Monday 1 February 2016

THE PROMISED LAND : MAHUKAH ANDA INI TERJADI????

Bismillahhirrahmannirrahim

BUKAN ISLAM NAMPAK LEBIH BAIK

                          Dosa.

Tiada siapapun manusia terlepas dari melakukan dosa. Setiap manusia melakukan dosa samaada kecil atau besar . Hanya sipelaku saja yang mengetahui kesalahanya.

Ada dosa yang diampunkan Allah swt dan ada dosa yang memerlukan keampunan dari manusia. Walau apa pun setiap dosa itu akan dihijab diakhirat nanti dihadapan Allah swt.

Apa yang ingin dikongsikan disini adalah mengenai dosa negara ini. Adakah negara juga berdosa sepertimana berdosanya manusia terhadap pencipta Nya.

Kita imbau kembali kisah yang difirman Allah swt didalam kitab kitab Nya, samaada Zabur, Taurat, Injil mahupun Al Quran yang menceritakan perihal kisah Kisah Nabi terdahulu.

Ambil kisah Nabi Nuh..kenapa Allah swt mendatangkan "banjir besar" sehinggakan Allah swt terpaksa mewahyukan kepada Nuh agar beliau membina sebuah bahtera , adakah kerana kesalahan umatnya ataupun adakah Allah swt mahu membersihkan dosa negara tersebut?

Begitu juga dengan kisah Nabi Luth. Tidakah beliau didatangi oleh dua malaikat yang di utus Allah swt yang mahukan Baginda agar meninggalkan negerinya. Kenapa Allah swt mendatangkan bala kenegeri itu, adakah kerana dosa umatnya atau adakah kerana dosa negerinya? sehinggakan difirman Allah swt bahawa kedua dua Nabi tersebut iaitu Nabi Nuh dan juga Nabi Luth terpaksa meninggalkan negeri mereka.

Apakah signifikanya sehinggkan kedua dua negara tersebut terpaksa dihancurkan oleh Allah swt.

Kita sebagai umat dan juga rakyat negara ini perlu bermuhasabah diri. Renung kembali peringatan Allah swt terhadap dua kisah diatas. Walaupun dua negara tersebut dinaungi oleh dua orang Nabi namun " bala" Allah swt pun tidak terlepas juga..kenapa ?

Sebabnya adalah kerana  umat ataupun rakyat negara itu bersubahat ataupun membenarkan segala kemungkaran untuk terus berlaku. Perlu diingat kedua dua Nabi tersebut bukanlah ketua Kerajaan dinegara masing masing.

Inilah yang kita takutkan. Hanya kerana kesalahan Pemimpin pemimpin yang berkuasa dan rakyat menghalalkan kemungkaran mereka ,kita takutkan bala Allah swt juga bakal tertumpah dibumi ini juga.

Sikap takutkan Pemimpin melebihi takut kepada balasan Allah swt yang terukir kini bakal meruntuhkan lagi keimanan seseorang.

Hanya kerana takut kehilangan kuasa, kedudukan serta harta benda telah menjadikan seseorang itu hilang keyakinan dan keimanan terhadap Allah swt.

Dosa atau balasan Tuhan bukan  lagi menjadi sempadan untuk tidak melakukan kemungkaran malahan bersubahat dan bersengkokol dipamirkan secara terangan.

 Inilah nilainya bagi seseorang manusia kini ,kemusnahan jati diri yang berpandukan ajaran Rasulullah saw dan yang berimamkan Al Quran sudah menampakkan kehancuran.

Islam yang diakui agamanya hanya terpahat di dokumen dan sebutan saja, perlakuan dan tindak tanduk lebih buruk dari Yahudi , itulah Pemimpin bangsa Melayu kini.

Segala dosa dosa ini tertumpah juga dibumi ini dan bala Allah swt pasti datang juga sepertimana bumi Nuh dan Bumi Lut menerimanya.

Mahukah kita digantikan dengan kaum yang lain?
Surah An Nisaa ayat 133
Surah Muhammad      38
Surah Ibrahim            19-20

Fikirkan jika kamu berakal.

           Cahaya Al Majid







No comments:

Post a Comment