INILAH GAMBARAN YANG DITUNJUKKAN. |
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Alhamdulliah..sudah seminggu umat Melayu Islam dinegara ini berpuasa. Puasa yang datang dan pergi pada setiap tahun namun samaada pengajaran yang dikutip dibulan ini dapat menambah iman dalam diri atau sebaliknya hanya diri anda yang mengetahui.
Walaupun sudah bertahun kita menjalani ibadah puasa pada setiap kali Ramadhan,namun samaada kita insaf atau masih lagi ditahap yang sama seperti sebelumnya, eloklah 'cermin-cermin diri', kerana, setiap kali kita berada dibulan Ramadhan setiap kali itulah umur kita bertambah. Samaada kita sedar atau tidak, kalau dahulunya kita amat berselera ketika menghadap juadah berbuka tetapi kini salera itu mungkin sudah berkurangan, Atas sebab apa dan mengapa, kita tanyalah diri kita sendiri.
Semoga Ramadhan yang berbaki 3 minggu ini diharap sahabat dapat mempertingkatkan lagi ibadat samaada dengan bertahajud atau mentelaah Al Quran, cuma lakukankan lah dengan sebaik mungkin.
Pemerintah Negara kita masih lagi bergelut dan berdepan dengan bermacam-macam problem. Satu-demi satu masaalah 'yang melibatkan' wang rakyat yang disalah urus menjadi semakin kronik dan semakin menjadi-jadi. Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana awam dilihat menjuarai isu ketika ini.
Tidak cukup dengan masaalah 1MDB yang dikata dahuluu tidak bermasaalah, tetapi akhirnya silap-silap haribulan..'negara ini bolih muflis' jadinya. Ada pulak juak-juak yang masih cuba menafikan 'kegagalan' pemerintah, dalam menangani isu 1MDB,tetapi 'bangkai gajah' yang sebesar itu dan berbau busuk manakan dapat dinyahkan baunya walaupun 'khemah sebesar dataran merdeka digunakan untuk menutup bangkainya.
Alih alih keluar pula berita dari Thailand yang mengatakan 'pemberi maklumat' atau 'bekas pekerja' yang berasal dari Petro Saudi , yang dikata ''memeras ugut' majikannya iaitu Petrosaudi, namun, bekas pekerja itu asebenarnya tekah diberhentikan dengan pampasan jutaan ringgit walaupun bekas pekerja itu dikata telah melanggar syarat etika kerja. Namun juak-juak pro Pemerintah dinegara ini pula bersorak gembira seakan-akan 'dengan penahanan 'bekas pekerja' itu 'segala hutang 1MDB' yang ditimbunkan sehngga berjumlah 42 Billion itu seakan 'terhapus' secara automatik, apa pun ya tur..
Adapulak golongan membalun dengan menuduh Mahathir dengan bermacam-macam tuduhan. Malahan segala cerita lama diungkit..tidak kah ini menunjukkan bertapa tidak matangnya 'kelompok' ini apabila berdepan dengan sesuatu isu. Yang diperkata 1MDB berhutang berbillion-billion tetapi sebab pencacai nak 'upah' maka , segala cerita buuruk 'Mantan Presiden UMNO' dijaja dimerata tempat. Inilah cerminan bangsa Melayu yang 'terbeli' jiwanya .
Cuba tengok bangsa Cina terutama pemimpin DAP, adatak mereka 'mengungkit' salah laku 'Cina MCA atau Cina Gerakan' walaupun mereka itu tidak sealiran pemikiran? Dalam apa apa hal mereka tetap bersatu..ada tak mereka mengungkit salah laku Koh Soo Kun atau Lim Chong Yew..ada tak???
Tetapi apa yang kita marah adalah salah guna kuasa dan tidak beretika dalam menjalankan amanah. Kalau apa yang dilakukan tidak terpalit kepada rakyat..kita tak kisah pun..tetapi apa yang berlaku..segala salah laku mereka maka akibatnya rakyat yang tanggung..itu yang kita sakit hati..Dah lah hdup senang lenang dengan duit rakyat..tetapi belagak lah pulak..macam .harta negara ini..mak bapak dia orang yang punya..
Tetapi apa yang mengusarkan saya..beberapa hari yang lalu..lintasan seperti apa yang pernah saya lihat dahulu ketika sebelum peristiwa September 11, terjadi sekali lagi. Tetapi kali ini 'gambaran' yang saya lihat 'sungai Klang bertukar warna..airnya merah seakan-akan darah'.Langit hitam menyelubungi bumi negara ini. Asap tebal sana sini..manusia dan kenderaan tidak kelihatan dijalan raya. Itulah gambarannya.
Kalau dahulu 'lintasan' yang digambarkan adalah dibumi Amerika, tetapi kali ini, gambarannya adaalah dibumi ini..
Itulah yang dapat saya perkatakan ketika ini..semoga Allah SWT melindungi 'umat yang berhati mulia' dan 'beramal' kejalan Allah SWT.
'
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment