Monday 7 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA??? BHG 3

Bismillahhirrahmannirrahim.

     " ADAKAH INI SALAH SKRIP"

Usia kemerdekaan negara bakal mencecah 59 tahun dan usia Penubuhan UMNO pula bakal mencecah 68 tahun , tahun ini.

Dalam usia yang ditakrifkan masih lagi muda namun dalam waktu sesingkat itu negara ini telah diterajui oleh 6 orang Perdana Menteri dan 14 Yang Dipertuan Agong . Dalam kekerapan pertukaran jawatan Perdana Menteri itu hanya Dr Mahathir saja yang memerintah negara ini melebihi 20 tahun.

Manakala dalam sistem penggeleran yang YDPA pula hanya 4 orang Yang Di Pertuan Agong saja yang mangkat ketika memerintah manakala hanya seorang saja Perdana Menteri yang meninggal dunia ketika berkuasa iaitu Tun Abd Razak. Yang lainnya menyerahkan kuasa kepada Timbalan.

Sepanjang kehadiran UMNO sebagai tunjang kepada kerajaan hanya pada tahun 1969 kepimpinan negara dicobai dengan insiden pertembungan antara kaum yang bermotifkan politik. Itulah sejarah hitam buat kerajaan.

Selain dari itu hanya kemalapan ekonomi saja yang menggusarkan negara.

Pertembungan politik yang paling besar adalah ketika pertembungan dalaman UMNO. Dr Mahathir bertembung dengan Tengku Razaligh, Umno terpecah dua dan sekali gus membatalkan pertubuhan itu dan diharamkan pendaftaranya dan terpisahkan dua kem ini . Tengku Razaligh dan rakan sepejuangan menubuhkan parti Semangat 1946.

Tidak cukup dengan itu pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri telah merubah langskap politik negara. Kalau dahulu Semangat 46 telah memecahkan UMNO tetapi ketika Anwar Ibrahim tersingkir UMNO juga terpecah dan kali ini kesanya amat besar kepada BN dan juga UMNO.

Walaupun semua perkara besar ini berlaku diera Mahathir namun perjalanan Kerajaan dan untung nasib rakyat tidak terjejas. Kenapa?

Kita simpan dulu persoalan ini , okay.

"Tidak akan bergerak sebesar zarah  melainkan semuanya Allah swt yang menggerakkan"
" semua yang melata dibumi ini adalah Allah swt penentuNya."

        SEMUANYA SALING BERKAIT

                   Bersambung

                  Cahaya Al Majid










No comments:

Post a Comment