Wednesday 16 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB OH NAJIB

Bismillahhirrahmannirrahim.

SUMBER HARAM PUN NAK DIJADIKAN PUNCA KEWANGAN NEGARA.

Mungkin dah terlalu banyak "sumber wang haram" disumbatkan kemulut keluarga mahupun kemulut pemimpin UMNO, kini, ketika negara sedang dilanda kemelut ekonomi yang berpuncakan dari kelemahan Najib sendiri .

Nilai matawang jatuh,pasaran saham jatuh, harga barangan naik kos sara hidup naik dan semua ini bukanlah kerana kegagalan Kerajaan Najib tetapi sebaliknya kelembapan ekonomi serta desas desus kenaikan interest rate olih Federal Reserved  di US dijadikan sandaran .

Mengenepikan permasaalanan skandal 1MDB 42Billion, skandal SRC International RM4Billion, pelaburan Cayman Island dari cash jadi units, skandal USD700 "Derma" masuk dan keluar dari akaun peribadi Najib, penamatan jawatan AG, Penamatan jawatan TPM Muhyiddin dan Shafei Afdal,pembubaran Task Force yang menyiasat 1MDB dan bermacam macam lagi yang didakwa bukanlah punca kemeruduman ekonomi dan pasaran yang disangka bukan punca utama terhadap kemelut ini.

Kerana masih lagi menafikan semua salah laku Najib, imej Perdana Menteri dan Malaysia mula terjejas dimata dunia. Dengan hilangnya keyakinan dan kepercayaan terhadap kebolihanpercayaan terhadap Perdana Menteri, mengakibatkan nilai matawang merudum teruk jika dibandingkan dengan matawang rakan Asia yang lain.

Kalau sebelum ini rakyat tidak  berapa naik minyak kerana beberapa isu seperti kenaikan harga barangan, penarikan beberapa subsidi seperti minyak dan juga gula tetapi apabila skandal 1MDB meletup dan berantaian pula hingga ke Pulau Caymen sehingga berbillion ringgit "landed" diakaun Najib ditambah burukkan lagi apabila watak Jho Low dan rakan sekutunya "pak arab" dari Syarikat yang didakwa "rakan dagangan 1MDB", telah berjaya "menipu" ratusan juta USD melalui "umpanan kerjasama" yang dipaparkan olih Sarawak Report dan WSJ ,maka, seluruh rakyat marah.

Kemarahan rakyat bukanlah tidak berasas tetapi apabila Najib dan panglimanya gagal memberikan alasan yang munasabah serta yang dapat diterima akal, membuatkan rakyat mengesyaki "sesuatu yang besar" ingin ditutup. Akibatnya seluruh rakyat hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib. Mungkin yang membenteng Najib ketika ini hanyalah mereka mereka yang berkepentingan saja samaada dari UMNO mahupun dari gabungan BN, itupun tidak semua.

Kegagalan demi kegagalan ditempa Najib namun semua kegagalan ini berjaya ditutup olih orang mengelilingi beliau samaada yang bertaraf menteri mahupun penjawat awam yang berkedudukan.

Antara sedar atau tidak kali ini Najib sekali ingin menggunakan dana awam sekali untuk merancakkan kembali pasaran dan kali ini pula nya jumlahnya sebanyak RM20 billion . Antara konglomerat atau GLC yang bakal diperah dananya adalah Khazanah, KWSP dan juga KWSP. Walau apapun tindakan yang cuba dilakukan demi merancakkan bursa namun cara mengambil untung atau permainan spekulasi ini sebenarnya menjeratkan lagi masa depan kewangan.

Walaupun cara begini bolih menguntungkan namun hasil pulangan dari perniagaan spekulatif ini adalah haram hukumnya. Perniagaan yang bukan bersifat fizikal tetapi mencari keuntungan melalui turun dan naik nilai sesebuah kaunter yang didorong kekuatan wang ringgit yang dilabur adalah haram hukumnya. Dan juga cara yang ingin digunapakai ini juga bukan lah satu jaminan ianya akan berjaya. Risiko kegagalan adalah amat tinggi .

Nampaknya Najib sudah hilang pertimbangan lagi. Halal atau haram bukan lagi penghalang bagi dia merealisasikan impiannya untuk memperbetulkan kesalahanya.Apa yang bakal berlaku ini bolihlah diumpamakan sebagai "sitikus membaiki labu"

Nasib nasib..apalah bala negara ini.

                                               Cahaya Al Majid

P/s : Hari ni berlangsungnya perhimpunan Baju Merah . Walaupun UMNO secara sembunyi tangan dalam penganjuran 16 september ini namun kegagalan utama kumpulan merah ini adalah "gagal menawan Dataran Merdeka". Sepatutnya Dataran Merdeka lah tumpuannya kerana dipadang tersebutlah setiap jiwa rakyat terlepas dari belenggu penjajah atau merdeka, barulah ada makna perarakan tersebut, barulah Melayu bolih berasa megah tetapi ini tidak, disebabkan perarakan ini "bertuan" atau orang Melayu UMNO yang  bersifat ""terikat kakinya" atau " mengikut telunjuk" atau " tidak merdeka" jiwanya maka Padang Merbok lah standard tempatnya. Apa sinonimnya Padang Merbok dengan jiwa yang merdeka? Atau adakah Melayu Ini ibarat macam burung merbok yang terjerat kakinya kerana sikap sipenjerat yang suka memikat burung ?



No comments:

Post a Comment