Tuesday, 6 January 2015

THE PROMISED LAND : BIAR BETIK RM800 JUTA AHMAD MASLAN !!!! MACAM 80 JUTA JE!!

MEMETIK ANGKA-ANGKA MEMANG MUDAH
ADAKAH KERAJAAN MEMBELANJAKAN
RATUSAN J JUTAARINGGIT UNTUK MAKANAN  DITEMPAT PEMINDAHAN?
DAN JUGA RATUSAN JUTA UNTUK KOS OPERASI LOGISTIK DIMANA KEBANYAKAN
YANG TERLIBAT ADALAH ANGGOTA KERAJAAN DAN KAKI AJENSI KERAJAAN DAN
RATUSAN JUTA LAGI UNTUK PEMBERSIHAN RUMAH-RUMAH YANG RANAP?

                      YANG NAMPAK HANYA  SUMBANGAN RAKYAT SECARA TERUS
                            KEPADA MANGSA DAN JUGA DITEMPAT PERLINDUNGAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Naik pening dan mengeleggak otak memikirkan kata-kata Ahmad Maslan bahawa Kerajaan telah menghabiskan RM800 Juta . Tak nampakpun macam 800 Juta!!
Kalau benar RM800 Juta ini  telah digunakan dan  disalurkan untuk keperluan 'mangsa banjir', tak mengapa, tetapi 'keluh kesah' mangsa yang masih lagi kedengaran , seakan-akan  bantuan makanan
masih tidak  mengcukupi  dan masih meminta bantuan dari rakyat. Rasanya kalau setakat RM200 Juta telah kerajaan belanjakan untuk 'makanan' mangsa banjir, saya rasa 'melimpah ruah makanan' dipusat tetapi tak tahulah kalau setiap hari dihidangkan dengan 'makanan western'?

Atau Kerajaan menggunakan 'khidmat kontraktor Catering' untuk menyediakan makan minum mangsa
sebanyak 5 kali sehari?

Berhubung dengan operasi logistik pula, apa yang nampak ada  beberapa biji heli saja yang beroperasi samaada untuk mmenyelamat atau menghantar barangan,  tak nampak pula tambahaan pembelian heli baru mahupun kapal-kapal penyelamat baru, Yang nampak,hanya  bot -bot polis, tentera, bomba dan juga beberapa lagi bot milik perseorangan. Tak kan perbelanjaan pengoperasian ini memakan belanja RM500 juta  kot ?  

        Diharap apa yang telah dibelanjakan sebanyak RM800 juta itu juga telah digunakan untuk
        membersihkan rumah ini.
         
                                



Dan yang paling pelik 'pembersihan rumah-rumah mangsa', Apa yang dapat dilihat kebanyakan pembersiahan rumah-rumah mangsa dilakukan secara 'manual' atau 'guna tenaga' samaada olih pemilik ataupun dengan bantuan orang keliling mahupun sukarelawan  Adakan 'guna tenaga' ini Kerajaan tanggung sepenuhnya atau Kerajaan 'bayar' pampasan kepada pemilik yang masih berumah? Bagi mangsa-mangsa yang rumahnya lenyap sama sekali bagaimana? Adakah Kerajaan juga telah "menyalurkan ' dana dari sebahagian RM800 juta ini juga?

             
             Sukarelawan membersihkan masjid selepas banjir melanda Kuala Krai, Kelantan, hari ini. -                Foto REUTERS

Tetapi apa yang ditonjolkan olih media-media tempatan mahupun social media, kebanyakan rumah masih lagi betrkeadaan hancur lebur dan belum lagi nampak akan pemulihanya yang  telah dilakukan terhadap rumah-rumah ini dan kemanakah pula 'peruntukan' yang dikata telah dibelanjakan ini ?

Rakyat tidak berkira sekiranya perbelanjaan ini benar-benar memulihkan keadaan mangsa  tetapi sekiranya RM800 juta ini dikata  telah dibelanjakan dan keadaannya masih lagi daif dan  tak berubah, siapakah yang perlu diubah lepas ni??

Fikirlah sendiri?

                                                   Cahaya Al Majid

Berita Harian :-
MARAN: Kerajaan setakat ini membelanjakan kira-kira RM800 juta menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi membantu mangsa di negeri yang terbabit dalam musibah banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, berkata peruntukan berkenaan digunakan bagi membekalkan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa yang terbabit dalam musibah itu.

Kementerian Kewangan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Malaysia (PAC) untuk menjelaskan mengenai peruntukan RM800 juta bantuan banjir yang diumumkan baru-baru ini.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jumlah yang diumumkan tersebut besar dan memerlukan ketelusan dalam cara menguruskannya.

"Jumlah RM800 juta untuk bantuan ini besar, PAC akan memanggil Kementerian Kewangan dan MKN untuk memperincikan bagaimana peruntukan ini disalurkan kepada mangsa banjir," kata Nur Jazlan kepada The Malaysian Indsider.

Semalam Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata hampir RM800 juta sudah dibelanjakan kerajaan menerusi MKN bagi membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terbabit musibah itu baru-baru ini.

Peruntukan berkenaan membabitkan pembekalan makanan, operasi logistik dan pembersihan rumah-rumah mangsa.


1 comment:

  1. setahu saya, yang banyak memberi sumbangan ialah rakyat..

    rm800juta? nampak sangat tak logik nye.

    ReplyDelete