Bismillahhirrahmannirrahim.
Alhamdulilah kerahmatan Allah swt jua saja yang memungkinkan untuk kitabertemu dilembaran ini.Syukur kehadrat Illahi kerana masih meminjamkan
Rohnya kepada jasad ini bagi meneruskan kehidupan sebagai manusia Dan hamba kepadaNya.
Marilah kita berpijak dibumi nyata.Apa yang berlaku dalam negara kita sekarang serta yang sedang mengulitdiri Najib dan juga keseluruhan kepimpinan kerajaannya yang dilihat sedang dilalui merupakan satu 'laluan' yang semangnya merupakan satu 'ketetapan' dari Yang Maha Esa. Apa yang dikata olih Najib bahawa ini merupakan satu dugaan adalah tidak tepat tetapi sebaliknya apa yang dilalui Kerajaan pimpinan Najib kini adalah satu 'balasan' dari Yang Maha Esa diatas kesalahan kepimpinan Najib sendiri.
Maaf bercakap. Kebanyakkan barisan kepemimpin yang dipilih Najib samada yang berjawatan Menteri ataupun pemimpin politik 'yang sememang berpenyakit' telah diberikan kuasa, kebanyakkannya 'tidak ikhlas' tetapi sebaliknya kelompok ini majoritinya adalah ' "hamba sahaya" yang taat membuta tuli terhadap tuannya, dan tugas mereka adalah "membenarkan" apa saja "salah laku" tuannya.
Tetapi apa sedang berlaku adalah dari hasil ciptaan tangan mereka sendir Sifatnya manusia mereka tidak akan mengakui kesalahan diri mereka sendiri tetapi sebaliknya, kesalahan itu akan diletakkan kepada orang lain bagi menghalalkan kejahilan diri mereka sendiri.
Nampaknya apa yang sedang dilalui kini, keadaannya seperti yang telah saya wakafkan dalam penulisan terdahulu.
Apa yang bakal dilalui olih rakyat dibulan yang mendatang pasti menyesakkan jiwa setiap jiwa dinegara ini. Kenaikkan kos barangan kehidupan semakin meningkat walaupun kerajan cuba menafikan. Apa yang paling ketara kini nilai matawang kita semakin merudum dan hari ini nilai USD 1 bersamaan Rm3.82 .Tidakkah ini menunjukan bahawa ekonomi kita semakin lemah dan tidak stabil?
Tidak kah Ini petanda nyata bahawa kepimpinan Najib dan kabinetnya tidak menyakinkan serta lemah yang mana intrigriti mereka sedang dicabar.
Apa yang sedang berlaku dan terjadi ini merupakan "laluan" kepada malapetaka yang lebih besar untuk berlaku.
Tiada apa yang dapat saya ulas lagi melainkan menyerahkan kepada Yang Maha Esa .
ALLAH MAHA BESAR.
Ikhlas dari : Cahaya Al Majid
Bersabar sabarlah antara kita. Kita masih punya 1 senjata iaitu DOA.
ReplyDeletePohonkanlah keselamatan kepada kita semua, dengan izin-NYA.
Pohonlah sungguh-sungguh, yang benar tetap benar, yang batil dihapuskan dibumi kita ini. Mungkin ada di antara doa-doa kita yang hina ini dimakbulkan oleh ALLAH.
Namun jika ditakdirkan peristiwa tersurat dan tersirat 'masa hadapan' sudah tidak dapat diperkenannya olehNya jua (kerana janji ALLAH telah tiba kepada kaum kita), maka bersabar-sbarlah kita dan kuatkan iktikad kita: biar mati kebulur & miskin harta benda tetapi agama jangan sesekali kita gadaikan.