Bismillahhirrahmannirrahim.
Puas bersilat berbulan, berjenis jenis bunga dan buah dijuruskan kepada mereka yang mendesak , demi untuk menepis apa yang diperkata olih rakyat dan juga yang telah diantarabangsa olih Sarawak Report serta beberapa akhbar harian diserata dunia, berhubung entry USD700 juta masuk keakaun Najib, sehinggakan Najib pada awalnya beriya iya mahu menyaman akhbar tersebut, tetapi kini USD700 juta itu semuanya telah terhalal dengan "fatwa" olih SPRM dengan mengatakan bahawa dana itu adalah derma atau pun sumbangan yang diterima Najib. Sebenarnya inilah satu satunya jalan untuk menyelamatkan "salah laku" Najib. Secara outomatiknya perbuatan Najib itu adalah halal dari segi perundangan.
Yang menjadi kemuskilan kita, takkan Muhyiddin tidak diberitahu mengenai "sumbangan" tersebut kalau sekiranya dana tersebut untuk kepentingan UMNO atau untuk tujuan perbelajaan pilihanraya. Tetapi sekiranya dana tersebut sememang khas untuk peribadi
NAJIB , atas alasan apa "pak Arab" itu mahu menderma kepada Najib? Dan aps pulak balasan atau timbal baliknya terhadap "derma" tersebut.?
Kalau sekiranya "dana" tersebut telah diketahui olih Muhyidin, kenapa bodoh sangat Muhyiddin mahu mempertikaikan apa yang dia dah tahu dan menyalak ? ATAU pun sememangnya helah Najib untuk menendang Muhyiddin?
Walau apa pun cara Najib dan gerombolannya cuba menutup kebenaran bagi melindungi salahlakunya, mahupun menghalalkan apa saja perbuatannya terhadap sesiapa saja yang terfitnah diatas sebab mahu menghalalkan perbuatan pemimpin , inshaallah, balasan Allah swt amat cepat menjengah depan pintu rumah masing masing.
Kalau pun Pak Arab tu derma atau sumbang sebanyak USD 10 juta atau lebih semata mata untuk pembangunan Islam bolih juga diterma dek akal, tetapi ini derma peribadi USD700 juts, susah nak diterima akal tambahan pula untuk kepentingan politik, semestinys berajenda. Atau berkepentingan .
Amat mustahillah bagi seseorang bertaraf billionair untuk menderma wang sebegitu banyak untuk dibayar kepada penama peribadi melainkan "wang panas" yang mahu dicuci , kalau tidak mengapa akaun Najib ditutup selepas itu?
Apa faedahnya Pak Arab tu derma USd700 juta kepada Najib? Atau negara dah tergadai danterikat kepada Pak Arab? INI yang perlu rakyat tahu. Kalau dana tu dari Kerajaan Arab Saudi ke UAE ke itu kita bolih terima...tetapi dana dari Anak Raja negara Arab..adake diantaranya yang benar benar billionair ?
Tetapi apa yang pasti hutang 1MDB RM42billion tetap ada. Ekonomi dah menguncup, nilai ringgit dan merudum dan sehingga pandangan ini ditulis ringit berada diparas Rm3.85 bersamaan USD1.
TETAPI kerajaan tetap mendabik dada.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment