Bismillahhirrahmannirrahim.
TIPUAN MENIPU SEMAKIN TEPU : PERANCANGAN ALLAH PASTI MENGATASI TIPUAN MANUSIA
Setiap langkah yang diatur Najib semuanya mengarah kepada menjerat diri sendiri. Samada beliau sedar atau sememangnya "jalan kebenaran" tidak lagi terlihat olih pandanganya, apa saja tindak tanduknya yang dirasakan bolih menyelamatkan maruah atau mensucikan diri semuanya terpalit dan membelit diri nya sendiri.
Samaada tindakan itu datangnya dari buah fikirannya atau sememang dari punasihatnya, hanya Najib saja yang tahu sepertimana "rahsia" Rm2.6 billion itu yang tersembunyi dari pengetahuan Ahli Kabinetnya serta Anggota Tertinggi partinya iaitu UMNO tetapi apa yang pasti Kak Ros juga pasti maklum dengan dana tersebut.
Kak Ros juga pernah mengaku bahawa beliau terpaksa membelajakan Rm1, 200 untuk setiap kali mendandan rambut bagi menghadiri program rasmi Najib dan juga program beluau sendiri. Tetapi setahu kita isteri Perdana Menteti tidak dibayar gaji mahupun alaun tetapi mampu untuk membelanjakan ribuan ringgit sebulan untuk dandanan rambut saja.Yang menjadi persoalan dari mana Kak Ros memperolehi dana sebagitu banyak? Oh..mungkin gaji PM diserah sepenuhnya kepada Kak Ros. Apa pun itu cerita dalam kelambu mereka. Whatever lah Kak Ros..janji meletop.
Bermula dengan pemecatan Gani Petail, mengugurkan Muhyiddin dan Shafei, merobek kerja keras SPRM, menganggu jugat siasatan dan bermacam macam lagi, begitu juga hilang berani untuk menyaman WSJ mahupun Sarawak Report yang dituduh "memfitnah" Najib tentang kemasukan dana "Rm2.6 billion" keakaun Najib, tetapi pada akhirnya "terpaksa" menebal muka atau muka tak tahu malu terpaksa mengaku kebenaran akan transsaksi tersebut.Alih alih beliau mengatakan dana tersebut adalah "derma".
Sebenarnya rakyat pun tak heran dengan " derma" tersebut cuma rakyat kehairanan, betul ke ada penderma sebanyak tu?
Berantaian dari kes hutang 1MDB yang dipertikaikan berpunca dari pelaburan yang dikata menguntungkan olahan "drama" dari pengarah Jho Low serta penulis script Pak Arab Petro Saudi akhirnya Najib bersetuju membiayai "drama" tersebut dengan kos melebihi USD1Billion dan akhirnya terkangkang kerana terpaksa membiayi pula hutang penulis script lagi dengan dana tambahan beratus juta lagi bagi merealisasi drama "Haven in Caymen Island". Begitulah plot drama seterusnya.
Hari ini seluruh plot "drama terhebat" alaf ini menjadi drama box
office satu dunia dan menjadikan pengarah serta script writer serts seluruh pelakonnya terkenal dan masyur mengalahkan publisiti 'opa ghanam star" dari Korea itu. Begitulah masyur dan ternamanya "drama" terbitan Malaysia.
Terkesima dengan publisiti yang meletop yang diberikan olih penonton telah membuatkan teraju utama tak senang duduk sehinggakan penonton dilarang dan diharamkan sama sekali untuk membicarakanya lagi , begitulah popularnya "drama" ini. Masaalahnya hasil kutipan drama ini tidak tahu masuk keakaun siapa sehingakan menjadi pertikaian penonton pula. Ada yang mengatakan masuk akaun Jho Low tetapi Majalah WSJ dan Online media Sarawak Report melapurkan USD 700 berakhir keakaun peribadi Teraju utama, dan ini tidak dinafikan samasekali.
Walauapapun semuanya telah nyata dan tidak bolih diselindungkan lagi cuma yang bolih dilakukan hanya lah mecari jalan untuk menghalalkan perbuatan, itulah yang berlaku kini.
Walauapa cubaan yang dilakukan dilihat berjaya dipermukaan, ataupun berjaya membeli jiwa jiwa yang tergadainya kerana "kedudukan" dan pangkat, yakinlah apa yang berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ini tetap juga meletop akhirnya. Nahkoda serta panglima panglima perang yang buta mata dan hati ini bakal tenggelam bersama nahkodanya dalam sedikit masa lagi.
Kalau Muhyiddin tercela dalam masa 40 hari dari menjejaki bumi Rumbow tidak terkecuali juga terhadap batang tubuh Najib. Beliau juga bakal terhina dan lebih hina lagi dari nasib yang menimpa Muhyiddin.
Kalau bangkai haiwan kita kata busuk sebenarnya perangai peneraju utama sera mereka
yang bersekutu dengannya adalah terlebih busuk dari yang disangka.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment