kebenaran!.
    Mereka mungkin ulama, sufi, wali kelas ketiga. Tak boleh lawan langsung dengan keberanian para ulama dan sufi sejati yang sanggup mati di mata pedang demi agamanya. Ulama sufi wali sekarang sanggup mati kerana sakit tua dan sakit jantung sahaja. SUNGGUH KAMU RUGI WAHAI ORANG BERILMU! KAMU RUGI. MATI TANPA SYAHID DEMI AGAMA KAMU.

    Kekita pula? Apa kan daya, saudaraku, kita hanya manusia biasa. Hanya pandai mengeluarkan pendapat tetapi tak mampu mengubah apa apa. Kerana suara kita tak siapa ingin mengendahkannya. Inilah zamannya... Zaman pemerintahan fasa 4.

    INSYAALLAH, MUNGKIN DATANG ZAMANNYA NANTI, AKAN DATANG SEORANG MUJADDID (YANG LEBIH BERANI DARIPADA KITA SEMUA) MARA KE SAF HADAPAN MELAWAN SEGALA KEKUFURAN DI BUMI TANAH MELAYU YANG TERSANGAT TUA TANAHNYA INI!

    INSYA ALLAH - INSYA ALLAH - INSYA ALLAH.

    Oleh demikian, sabarlah saudara. ALLAH MUNGKIN SEDANG MERENCANAKANNYA. DIALAH SEBAIK BAIK PERANCANG.

    ReplyDelete