Sunday 15 November 2015

THE PROMISED LAND : INI LAH YANG RAKYAT DAPAT..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Tiada apa yang dapat diubah lagi. Semakin hari semakin genting dan bakal ranap menyembah bumi.

Bukan saja negara yang punah tetapi yang paling dikesali olih kelompok pencinta Umno dan ahli anggotanya, pertubuhan ini sedang menuju kehancuran.

Kehancuran yang sedang dilalui ini ibaratkan seperti anai anai memakan dari dalam pasak dan kereputan ini sedang merebak.  Dari luar nampak cantik tetapi hakikatnya , tiang seri tersebut semakin mereput.

Kehancuran kepercayaan terhadap pemimpin samaada terhadap pemimpin parti pemerintah mahupun pembangkang sudah terhakis. Tiada lagi kelayakan yang dapat dinilai terhadap pemimpin politik lagi. Semuanya dah rosak.

Kalau UMNO kerosakannya kerana pemimpinnya cintakan Najib berbanding parti sendiri. Kalau PKR mereka lebih cintakan ANWAR berbanding gabungan Pakatan. PAS pula pemimpin mereka lebih mempercayai Arwah Nik Aziz berbanding Hj Hadi. Begitulah kegilaan yang melanda ahli dan macai politik masa kini.

Tetapi kegilaan ahli UMNO dan pemimpin tertinggi  lah yang terlebih merosakan. Keberanian untuk mempertikai isu hutang 1MDB dan derma yang masuk akaun  NAJIB berjumlah 2.6B, walaupun terpaksa membunuh Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin dan Shafei, namun demi kelangsungan periok nasi sendiri, kemungkaran juga tetap dihalalkan oleh UMNO.

Kalau dilihat dari maruah, ahli UMNO hilang kredibiliti. Presiden nya yang dibongkar salahlaku terimaduit tak sah taraf telah dibongkar oleh WSJ dan sehingga kini Najib tak berani nak saman .Maruah UMNO , maruah Institusi Perdana Menteri, maruah Malaysia dan maruah peminpin bangsa Melayu juga dikotori olih Najib. Untuk itu Najib hanya berani berkokok dan tunjuk kuat macam ayam jantan tetapi malangnya dalam reban sendiri saja.

Berbeza dengan Anwar Ibrahim, walaupun berhelah menunda puluhan kali kes mahkamah namun beliau berani menghadapi hukuman , waima , dijel, itu baru dinamakan pejuang dan anak jantan. Berani mengambil risiko atas kesalahan dan perbuatan sendiri bukan lari larau macam Najib..lari dari reporter dan tak mahu bersoal jawap. Adakah itu tindakakan seorang yang berani?

Dap pula tidak usah cakap la...lagi belit..Alvin Tan pun masyarakat mereka gagal menangkis...seolah olah mereka merestui perbuatan budak gila tu..itulah kegilaan yang melanda negara sekarang ini.

Tidak cukup dengan institusi agama juga menerima tempias yang serupa, kalau dulu Tabung Haji terjebak kerana terpaksa membeli tanah 1Mdb dengan harga tinggi tetapi kali ini pula YAPIM yang dikata ditubuh bagi mencari dana untuk kepentingan anak anak yatim dan miskin, telah didakwa menyelewengkan dana tersebut bagi membiayai program Menteri diluar negara pula, sepatutnya dana tersebut untuk pembangunan anak yatim dan miskin , tetapi nampaknya..kini..dah lari dari tujuan.

Tak tahu lah apa nak jadi dengan manusia manusia yang berkuasa kini, semuanya cuba berselindung disebalik  jubah yang mereka momokan yang dinamakan "pemimpin untuk rakyat". Yang mana akhirnya "poket rakyat" juga yang mereka damba untuk melunaskan hutang yang mereka cipta. Begitulah nilainya pemimpin yang berkuasa masa kini.

                                Cahaya Al Majid





2 comments:

  1. terimakasih cahaya al majid kerana berkarya kembali setealah berkurun menghilang. semoga tuan dalam rahmat Allah. sy hampir putus asa apabila setiap hari membuka blog tuan, namun hampa.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih diatas keperihatinan . Semoga Allah swt menurunkan hidayah dihati hamba hamba Nya.

    ReplyDelete