Saturday, 8 August 2015

THE PROMISED LAND : SCRIPT ALLAH SWT NYATA : APA PENDIRIAN ANDA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Mengingati Allah swt setiap waktu adalah tuntutan. Cara bagaimana untuk melakukanya terpulanglah pada diri sendiri, mungkin murshid tuan tuan dah pun mengajarkanya. Alhamdullilah.

Berserah kepada Allah swt adalah tuntutan, kerana apa yang berlaku adalah diatas kehendakNya, tetapi sebagai manusia wajib berusaha sedayanya .

Rezeki adalah ketentuanNya. Tetapi untuk mendapat rezeki kenalah berusaha. Kalaupun kita hanya bersujud setiap saat mahupun duduk sepanjang waktu ditikar sembahyang tanpa berusaha , hanya duduk memohon rezeki agar  diberikan Allah swt ,inshaallah, rezeki tidak akan sampai didepan kita sampai bila bila.Allah swt hamparkan bumi ini dan dijadikan manusia berbangsa bangsa didalamnya, untuk kita kenal mengenali sesamanya.

Ada diantaranya beriman dan ada juga yang kufur nikmat tuhan. Ada yang kaya ada juga yang miskin. Ada yang takut akan Tuhan dan ada juga yang nak jadi Tuhan. Bermacam macam perangai "makhluk" dibumi ini.

Manusia ini dilahirkan tanpa ada sesuatu membalutinya. "Bogel".Semuanya terdedah baik lelaki mahupun perempuan, samada rasul ataupun Nabi kecuali Nabi Adam a.s. dan Hawa.
Selebihnya semua sama , hanya melalui rahim ibu. Itulah ketentuan Allah swr terhadap makhluknya.

Fitrahnysla Manusia dididek olih ibu dan bapanya .Tetapi ada juga yang dididek olih orang lain sekiranya seseorang itu kematian ibu atau ayah tetapi itu tidak bermakna seseorang itu tidak dididek, samaada sebagai anak angkat mahupun dibesarkan dirumah anak anak yatim. Itulah kehidupan.

Sedari kecil kira diajar untuk bercakap benar dan diajar untuk melakukan kebaikan samaada pada diri sendiri mahupun kepada orang lain, itulah yang ditanamkan kepada setiap  manusia.samada yang dilahirkan dalam agama Islam ataupun dalam agama lain.Semua nya menjurus kapada kebaikan.


Tetapi kenapa seseorang itu berubah perangai atau perwatakan. Adakah kerana perjalanan hidupnya, kekayaanya, darjatnya ataupun pegangan agamanya?
Kalau  simiskin mencuri  atau menipu maka diakan dikata "kerana tekanan kehidupan kerana kemiskinan" tetapi kalau si kaya atau berada pula mencuri atau menipu apapula alasannya?

Hari ini majoriti rakyat mendakwa Kerajaan samaada pemerintah atau kerajaan pembangkang adalah penipu atau pencuri hak rakyat, apakah alasan kerajaan yang ingin kita takrifkan? Adakah kerajaan akan memfatwakan bahawa tindakan mereka ini halal?

Tapi apa yang dapat kita saksikan kini adalah kebisuan ulama ulama , samaada ulama kerajaan mahupun ulama pondok. Kebisuan kelompok ini agak merungsingkan, samaada mereka ini takut atau tidak berani menyatakan kebenaran amatlah dikesali.

Berhubung dengan dakwaan rasuah yang  berlaku dikalangan pemimpin juga tidak disentuh  dan ini nenandakan ulama juga turut terpalit dan akan dituduh sebagai rakan bersubahat kerana gagal bersuara. Apakah ulama mahu menelan salah laku dan kejahilan ini?

Terdapat juga hadith Nabi yang mengatakan bahawa orang yang memakan rasuah jenazahnya tidak wajib disemvahyang. Tidakah ini memberi  impak atau kesan kepada sipelaku atau sememangnya "rasuah" ditakrifkan halal olih Islam anutan Malaysia?

Kepada umat Islam, tanyalah diri sendiri, adakah anda semua mahu "bersarikat" dengan pemimpin yang mengamalkan rasuah? Akhirat nanti jawaplah dihadapan Allah swt.

                                                       Cahaya Al Majid














1 comment:

  1. Kisah Nabi Musa a.s. dan umat baginda yg dianiaya Firaun, memberi pengajaran kpd kita, yg lemah dan tertindas tidak semestinya akan kalah.
    Wamakaru wamakaraAllah, waAllahu khoirul makiriin !

    ReplyDelete