Sunday, 2 August 2015

SABAH BAKAL KEMPUNAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

Semenjak UMNO bertapak di Sabah, jawatan yang paling kanan yang dapat diungguli olih wakil mereka ( anak Sabah) adalah Naib Presiden. Walaupun sebelum ini banyak nama hebat dan besar yang dapat diperketengahkan hanya Shafei Afdal seorang saja yang berjaya melangkah ketangga Naib Presiden dan beliau merupakan satu satunya peluang bagi anak Sabah yang bertunjangkan UMNO bagi menduduki jawatan samaada Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri sekiranya terjadi apa apa malapetaka kepada Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Peluang yang tersedia ada cuma memerlukan beberapa langkah saja, namun hakikat itu dinafikan olih Najib selaku Perdana Menteri yang beralasan sesiapa yang tidak sehaluan dengan corak kepimpinanya atau mempertikaikan 1MDB perlu digugurkan dari Kabinet Najib.Bukan hanya Shafei saja yang dibuang malahan Muhyiddin juga mengalami nasib yang sama.

Walaupun jawatan Shafei Afdal sebagai Naib Presiden dikata tidak terjejas namun jawatannya sebagai Menteri telah terlucut dan ini dijangka akan menjejaskan pergerakannya terutama dimusim persidangan atau mesyuarat bahagian. Dan kini terdapat juga bahagian UMNO telah membatalkan jemputan keatas diri beliau walaupun mendudukitangga ke 4 dalam hireaki UMNO.Dengan keterbatasan ini beliau bakal pasti terkeluar dari grand prik pemilihan UMNO nanti.

Apa yang terjadi ini merupakan satu kerugian kepada orang orang Sabah. Untuk wakil Sabah sanaada Rahman Dahalan ke, Anifah Aman ke atau Syed Keruak, personal touch mereka terhadap Perwakilan dari bahagian bahagian adalah satu kekangan. Kalaupun mereka ini bergantungan keatas diri Najib untuk beroleh salah satu kedudukan dalam 3 jawatan Naib Presiden pun mereka ini belum tentu bolih meraih sokongan ramai.

Melainkan sekiranya seluruh Ketua Bahagian dan seluruhpenyokong UMNO Sabah berdiri teguh dibelakang Shafei Afdal dan menafikan tindakan Najib, inshaallah, peluang untuk anak Sabah untuk bergelar sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri ada lah cerah.

TETAPI adakah itu dapat disepakati olih pemimpin Sabah? Sedangkan semuanya berhajat untuk kerusi tersebut.

Untuk orsng Sabah pisau dan mentimun sudah ditangan, nak potong macamana, terpulang kepada anda. Antara maruah dan kuasa mana satu pilihan.


                                            Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment