Bismillahhirrahmannirrahim.
Pepatah melayu mengungkapkan "sudah jatuh ditimpa tangga" "harapkan pagar, pagar makan padi"dan banyak lagi perumpamaan sebagini yang dijadikan katakata kias yang masih dipakai sehingga kini.Tetapi prasa melayu yang terbaik ialah " biar ku menjadi lilih, walaupun membakar diri, hakikatnya dapat menerangi hidup orang lain". Tetapi dizaman iniada lagi kemanusia yang begini?
Walauapapun terpulanglah kepada diri masing masing.
Dari apa yang dilihat Najib tidak akan sekali kali berundur dari jawatan PM. Bujur lalu melintang patah, api yang digengam biar menjadi arang. Begitulah peganganya. Namun untuk melepaskan jawatan jauh sekali. Apa nak jadi jadilah, begitulah "khaulu" nya hati Mat Bugis ni.
Kini ringgit kita semakin melemah begitu juga dengan pasaran saham, nilai matawang kita paling lemah berbanding matawang lain lain negara di Asia Tenggara. Kalaupun alasan yang diberi bersebabkan faktor ekonomi luar, kenapa nilai matawang kita paling terjejas teruk , walaupun dibandingkan dengan Indonesia?
Nampaknya kestabilan politik serta ketelusan sesebuah kerajaan menjadi pengukur kepada prestasi sesebuah Kerajaan. Walaupun pada hakikatnya kerajaan mengatakan faudemantal ekonomi stabil namun statement dari kerajaan sediaada tidak dapat membeli kepercayaan pelabur. Ketidak tentuan politik dalaman adakah ketakutan utama mereka.
Cakap berbelit belit dan ketidak amanahnya pemerintah negara yang dirasakan sedang diulit korupsi yang sememangnya diketahui olih satu dunia, membuatkan pelabur melabur kepasaran lain samaada Singapura ataupun Hongkong. Itulah yang terjadi kini. Kejatuhan matawang bukan baru minggu ini menjunam tetapi sudah berbulan tetapi apabila paras matawang sudah melepasi Rm4 untuk 1dolar USD, tekanan keatas tengkok pemerintah mula dirasai.
Kejatuhan ini samaada terhadap nilai matawang mahupun index bursa bakal berterusan.Inilah yang saya rasai. Dalam tempoh 2 bulan ini keadaan akan menjafi bertamabah buruk samaada Najib dan kabinetnya dapat menstabilkan keadaan kita saksikanlah bersama.
Hari ini juga Najib dah bersuara dan mula meletakan kesalahan kepada politik diatas kejatuhan nilai matawang.
Kenaikan harga barangan masih belum ketara dan dirasai lagi, tunggulah..Kalau sebelum ini para pencinta Najib berlumba lumba "menjilat bontot" dan menyalahkan orang lain ..episod..seterusnya..lebih sadis lagi.Nantikan....
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment