Monday 14 September 2015

THE PROMISED LAND : AKU YANG MENCARI JAWAPAN :KENAPA PERINGATAN 9/11 BERULANG???

Bismillahhirrahmannirrahim.

     
     TIADA DAYA DAN UPAYA KU UNTUK MERUBAHNYA
      MELAINKAN ALLAH SWT MENGIZINKAN
   

Detik 9/11 , 2001 merupakan tarikh yang tidak bisa dilupakan olih setiap manusia diseluruh dunia samada bukan Islam mahupun umat Islam semuanya gempar ketika peristiwa itu berlaku dinegara uncle Sam (USA). Dua buah kapalterbang awam yang didakwa telah dirampas olih pengganas Islam telah melanggar WTC dan dari semenjak kejadian itu imej umat Islam telah terjejas teruk dimata dunia dan umat Islam keseluruhanya telah dilabel sebagai "terrorist" olih masyarakat bukan Islam. Begitulah impaknya yang terpaksa ditanggung umat Islam sehingga kini dimata penduduk dunia barat walaupun berbagai pencerahan telah dilakukan.


9/11, 2015 , terjadi juga peristiwa besar pula terhadap umat Islam pula. Kini kejadian berdarah yang meragut nyawa lebih 100 orang jemaah haji yang ketika ini sedang bersedia
untuk menyempurnakaan ibadat haji iaitu rukun Islam ke 5, malapetaka menimpa mereka dibumi Makkah apabila kren yang digunakan olih kontraktor runtuh dan menghempap lantai dan menghempap jemaah yang berada dibawahnya. Runtuhan ini mengakibatkan ratusan jemaah "syahid" dan ratusan juga tercedera.

Persoalan demi persoalan timbul dibenak ini, kenapa kedua dua peristiwa atau malapetaka ini perlu dikhabarkan kepada jiwa saya  terlebih dahulu ? Dan kenapa tarikh malapetaka ini juga bersamaan?

Nak kata diri ini "berkepentingan" tiada pula.

"Allah swt juga berjanji bahawa setiap kejadian yang berlaku  itu "bersebab" dan Allah swt tidak jadikanya untuk suka suka.""Sehelai daun jatuh juga diketahui Allah swt jua".

Walaupun sebelum ini  telah banyak berita" Ghaib" telah dikabarkan kepada jiwa ini, namun peristiwa yang bersangkutan dengan angka 9/11 ini meninggalkan banyak persoalan untuk dipecahkan.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau lah Tuhan Yang Maha Agung, Kau sempurnakan lah janji janji Mu.  Keredaan Mu juga yang kami pohonkan.Sesungguhnya aku adalah hamba yang tidak berdaya.

                                               Cahaya Al Majid




2 comments:

  1. Kata guru saya...Kejadian di mekah...ambo melihat dari sudut ilmu...
    1. Cukup2 lah pembinaan lantai tawaf yg sudah lebih tinggi dari struktur kaabah itu sendiri....
    2..jadual tawaf boleh ditetapkan jika kawasan makin mengecil....tawaflah ikut negara yg hadir...krn yg wajib tawaf ini cuma sekali sahaja di mysim haji...
    3..hentikan segera serangan yg membunuh umat islam di yaman....
    4 ..jgn jadikan musim haji utk peniaga2 di mekah n madinah meraih keuntungan berlipat kali ganda...krn perniagaan dlm islam ..untungnya 99.9% je....

    ReplyDelete
  2. Kemana menghilng cahaya almajid..lama tk menulis ..kejadian dimina pun tdk diulas. Sna adalh jemaah haji tahun ini..sudah pulng ketanahair

    ReplyDelete