Tuesday 22 September 2015

THE PROMISED LAND : KREADIBILITI UMNO LUNYAI

Bismillahhirrahmannirrahim.

Hanya kerana Najib UMNO yang telah 58 tahun memerintah diBumi Melayu, diizinkan olih Ahli nya yang berjumlah 3 juta ahli untuk dilunyaikan.

Tiada seorang pun Perdana Menteri terdahulu yang terbeban dengan bermacam macam skandal melainkan Najib.

Najib yang dikenali dengan gaya hidup ala ala billionair walaupun hanya sekadar seorang Penjawat Awam yang berpendapatan tidak lebih dari Rm1juta setahun tetapi mampu untuk berbelanja melebihi dari pendapatan.

Perbelanjaan peribadi isterinya juga melebihi dari kemampuan suami. Sekiranya mereka ini berjuraikan dari keluarga yang sememangnya  jutawan tidaklah ianya menjadi pertikaian tetapi ini tidak. Mungkinlah Tun Abd Razak ada meninggalkan puluhan juta ketika beliau meninggal dunia tetapi tidak mungkin melebihi USD10 juta. Tetapi apa yang tayangkan Najib kepada rakyat amatkah bertentangan. Kaya giler.

Begitu juga dengan Rosmah, apa punca pendapatan beliau? Ada gaji ke atau ada alaun ke sehingga berkemampuan berbelanja ratusan ribu mungkin juga juta setahun.  Yang menjadi kemuskilan, dari mana datangnya punca kewangan itu. Adakah punca kewangan Rosmah dari harta peniinggalan bapanya atau keluarganya? Tidak pula kita dengar bahawa keluarga Cikgu Mansor ini dari kelompok Jutawan samaada dari Rembau mahupun Kuala Pilah.

Tak cukup dengan itu, kini anak tiri Najib juga dikata memalit "kotor" kepada diri Najib. Kini kekayaaan nya yang beratus juta di US dan hartanah yang dibeli melalui shell company kinimula disiasat olih pihak berkuasa US kerana dipercayai dananya berpunca dari punca money laundering yang didakwa berpunca dari urusniaga diantara 1MDB dan Petro Saudi yang digilap melalui Jho Low.

Didalam negara setiap rakyat mempertikaikan Najib dan menuduh Najib terlibat dalam penyelewengan dana 1MDB serta SRC internatiobal apabila USD 700 juta dikreditkan keakaun peribadinya namun Najib menafikan dana itu untuk kegunaan peribadi.Olih itu bermacam macam alasan dihemburkan olih para menteti kabinet tidak ketinggalan para pencacai juga.

Kini kisah skandal Najib sekeluarga diperkatakan diseluruh dunia dan bahan cerita menjaditajuk utama.

Kalau dahulu kelantangan Mahathir mencebik barat dijadikan isu tetapi kini giliran Najib pula tetapi kes Najib terlebih malu berbanding Mahathir. Kalau Mahathir dahulu Malaysia terlebih berani dan dianggap wira olih rakyat Malaysia tetapi macammana nak kita kategorikan Najib ni..hancur lunyai Malaysia ni dikerjakan olih Najib dan yang sewaktu denganya.

                                                    Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment