Friday 4 September 2015

THE PROMISED LAND : KEMALUAN YANG TIDAK BOLIH DITUTUP LAGI

Bismillahhirrahmannirrahim.

                NAJIB DIMALUKAN DILAMAN SENDIRI
                AHLI UMNO TAK MALU KE?????
                ATAU UMNO DAH TIADA KEMALUAN ???

Tajuk yang diutarakan bukanlah bersangkutan dengan sex tetapi sebaliknya kita membincangkan sesuatu yang ditakrif sebagai sesuatu yang memalukan Samaada melalui perbuatan mahupun percakapan yang dilakukan olih seseorang. Setiap manusia pasti ada sifat malu baik lelaki mahupun wanita tidak terkecuali juga bagi kanak kanak yang telah "baligh",

Apa yang terjadi diarena politik negara, Najib dituduh "rasuah", kerana menerima USD700 juta yang telah masuk keakaunnya secara sah berserta beberapa puluh juta lagi melalui beberapa Syarikat yang dikata mempunyai kepentingan dalam tranksaksi melalui punca SRC International Sdn Bhd. Namun didalam perkara yang dirasakan rasuah ini hanya USD700 juta didakwa sebagai "derma" yang diterima olih Najib selainya penafian belum dibuat lagi.

Yang anihnya, tampa perasaan malu Najib mendakwa bahawa dana USD700 juta ini merupakan pemberian Pak Arab untuk tujuan pilihanraya 2013 namun suara suara rakyat tidak meyakini ketelusan dana ini kerana selepas itu terdapat banyak versi yang keluar darimulut pemimpin UMNO. Ada alasan kerana lawan ISIS la, kerana Malaysia berpegang kuat Ahli Sunnah la dan bermacam macam lagi. Walau apapun alasannya kenapa lebih dari USD600 Juta dihantar semula kepada Bank yang menghantar ? Apa alasan nya. Olih itu dana atau "derma" yang diterima bukanlah untuk tujuan seperti apa yang didakwa pemimpin UMNO ataupun Menteri UMNO?

Olih sebab itu kita katakan dana yang diterima bukanlah sebenarnya "derma" dan apa yang bolih kita takrifkan secara umumnya , tranksaksi ini lebih menjurus sebagai "cuci duit" dan cara ini  tergolong dalam kategori "pengubahan wang haram". Kalau inilah yang caranya Najib mencari dana, maka, malulah jawatan "perdana menteri"Malaysia. Kalau Najib nak malukan  "jawatan Presiden UMNO , itu dia punca pasal la tetapi ini Malaysia lebih lebih lagi Melayu.

Hari ini merupakan hari terakhir persidangan Anti Rasuah dan yang menariknya ianya berlangsung di Putrajaya. Saban hari perserta dari seluruh pelosok dunia menyertainya, yang memalukan semua delegates menceritakan kelangsungan Najib dengan scandal USD700 juta. Malu negara lebih lebih lagi orang MelayuUMNO, yang anihnya tidak pulak Ahli UMNO melalak kerana dimalukan sebagitu rupa .

Najib cakap berani menentang badai, terapu diri sendiri tidak pula berani menghadirjan diri diperjumpaan tersebut. Kenapa? takut nak berdepan dengan"international media" ke? Takut kena tanya banyak banyak ke? Tiada apa yang lebih memalukan melainkan Najib sendiri yang memalukan dirinya sendiri dan akibatnya Malaysia yang malu.

Kini  Najib dimalukan ditanah air sendiri olih bangsa asing tetapi jangan terperanjat, Najib juga bakal dimalukan lagi diluar negara. Tunggu je la..kali ini pasti lebih mengaibkan jawatan "Perdana Menteri"

Sehingga itu "junjung" lah manusia ini sementara ditakhta.

                                           Ikhlas dari : Cahaya Al Majid









1 comment:

  1. Ahli UMNO sebenarnya tak perasan yang kapal dinaiki itu dah tak boleh bergerak lagi. Mereka sangkakan bila layar dah dikembangkan kapal bolehlah belayar tapi mereka tertipu dek nakhodanya yang pada masa sama melabohkan sauh. Lepas tu nakhoda melaungkan bahawa kapal tak akan berpatah balik. Itu sebabnya nakhoda mengatakan walaupun dipukul gelombang dan layarnya rabak kapal pecah namun dayung masih tidak dilepaskan. Apalah nasib ahli UMNO yang tak perasan ditipu.

    ReplyDelete