RAKYAT MENUNGGU SURAT PERLETAKAN JAWATAN ANDA !!!!! |
BILAMANA KEPENTINGAN RAKYAT DAN
KESELAMATAN BUKAN LAGI KEUTAMAAN
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Tidak usah dipanjang-panjangkan lagi. Penat melihat perangai-perangai buruk 'pemimpin tertinggi UMNO ini. Walaupun 'kuasa' diberikan olih orang Melayu namun jangan dijadikan 'bangsa Melayu' ini sebagai alat atau 'batu loncatan' untuk 'memenuhi nafsu' sendiri.
NAJIB TIDAK LAGI RELEVAN SEBAGAI PERDANA MENTERI
Dikala negara menghadapi bencana banjir besar , Najib sanggup bercuti kekeluar negara ke Hawaii secara senyap-senyap bersama isteri ..hanya kerana 'Golf' dan 'Obama'.
Dikala Najib terpaksa pulang kerana 'desakan' rakyat untuk sama-sama 'meredah air', pesawat khas Perdana Menteri pula 'menjelajah dunia' tanpa kelibat Perdana Menteri.
Dikala negara masih lagi meratapi akan kehilangan nyawa dan harta benda mangsa-mangsa banjir, Najib sekali lagi secara senyap 'melarikan' diri ke Thailand untuk bersama isteri bagi menyambung cuti sambil 'shopping-shopping' dan 'main golf'.
Tak cukup dengan itu didakwa pula kerana terlalu terdedah dengan air banjir yang diredah , 'e-coli' pula didakwa terjangkit keatasnya.
ZAHID HAMIDI HILANG INTEGRITI SEBAGAI MENTERI KDN
Benar dan betul apa yang dikata olih Zahid bahawa KDN tidak berkompromi dengan sendiket pengedaran dadah tetapi kenapa KDN mahupun Zahid berurusan pula dengan Raja Judi berhubung dengan 'keselamatan negara'? Kenapa mendedahkan 'keselamatan' negara kepada "Raja Judi Haram"?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan rakyat Malaysia yang terlibat dengan kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dikenali sebagai kumpulan '14K Triad'.
Surat yang didakwa bagi 'membersihkan' Raja Judi, dengan alasan :-
isu surat sokongan membela 'raja judi', Paul Phua Wei-Seng -
Zahid dalam surat bertarikh 18 Disember 2014 itu juga menyatakan :-
" Phua membantu Malaysia dalam perkara "keselamatan negara" dan harap Phua dapat pulang ke Malaysia.
Phua, bekas pemilik restoran kasino di Macau menghadapi dakwaan perjudian sukan haram di Las Vegas selepas ditangkap Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) semasa musim Piala Dunia tahun lalu.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment