Monday 14 March 2016

THE PROMISED LAND : SANGGUP KE KALAU NEGARA INI DIBOIKOT DUNIA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nama dahlah busuk.  Pandangan negara luar dah semakin menjengkel terhadap negara. Mendabik sebagai negara Islam progresif dan mengikut sunnah tetapi tindak tanduk mengalahkan kafir. Itulah yang terjadi kini.

Hanya kerana dihalalkan oleh AG Apendi, seluruh saf pemimpin pilihan Najib, memperlihatkan sikap siapa juara diantara juara yang berjaya menobatkan Najib  sebagai manusia yang "paling suci" dan Perdana Menteri " anugerah tuhan" dan manusia yang paling sempurna diMalaysia sehinggakan keseluruhan kepimpinan BN dari utara hingga ke selatan termasuk Sabah dan Sarawak , yang sanggup sujud dikaki Najib demi memeluk kuasa dan kekayaan.

Semua pemimpin pemerintah Kerajaan BN samaada Melayu atau bukan Melayu atau yang beragama Islam ataupun bukan Islam, samaada di Sabah mahupun di Sarawak ,semuanya mengaku bersetia bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan selagi Najib menjawat jawatan Perdana Menteri dan kedudukan beliau adalah diatas undang undang tetapi Raja Raja Melayu ataupun Sultan tetap tertakluk dibawah undang undang dan Perlembagaan.

Apa saja buah tangan atau buah fikiran Najib semuanya dihalalkan samaada oleh BN, UMNO, Menteri  Kabinet, MT mahupun Ketua Bhg UMNO tidak ketinggalan juga mereka mereka yang mendapat habuan samaada secara terus atau sebaliknya semuanya menghalalkannya.

Walaupun bertubi tubi persoalan di Parlimen ditimbulkan namun penghalalan juga dilakukan oleh Speaker Parlimen dan perbuatan ini mencerminkan bertapa rakusnya perbuatan membenteng Najib dibuat demi mengagalkan kebenaran dari didebat .

Hari ini negara luar memandang rendah terhadap negara ini. Ketelusan ,hak asasi manusia dan kebebasan bersuara berada diparas paling terendah. Kebebasan sebenar telah terhakis dan hanya suara kerajaan dan suara pemerintah saja yang halal , suara penentang yang tidak sealiran dengan suara pemerintah akan diblok dan segala sejarah silam penentang diviralkan dan dimomokkan dimedia utama milik kerajaan pemerintah.

Dunia luar sedang memerhatikan. Segala salahlaku dan tindak tanduk parti pemerintah terutama tentang salah laku salah tadbir dan gaya hidup pemimpin parti pemerintah boros dan hooha pasti dipaparkan dimedia milik mereka.

Hanya didalam negara ini saja tindakan pemimpin kerajaan pemerintah dihalalkan tetapi bersediakah kita apabila negara ini diboikot oleh dunia luar? Bersediakan kerajaan kita sekiranya negara kita dikenakan sanction kerana pencabulan undang undang terhadap demokrasi?
Atau bersediakah negara kita sekiranya mereka menuduh bahawa kerajaan negara kita secara langsung terlibat dalam skandal pengubahan wang haram?

Hanya masa menanti saat..

               Cahaya Al Majid












No comments:

Post a Comment