Friday 12 June 2015

THE PROMISED LAND : SELAMAT TINGGAL MELAYU UMNO..

DISARAN KEPADA NAJIB AGAR MELAKUKAN
SUMPAH LAKNAT MENAFIKAN
BAHAWA BELIAU  TERLIBAT DALAM
SKANDAL
42 BILLION HUTANG 1MDB
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Assalammualaikum para sahabat semua. Bukannya berhenti dari meluahkan apa yang tersirat dalam hati dan bukan juga melimpiaskan apa yang tersurat tetapi apa 'isi kandungan' yang telah diperkatakan berbulan sudah telah menjadi kenyataan. Kejadian besar yang dikata akan berlaku dinegara ini sudah pun berlaku iaitu 'pertembungan antara Mahathir dan Najib' ataupun yang dikata 'berpecahnya UMNO' atau 'terburainya' perut UMNO' yang selama ini menerajui negara ini.

Walaupun ramai yang menjangkakan bahawa Melayu akan menjadi lemah namun dari apa yang berlaku , ini adalah petanda berakhirnya 'kaum  'RAHMAN' dari UMNO dari menerajui pucuk pimpinan negara ini. Kesemuanya pemimpinnya adalah dari kalangan mereka yang  'tiada amanah' atau 'tiada iman' dalam diri atau tiada Islam 'contohan' dari diri Rasullulah 'yang diterjemahkan olih pemimpin UMNO mahupun Ahli Parlimen UMNO dalam memegang  amanah ', melainkan 'mengaut' kekayaan' demi untuk kepentingan sendiri. Itulah yang berlaku.

Allah SWT telah cukup memberikan 'tempoh  masa' yang lama untuk mereka berubah, namun ' nafsu serakah' serta sifat 'haloba' tetap menebal dalam diri pemimpin UMNO  , Dari seorang pemimpin kepada pemimpin yang lain semuanya  sama dan 'segar';.tiada perubahan.Wang ringgit dan harta melangit bukanlah ukuran dihadapan Tuhan tetapi ,keikhlasan serta memikirkan nasib rakyat yang ramai adalah tanggungjawap mereka tetapi apa yang berlaku ,'menafikan hak yang ramai ' serta  'menindas yang tidak berkeupayaan dan berkemampuan adalah zalim disisi Allah SWT.

Kepada orang Melayu janganlah gundah gulana apabila Melayu UMNO pada PRU 14 ini  hilang kuasa. Bukan UMNO yang  menjamin kesejahteraan kehidupan  atau menentukan  nasib masa depan kita tetapi diri kita dan Allah SWT saja yang akan menjamin sepenuhmya. Walaupun kita bertegang urat atau berseteru sesama kita namun hakikat sebenar yang perlu kita terima , ini adalah satu perjalanan yang harus  dilalui atau hadapi demi untuk  'memertabatkan  Islam seperti sepatutnya dimana UMNO dan kelompoknya  telah gagal menyempurnakanya.

Bertakhtih-takhtik dalam  mengenepikan perkumpulan Melayu UMNO ini bukanlah ajenda kita tetapi ini adalah ketetapan Yang Kuasa yang wajib kita terima.dengan hati terbuka. Walaupun dahulu pengundi Melayu bukan UMNO  tetap mendahulukan 'bangsa Melayu' sebagai 'wakil mereka' tetapi kini 'sindrom' itu  sudah tiada  lagi dihati mereka. Generasi kini sudah berubah selera dan cita rasa. Walaupun pemimpin Melayu UMNO ingin menafikan 'sindrom' ini, namun 'perjalanan' dalam 'meleburkan'UMNO' sudah semakin 'pecah' dan 'bakal menyembah bumi'.

Usaha mereka untuk 'membina' semula 'struktur UMNO' dilihat semakin tidak menjadi malahan bertambah parah malahan  pemimpin mereka semakin hari semakin 'bongkak' dan 'rakus' Seolah-olah tiada sempadan yang dapat 'meranapkan' kuasa meraka. Itulah yang dirasakan olih Melayu UMNO kini.  ' Cita-cita dan kehendak mereka' agar UMNO terus berkuasa walaupun mereka menyedari bahawa sokongan terhadap mereka sudah   semakin 'tipis'.

Walauapapun pertembungan diantara Najib dan Mahathir ini berlarutan namun ianya tetap 'melondehkan' lagi kegagalan Melayu UMNO dalam pentadbiran  serta  'salahlaku ,serta  salah urus tadbir negara ini olih  sang Perdana Menteri dari UMNO.Yang perlu diingati, bukan semua yang baik akan mendapat pengiktirafan olih manusia kekadang yang jahat pula yang mendapat pujian olih yang ramai, semuanya bukan kerana 'keikhlasan' tetapi 'wang ringgit' dan 'kekayaan', itulah 'imbuhan dunia' yang dinanti-nanti. Tetapi disisi Allah SWT, mereka tahu balasannya.

Kepada Najib, sekiranya anda mengakui bahawa anda tidak menipu serta tidak pernah pecah amanah serta  tidak terlibat dalam skandal hutang 1MDB 42 Billion itu , silalah 'bersumpah' didalam mesjid seperti mana anda pernah lakukan dahulu ketika menafikan pengllibatan anda dengan Model Mongolia.Ini bukan untuk menjamin UMNO akan menang PRU 14 tetapi setidak-tidaknya 'anda' dapat membersihkan diri anda dan meruah anda serta maruah bapa anda Tun Abd Razak. Sememangnya pada mata rakyat yang tidak menyokong anda, anda telah dilabel sebagai 'pembohong' atau 'penipu'.

Olih itu beranikan diri , bersihkan diri anda dengan ;"bersumpah dengan nama Allah SWT, didalam rumah Allah.'


                                                ikhlas dari : Cahaya Al Majid

.




4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Saranan yang sangat baik. Dan itulah yang sebaik-baiknya daripada banyak berbicara.

    ReplyDelete
  3. kenapa hanya najib seorang yang mesti buat sumpah laknat kenapa tidak mahadir dan para menteri semua tidak kira dari parti mana pun wajib melakukan sumpah laknat menafikan ada mengambil rasuah dan makan wang haram dari segala projek negara.boleh jawab ke cahaya al masjid.ni suara al masjid ke suara al dapig

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menjadi isu disini adalah diri Najib yang bertindak sebagai kepala pemerintah , dan, beliau adalah Penasihat 1MDB aka Menteri Kewangan.Mahathir bukan pemerintah cuma beliau 'bersuara' demi kepentingan rakyat dan tidak lebih dari itu.

      Delete