Saturday 11 April 2015

THE PROMISED LAND : MELAYU TERLAKNAT KERANA 'ARAHAN'

 HANG TUAH. MEMBUNUH JEBAT KERANA ARAHAN SULTAN MELAKA
MOTIFNYA
 KERANA HANG JEBAT TELAH MENDERHAKA
KENAPA HANG JEBAT MENDERHAKA?
KERANA RAJA TELAH MEMBUNUH HANG TUAH
TETAPI
APAKAH 'MOTIF' , SEBAB ATAU  ALASAN 
SIRUL DAN AZHAR  MEMBUNUH  ALTANTUYA
 ATAS ARAHAN SIAPA?????..
                        " Sirul  mengulangi kenyataan bahawa dia bertindak atas arahan".

Bismilllah-hir-rahman-nir-rahim.

Hanya kerana "arahan'  Sultan Melaka',  Hang Tuah sanggup membunuh Hang Jebat walaupun mereka  ibarat 'isi dan kuku' atau macam  adik beradik, yang dikata  membesar dan bermain bersama-sama sedari kecil. Namun semua itu bertukar apabila Hang Tuah 'di'arahan'kan untuk menghapuskan Hang Jebat.

Terpanggil pula hari ini untuk membicarakan kisah "Pembunuhan Altantuya' dimana dua anggota Polis didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati, walaupun 'motif " pembunuhan terhadap 'model Mongolia' tersebut tidak dijelaskan sama sekali.

Samaada 'dua anggota' Polis tersebut iaitu Azilah dan Sirul membunuh model tersebut atas alasan atau tujuan   'merompak' , 'merogol' mangsa ataupun kedua Polis tersebut mempunyai dendam terhadap 'mangsa  kerana  mangsa telah mendatangkan 'ancaman' keselamatan bagi  'keluarga dua anggota ini tidaklah diketahui sebabnya sehingga kini. Apa yang pasti hanya merekalah orang terakhir  yang dilihat atau didapati bersama-sama Altantuya sebelum 'pembunuhan' tersebut.

Atas alasan apa Sirul mengatakan bahawa  pembunuhan terhadap Altantuya  itu dilakukan  kerana 'atas arahan'  tidak pula dijelaskan sepenuhhnya olih Sirul mahupun Azhar.Olih itu 'spekulasi' terhadap 'dakwaan Sirul' ini telah meninggalkan banyak tanda tanya kepada  rakyat seluruhnya.Dan rakyat mahu tahu 'punca' atau 'sebab' nya.

Walaupun Sirul merupakan salah seorang anggota Polis UTK yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Perdana Menteri, namun, atas alasan apa 'beliau' bertindak  'membunuh Altantuya? Atau adakah Sirul dan Azhar ini sememangnya 'pembunuh upahan' yang 'berselindung' disebalik 'uniform Polis? Ini yang perlu dijelaskan olih 'bakal mangsa tali gantung' ini.

Kalau diikutkan akal yang waras amatlah mustahil untuk kedua-dua orang  ini mencari alasan lain untuk membunuh Altantuya tanpa sebab. Mana mungkin mereka mengenali 'model' secantik ini secara 'kebetulan'. melainkan kedua-duanya diberikan 'tugasan' ataupun 'arahan'.

Kisah nya hanya terkait apabila syarikat Razak Baginda yang merupakan rakan rapat kepada Najib yang pada masa itu telah selesai 'membait Scorpene', dan dikata ' Altantuya merupaka salah seorang 'perantara' atau ' broker' yang memainkan 'peranan' terhadap 'Projek Scorpene' tersebut. Dikata juga hanya kerana Altantuya menuntut 'bayaran' commission' yang 'besar' terhadap 'kerja'nya, maka mungkin , ancaman  tersebut  dijadikan alasan  beliau dihapuskan.Selain dari itu 'tidak' dapat dilihat kemungkinan lain untuk Altantuya dihapuskan.

Namun kalau sebenarnya kedua-dua entiti ini sememangnya 'pembunuh upahan' yang teah menerima 'bayaran' bagi  'tugasan' tersebut dimana mereka  berselindung disebalik 'uniform Polis' maka, 'hukuman tali gantung' teramatlah layak untuk mereka tetapi sekiranya perkara sebaliknya seperti yang didakwa olih Sirul maka 'selayak'nya, kebenaran 'dakwaan' 'atas arahan' perlu ditimbang semula demi mencari sebuah  'keadilan' bagi  seorang yang bernama manusia.

      'Membunuh jiwa lain atas nama mempertahankan 'tanah air' dan 'agama' adalah tuntutan
       Tetapi membunuh jiwa seseorang ditali gantung kerana 'tersepit' atas alasan ' arahan' ,              maka itu  adalah, satu kezaliman."

Tetapi yang tak masuk akalnya, hanya Razak Baginda saja yang kenal  rapat  serta yang mempunyai 'akses' sepenuhnya terhadap Altantuya tetapi dimana dan apa  puncanya sehingga  Azilah dan Azhar ini 'meletupkan' Altantuya??Bagaimana pula mereka berdua mengenali 'Altantuya'?Apa yang pasti kita tidak tahu apakah 'alasan' bagi kedua Polis' ini membunuh Altantuya sehingga 'tubuh'nya diletupkan??? Ini yang 'memuskilkan'.

                    "Tetapi yang lebih memuskilkan rakyat kenapa Najib 'melompat'?"

Penyataan Najib :-

Mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya Shaarribuu, Perdana Menteri berkata telah menafikan perkara itu sejak 2008 lagi.
Jelasnya, beliau telah bersumpah termasuk di masjid  tidak terlibat dengan kes itu dan tidak pernah mengenali Altantuya sama ada secara langsung atau tidak langsung.

 Dari penyataan Dr Mahathir dibawah ini tidak ada pula Dr Mahathir menuduh Najib.

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.

2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.


Walauapa pun alasan Azhar dan Sirul, dosa kerana  'membunuh' atau ' mengambil jiwa' orang lain yang bukan dari ' tuntutan agama' , maka perbuatan tersebut adalah satu kesalahan  disisi Allah SWT.

                                                 ikhlas dari : Cahaya Al Majid


2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete