Thursday 17 September 2015

THE PROMISED LAND: BISIK KAN SYAITAN ?????

Bismillahhirrahmannirrahim.

                           JUMAAT YANG BERMUNAJAT
Alhamdullilah, syukur kehadrat Allah swt yang masih lagi memberi nikmatnya kepada seluruh umat manusia , samaada yang beriman mahupun terhadap manusia yang ingkar mahupun yang menolak Nya sebagai Tuhan Yang Esa begitu juga terhadap mereka mereka yang menolak suruhanNya. Kesejahteraan juga dipohonkan keatas mereka. Amin.

Tidak akan berlaku sesuatu dialam ini melainkan atas keizinan Nya jua. Begitu jugalah sifat nya kasih dan sayang yang tercetus dihati setiap manusia, semuanya diatas kehendak Allah Yang Esa.

Syukur diatas limpah kurnia serta kasih dan ihsan Nya, terangkum kita lagi dibulan Zulhijah bulan yang penuh dengan keberkatan dimana seluruh umat Islam yang berkemampuan dari segi wang ringgit , kelapangan dan juga kesihatan yang baik bertumpu di Makkah Al Mukarammah bagi tujuan menyempurnakan rukun Islam yang ke lima.

Yang membezakan kali ini dengan musim musim Haji terdahulu adalah "musibah "dimana sebelum ibadah Korban dilakukan,jemaah yang datang pula menjadi korban. Inilah yang dikata "ketentuan" Allah swt. Ajal maut hidup dan mati adalah ketentuannya dan janganlah kita meraguinya.


Perlu kita renung dan fikirkan adakah sempurna perjalanan haji kita sekiranya kita melakukan tawaf tetapi bahu kita tidak sejajar dengan Kaabah tetapi tawaf yang dilakukan melimpasi bumbung Kaabah?  Sebenarnya had yang ditentukan dan yang  tidak bolih dilimpasi ketika tawaf adalah bumbungnya. Itulah had ketinggian yang sebenar.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini, tetapi sunnahnya begitulah aturanya.

Berkali kali pernah saya katakan, Kerajaan Arab Saudi telah melakukan kerosakan yang besar terhadap agama Islam. Sepatutnya tiada menara yang lebih tinggi dibina disekeliling Kaabah dan juga tidak sepatutnya hotel bertaraf berbintang bintang didirikan berhampiran mesjidil Haram .Apa yang telah dilakukan kini semuanya mengikut kesedapan mereka saja tanpa mengambil kira sensitiviti umat Islam yang lain.

Kalau semua umat Islam sudah mengakui bahawa tiada siapa yang lebih , diantara sikaya dan miskin semuanya sama, tetapi kenapa dibenarkan tempat penginapan berbeza beza . Yang kaya dihotel 5 star dan simiskin pula berkongsi bilik. Kenapa? Siapa banyak duit keselesaan adalah tempatnya tetaou bagi sesiapa yang  tiada duit cukup sekadar apa yang termampu.saja keberadaanya.  Adakah itu yang dituntut olih Islam. Apa yang terpapar hanyalah pakaian ihram yang sama selainnya darjat adalah batasanya.

Apa yang berlaku kini, Islam yang diamalkan adalah "islam pilih bulu" .Patutlah Allah swt menurunkan bala, sebabnya, "agama sudah jadi bahan dagangan". dan bukan Islam anutan dan amalan Rasullulah saw.Itulah sebabnya malapetaka silih berganti namun umat Islam tetap buta, buta mata buta hati.

Kalau dihadapan Kaabah juga darah tetamu Allah swt  dah bersemai ..apa lagi yang tinggal.. phrasa terakhir akhir zaman dahpun ber mula ..

Beringatlah....kalau berita ghaib pun diketahui manusia..apa ada lagi..

                                   Cahaya Al Majid
 














Y


No comments:

Post a Comment