Wednesday 9 March 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH "N" PENGAKHIRANYA .BHG 4

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maaf, terpaksa bagi line untuk isu semasa.

          Siapa terkena "daulat:"

Sehingga coretan ini diluahkan UMNO melalui Parti Perikatan dan terkemudian dikenali pula sebagai  Barisan Nasional pula dan telah menerajui negara ini selama 59 tahun.

Sedarkah kita diwaktu penetapan tarikh pengistiharan ini,  ianya dilakukan melalui kesepakatan para para alim ulama terdahulu diantaranta Syeikh Abdullah Fahim merangkap Mufti Pulau Pinang tetapi yang mengerak dan yang berjuang sehingga terkorban nyawa menentang Inggeris termasuklah golongan ulama dan jumlahnya juga ramai.

Kalau dahulu pemimpin negara yang menggalas tugas adalah kerana amanah.

Apa yang membuatkan negara ini cepat mencapai impiannya adalah kerana doa doa dan keikhlasan  anak bangsa yang menerajui dan mengepalai kerajaan. Setiap doa dan usaha mereka hanyalah untuk menaburbudi dan membalas jasa rakyat.

Walaupun ketika itu institusi Istana hanya berfungsi sebagai pelindung kepada kerajaan rakyat yang baru ditubuhkan namun kesungguhan Pemimpin dalam merealisasi impian kepimpinan dilihat amat sukar.

Dengan segala kuasa ekonomi dimonopoli oleh bukan Melayu serta kelompok bangsawan maka isu pendidikan menjadi kekangan utama .
Tetapi selepas merdeka isu pendidikan bukan lagi menjadi halangan.

Prasa mengenal diri dan batang tubuh bumi ini pada mulanya berada dijalan sebenar tetapi apabila pemimpin mula taksub dan mengandaikan diri bahawa jalan yang dirintis adalah berpasakkan kepada kebenaran yang pada hakikatnya hanyalah ilusi, keberkatan keatas batang tubuhnya  mula "tergantung".

Segala hasil masyul batang tubuh mula hilang keberkatanya. Segala yang dimiliki habis sedikit demi sedikit. Gunung ganang yang merimbun menghijau mula hilang seri. Hasil emas semakin berkurangan dan bijeh besi pula makin hilang harga namun semua hasil kekayaan isi bumi diboloti oleh kaum tertentu pula. Begitulah nasib batang tubuh ini.

Amanah dan wasiat yang dipasakkan oleh Raja Terdahulu yang terpaksa berhijrah meninggalkan bumi Melaka menuju ke Johor demi melengkapkan sebuah pengkisahan telah disia siakan oleh pewaris.

Merapatkan diri demi sebuah janji yang telah temetri diantara Kerajaan Jin Gunung Ledang dengan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, dengan "jaminan", telah membebankan lagi fikiran Sultan , namun perjanjian yang telah termaktub itu tiada siapa boleh membatalkan kecuali....

Kini negara ini diperintah melalui kuasa atau suara rakyat melalui jawatan Perdana Menteri. Institusi Raja hanya bersifat pelindung untuk hal hal keugamaan saja. Hala tuju dan kecondrongan mencorak terletak dibahu pemerintah atau kerajaan.

Segala sumpah dan daulat Raja Raja terhadap batang tubuh Kerajaan Melayu yang telah tertembuni sejak azalinya mula dimakan sumpah. Bukan Raja yang menderhakai sumpah moyangnya tetapi pemimpin yang dipileh rakyat yang menderhakai bumi ini.

   Cukup setakat ini....inshaallah..Bhg 5
   akan menyusul..

               Cahaya Al Majid





No comments:

Post a Comment