Wednesday 13 April 2016

THE PROMISED LAND : BERBEZAKAH MEREKA BERDUA??

Bismillahhirrahmannirrahim.

"BAPA BORIK ANAK RINTIK"

Pepatah melayu ada menyebut " bapa borek anak rintik" bertujuan untuk mengambarkan seseorang anak yang dikata pasti akan mengikut tingkah laku dan corak daripada bapanya. Adakah perumpamaan ini benar seperti yang didakwa orang orang terdahulu. Atau terpakaikah perumpamaan ini terhadap bukan Melayu.?

Rata rata orang mengatakan bahawa bapa Najib iaitu Allahyarham Tun Abd Razak merupakan seorang Perdana Menteri yang mendahulukan kemasyalahatan rakyat terutama orang Melayu dan beliau dikata berserdahana dan seorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan negara mahupun perbelanjaan keluarganya. Itulah yang di kata oleh mereka mereka yang sekapal dan sebumbung dengan Tun Razak ketika dalam perjuangan parti iaitu Parti UMNO.

Dari apa yang diketahui umum rata rata anak anak Tun Razak dari Najib hinggalah ke Nazir semuanya dihantar keluar negara seawal umur remaja untuk melanjutkan pelajaran. Itulah menafaat dan keuntungan yang diraih Tun seadanya. Keuntungan lain hanya Allah swt saja yang tahu.

Kini Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri. Apa yang rakyat difahamkan beliau merupakan seorang yang boros dan kuat berbelanja. Bukan  rakyat Malaysia saja yang tahu keborosan Najib malahan satu dunia bercerita tentang perbelanhaan diluar kemampuan nya tersebar luas. Rakyat nak tahu juga berjutakah gaji seorang Perdana Menteri?

Kemewahaan melimpah ruah melebihi seorang billionair, itulah gaya kehidupan beliau  seperti yang dipaparkan oleh media luar negara Wall Street Journal ke, Washington Post ke dan lain lain malahan apabila berita Rm2.6 billion dan Rm42 juta masuk keakaunnya ditambah dengan kemasukkan beratus juta USD lagi keakaun peribadinya telah terjumlah lebih kurang Rm4 billion, menambahkan lagi kecurigaan rakyat terhadap beliau.

Dan pada masa yang sama juga 1MDB terbabit dengan skandal hutang berjumlah RM50 billion seperti yang diperakui oleh PAC dan pada masa yang sama juga Najib adalah Penasihatnya. Dan telah disahkan bahawa setiap keputusan 1MDB mestilah dengan kelulusan bertulis dari Najib. Oleh itu semua kebertanggungjawapan tentang hutang ini pasti dan wajib digalas oleh Najib tanpa dakwa dakwi.

Melalui pendedahan terbaru dari " rakan kongsi" 1MDB iaitu IPIC, syarikat yang telag dibayar berbillion USD iaitu Petro Saudi BVI nyata bukanlah syarikat yang dinaungi IPIC, tidakkah sebagai seorang Perdana Menteri @  Menteri Kewangan mahupun Penasihat 1 MDB yang telah mengilhamkan penubuhan 1MDB tidak tahu bahawa  Syarikat Petro Saudi yang didaftarkan di Caymen Island itu bukan syarikat milik IPIC.

Tak kan Najib tak tahu bahawa perjanjian yang temeteri dan kerjasama yang ditandatangani nya itu telah terbatal selepas 6 bulan walaupun USD1 Billion telah didahulukan .Tak kan 1MDB ataupun BANK NEGARA ataupun Kementerian Kewangan tidak membuat semakan tentang kebenaran pertalian antara Petro Saudi BVI dengan IPIC (Syarikat Induk)?

Atau pun sememangnya bahawa semua ini adalah satu perancangan yang telah diatur sepertimana diatur semua kesenangan buat anak anak Tun Razak bagai yang dikata dan didakwa bahawa semua kos perbelanjaan anak anak Tun Razak dibiayai sepenuhnya oleh datuknya Tan Sri Noah seolah olah Tun Razak tidak kemampuan ataupun mengambarkan bahawa Perdana Menteri Tun Abd Razak adalah miskin dan tak berduit ?


Jadi,  bolih kah kita terima perumpamaan Melayu ini " bapa borik anak rintik".

Kalau kita terima perumpamaan ini maka kemungkinan Tun Razak  juga melakukan perkara yang serupa , dengan menggunakan orang lain untuk kepentingan sendiri.

                Cahaya Al Majid










1 comment:

  1. Bro Cahaya Al Majid,

    In trying to nail the CULPRIT, lets not dragged the Father into this and, thats my understanding this article is inferring to. He'd (Tun Razak) passed and say some prayers and Al Fateha to him as much as we ourselves wants/hoped a complete absolution from our deeds (the Sin)!

    The Chief-Pirate needed to be purged first before anymore damage can be done to the country!

    My unsolicited advise, sincerely.

    MLN

    ReplyDelete