Sunday 15 February 2015

THE PROMISED LAND : PEMULANGAN KEPADA YANG HAK

RAMAI YANG SELAMA INI TERTIPU
OLIH DIRI SENDIRI KERANA KEHEBATAN

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Masa semakin dekat, keadaan semakin kritikal. Umat Islam dibenua Arab tidak dapat diselamatkan lagi. Bangsa yang telah melahirkan junjungan kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w , semakin hari semakin luntur 'hati'nya. Kerana terlalu berpaksikan kepada 'ilmuan' dari 'Mesir' dan juga 'USA', dan 'kecintaan'nya terhadap 'agama' yang dianuti Baginda Rasullulah s.a.w semakin tersasar jauh dari 'ajaran' baginda dan  keterampilan Islamnya juga semakin 'merudum'..Begitulah 'nasib'nya Bangsa Arab ini.

Kalau dizaman Rasullulah s.a.w , negara Arab Saudi ditakbir dan di perintah olih ketua-ketua kaum atau  suku , tetapi setelah beberapa ratus tahun timbul pula watak Raja. Dari mana asal usul datangnya 'watak' Raja, ini tidak pula diketahui puncanya . Namun begitu dalam 'hadith' telah disebut 'watak  ini tetapi digambarkan sebagai "Khalifah"..


Ummu Salamah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah  bersabda:

 “Manusia akan berbalah setelah kewafatan seorang Khalifah. Seorang lelaki dari Madinah akan melarikan dirinya ke Mekah. Beberapa orang Mekah akan memaksa beliau agar menerima bai’ah (taat setia) mereka kepada beliau di antara Rukn dan al-Maqam. Satu pasukan tentera dari Syam akan dihantar menentang beliau dan mereka akan ditelan bumi di Baida’ (padang pasir di antara Mekah dan Madinah). Apabila diketahui manusia, mereka datang berbondong dari Syam dan Iraq untuk membai’ah beliau. Kemudian muncul pula seorang dari Kaum Quraish yang ibunya dari suku Kalb, menentang beliau dan akan ditewaskan; peperangan tersebut dinamakan Perang Kalb. Mereka yang tidak menyaksikan ghanimah peperangan itu adalah malang. Al-Mahdi akan membahagi-bahagikannya dan memerintah mengikut Sunnah Baginda SAW. Kemudian beliau wafat dan Kaum Muslimin akan menyembahyangkan beliau.”;- [ Riwayat Abu Daud, Kitab Al-Mahdi].

Kepenghujungan Islam dibumi Arab Saudi ini akan kembali  kepada asal. Institusi 'Beraja' dibumi Arab Saudi bakal 'terkubur' bagi memberi laluan kepada pemerintahan 'yang hak'. Dua bumi pilihan ini iaitu Mekah dan Madinah bakal ditakbir dan dikelola olih 'Yang Berhak' dan dua pusat ini bakal menjadi 'Negara Allah" tanpa dapat disentuh olih mana-mana kuasa besar didunia samaada USA mahupun Negara Eropah tetapi dua negara 'baru' ini akan dikongsi olih ' Bani Tamim'dan pemerintahnya adalah " yang di tunggu"..

Seperkara lagi yang perlu diketahui, Mekah dan Madinah akan diistihar sebagai pusat negara-negara 'Islam', manakala , Semua negara berdaulat yang menjunjung Islam sebagai 'teras pemerintahan' nya akan dibantu dan dibiayai sepenuhnya .

Sebelum semua perkara ini berlaku, beberapa kejadian besar bakal meletus. Nantikan...dunia dan umat Islam  sedang menjurus kearah yang ditentukan.

Kepada sesiapa yang pernah 'menobatkan' diri, mahupun 'menabalkan' diri masing-masing sebagai ''manusia terpileh' diantara yang dipileh, dan merasakan 'ilmu' Allah SWT telah 'menyerap disetiap laluan pembuluh darahnya dan bertasbih keatas Nya serta yang mengaku mempunyai ribuan malahan jutaan pengikut yang dirasakan 'jalannya benar' diatas nama Allah SWT, pertengahan tahun 2015 sehingga pertengahan 2016 adalah masa terbaik untuk 'membait' diri di hadapan Kaabah.

Kerana telah terlalu ramai 'ketua' dikalangan 'ketua' mahupun terlalu ramai 'ulama diantara kalangan ulama' serta terlalu ramai 'yang hebat diantara yang terhebat', seeloknya serahkan diri dibumi 'Al Haram', agar diri anda tidak selamanya 'ditipu' mahupun tertipu...

Apa ditunggu lagi..silalah ke Mekah Al Mukarammah..'kebenaran Allah SWT juga' yang tetap mendahului..


                                               Sekian...Cahaya Al Majid







1 comment:

  1. Salam,,,Belum waktunya....dlm lima tahun hingga 10 tahun kedepan,,,,benar kita akan melalui sesuatu yg tak pernah kita duga, tak pernah kita lihat...

    Musibah yg kita hadapi sekarang, gunalah sebagai mendidik kita utk menghadapi lebih dahsyat, dan bersatulah semua ummat islam, belajarlah bersatu bagaimana kita menghadapi suasana kekurangan makanan dan air,

    Ingat pesan nabi saw,,,imam mahdi dtg dr keluarga yg tdk pernah diduga org,,,,,,walaubagaimanapun tetap dr keluarga baik baik.....keluarganya sendiri selama ini tdk mengetahui mereka dr keturunan ahlul bait...

    MUNGKIN....Seseorg yg biasa, dr keluarga biasa, sederhana, tdk mendabik dr golongan ulama, tdk terlibat secara langsung dlm politik yg heboh, tdk terlibat dlm kelompok agama manapun, tdk memakai tasbih yg besar dileher, tapi orgnya pintar, kaum kerabatnya byk yg pintar, sentiasa menyembunyi ilmu yg ada yg dapat langsung dr..........????? Dah pasti baik, suka membantu org,,,Jika belum waktunya, adakah mungkin ia masih muda????

    Oleh kerana ia dtg dr keluarga yg tak diduga, mungkinkah diawal permulaan kemunculannya ramai yg menentang, tdk percaya, bahkan juga dikatakan ada cerdik pandai agama menolaknya... Berhati hatilah kita bila lebih mempercayai golongan dajjal....

    Jika ada sekarang yg mengaku dirinya imam mahdi,,,,,PENDUSTA...ia sama sekali tdk pernah mengaku,,,,,tdk pernah menonjolkan diri..

    Siapakah dia...Mungkin jiran anda, kawan anda, keluarga anda, atau kawan emak ayahnya,,,,tanpa anda sedar??????

    ReplyDelete