Sunday 7 December 2014

THE PROMISED LAND : WAL HASIL BALIK ASAL ," KERAJAAN NAJIB DI TAHAP MONOPAUSE ''

NASIBla... UMNO !! PUNYA PEMIMPIN YANG DAH
MONOPAUSE PEMIKIRAN


Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Nampaknya isu mengimpot 'kepakaran luar' menjadi semakin menjadi-jadi dan menggila . Kalau dulu hanya pemain bola impot mengisi ruang bolasepak negara yang amat di'banggakan' dengan harapan dapat  meningkatkan taraf corak dan mutu  permainan bola di negara ini tetapi sebaliknya mutu persembahan bolasepak kita  merudum juga.

Perkara 'impot' kepakaran luar ini bukan saja terpakai diarena bolasepak malahan dalam pentadbiran Kerajaan kepimpinan Najib juga menjadi keperluan dan keutamaan.

Di Pejabat Perdana Menteri,, warga British iaitu  Bekas Pengarah Urusan Syarikat  Yahudi  APCO telah dilantik olih Najib  sebagai Penasihat  diPejabat Perdana Menteri, dimana, Pejabat PM ini merupakan pusat  'pemutus dasar ' atau 'hala tuju' negara ini. Kalau British satu masa dahulu telah kita halau dari muka bumi negara ini, alih-alih, Najib dengan bangganya 'menjemput' melaun ini untuk bersertanya 'menerajui' negara ini. Hilang akal ke apa Najib ni?????

Tidak cukup dengan itu, Syarikat Milik Negara atau syarikat yang ditubuhkan dengan 'dana rakyat' iaitu MAS, juga menerima nasib yang sama.  Warga Jerman pula dilantik sebagai CEO. Silap-silap warga Jerman yang dilantik ini juga berketurunan Yahudi atau German Jew. Apalah nak jadi dengan 'pilihan Najib' ni???

Kini Tun Dr Mahathir bersuara 'galak' lagi, dan nampaknya beliau amat terkesan dengan keputusan kepimpinan Najib.

                             
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik kebergantungan Malaysia kepada orang luar untuk memajukan negara.

Menjawab soalan berhubung pelantikan tokoh korporat Jerman Christoph R Mueller sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo), Mahathir berkata ia menjadi “pengakuan kita ini bodoh”.

"Saya khuatir kita tidak ada kepercayaan kepada diri sendiri sehingga satu hari nanti kita nak perdana menteri, kita boleh ambil orang putih sebab dia lebih pandai daripada kita.

“Kalau nak marah, marahlah. Itu pendapat saya,” katanya.

Kalau dahulu apa saja berhubung dengan Yahudi semuanya melenting bagai nak rak, tetapi kini...apa dah jadi ?????

Nampaknya kata-kata Muhyiddin Yassin di PAU baru-baru ini bakal menjadi kenyataan. Orang Melayu dah marah dan menyampah dan ahli-ahli UMNO juga dah muak dengan gelagat pemimpin yang cakap tak serupa bikin.

Kalau Pemimpin UMNO atau Pemerintah Melayu  sendiri tidak berkayakinan dengan anak bangsa sendiri, faham-fahamlah.

.                                         .TALIAN HAYAT SUDAH  TERPUTUS

                                                 ikhlas dari : Cahaya Al Majid

2 comments:

  1. kalau tak salah saya Tun M lah yg mencipta slogan Malaysia Boleh sehingga diserap ke dalam psyche rakyat bahawa kita juga boleh capai apa org luar berjaya capai (mt everest, north pole, sukan komanwel dll) . saya percaya dlm masa yg sama Tun M juga memberi kepercayaan kpd rakyat di bidang lain utk yakin berjaya dgn semangat Malaysia Boleh (IJN tun M jalani pbedahan di situ)
    Kita yakin kita boleh buat dan setaraf dgn bangsa lain.
    Sekarang najib dah gostan pulak. Apa nak jadi Malaysia ni....

    ReplyDelete
  2. 2015-2016
    Malapetaka menunggumu... (barangkali)
    Sudah tidak dapat ditahan-tahan...

    ReplyDelete