Tuesday 8 March 2016

THE PROMISED LAND : KATA TIADA IMPAK?? KENAPA GABRA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

        SIAPA MUSUH RAKYAT ?
               ADAKAH NAJIB
               ADAKAH UMNO
       ATAU ADAKAH MAHATHIR

Sebelum ini beriya iya semua pemimpin UMNO mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir tidak akan mencatatkan perjuangan UMNO malahan akan menguatkan lagi parti tersebut dan sokongan terhadap pertubuhan mereka tetap kekal dan tidak tergugat.

Semua juak juak yang berkepentingan serta mereka yang mencari tapak untuk bertakhta dihati Najib berlumba lumba mencari ruang untuk mengutuk dan meluahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Mahathir yang mereka sifatkan sebagai penderhaka.

Dari apa yang dapat dinilaikan hampir semua yang berkedudukan didalam MKT UMNO sehinggalah NGO NGO yang berpaksikan kepada " limpahan dana politik" semuanya " berkotak" ibarat " ayam bertelur sebiji riuh sekampung" begitulah perumpamaan yang setara untuk mereka.

Hanya kerana "deklarasi selamatkan Malaysia" yang dilihat tidak menyebelahi Presiden UMNO yang mana intipati keseluruhan deklarasi tersebut yang menyatakan tentang salah laku Najib sebagai seorang Perdana Menteri, dan mahukan beliau dilucutkan jawatan Perdana Menteri dari dirinya telah membuatkan seluruh juak juak dan pembodek Najib dan UMNO kepanasan macam cacing.

Segala salahlaku yang membelenggu diri Perdana Menteri cuba dihalalkan melalui pemegang kuasa Penguasa samaada melalui SPRM, PDRM, AG, PAC mahupun Bank Negara. Oleh kerana keengganan pihak berkuasa untuk bertindak demi menegakkan sebuah kebenaran" dinegara ini maka "deklarasi selamatkan Malaysia" dilancarkan.

Dari apa yang dinilai dalam usaha gerakan ini , apa yang paling ketara adalah "penyatuan untuk satu tujuan" -iaitu pegangan dan perbezaan politik bukan halangan, semuanya demi untuk menyelamatkan " maruah, intergriti dan nama baik"  negara dari kacamata negara luar dan pelabur.

Perlu diingat bahawa jawatan Perdana Menteri bukanlah milik mutlak Najib Razak atau milik 3 juta ahli UMNO( yang UMNO miliki hanyalah jawatan Presiden UMNO)  tetapi jawatan Perdana Menteri tersebut adalah milik 30 juta rakyat negara ini yang diGST oleh Najib dan UMNO. Oleh itu segala salah laku atau penyalahan gunaan kuasa oleh Najib perlu diadili dimahkamah dan bukan dengan kuasa AG untuk memutuskannya.

Apa yang dilakukan oleh Mahathir bukanlah satu kesalahan , mungkin kerana kegusaran beliau terhadap kesusahan rakyat yang terbeban dengan masaalah ciptaan Najib yang dihalalkan Pemimpin UMNO , membuatkan beliau berasa berasa bertanggungjawap sepenuhnya terhadap kegagalan pentadbiran Najib.

Baju yang dipakai tidak mencerminkan isihati seseorang.  Terkhilaf kerana pesona keturunan telah membutakan seseorang . Kerana sifat terlalu taksub terhadap kegahan keluarga Mantan Perdana Menteri Tun Abd Razak membuatkan Mahathir hilang pertimbangan dan mencalonkan Najib dalam gerakan menjatuhkan Pak Lah. Namun itu semua tinggal sejarah.

Demi untuk membetulkan keadaan dan untuk menjernihkan parti yang pernah diterajui selama 22 tahun dari terus dipunahkan oleh pewaris pewaris mencuci , menebas dan membakar lalang diladang dilihat wajar demi menghalau atau membunuh haiwan haiwan perosak demi kelangsungan UMNO.

Walaupun cara ini tidak disukai oleh pendukong pendukong Najib demi kedudukan dan laba maka apa yang diluah bahawa tindakan Dr Mahathir hanya " sia sia" sebenarnya memberi impak yang besar kepada kerajaan pimpinan Najib dan masa depan UMNO.

Gerakan yang tidak berpaksikan politik ini telah disambut oleh rakyat dengan hati terbuka cuma ahli politik dari UMNO saja yang cuba memesong niat ini dengan memainkan isu menakutkan orang melayu  iaitu" sekiranya Cina memerintah, hak melayu tergadai".

Apa yang ditonjolkan pemimpin UMNO hanyalah " ketakutan hilang kuasa".

               Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment