Thursday 21 April 2016

THE PROMISED LAND : BUKAN SEBAB PEKONG 1MDB KE ..?

Bismillahhirrahmannirrahim.

   SIAPA UNDANG SIAPA NI?

Secepat kilat Najib membidas statement Dr Mahathir?

Dr Mahathir hanya merayu kepada penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan penemuan siasatan 1MDB dan penemuan siasatan tersebut hendaklah didedahkan kepada umum agar kebenaran dapat didedahkan.

Hai! hanya kerana Dr Mahathir merayu kepada penyiasat antarabangsa untuk didedahkan hasil penemuan siasatan mereka terhadap 1MDB dan mengumumkan hasil siasatan kepada umum, adakah tindakan ini terkategori dalam skop mengundang campur asing?

Telah sejak sekian lamanya isu 1MDB ini telah menjadi isu dan topik utama bukan hanya diMalaysia saja malahan isu 1MDB ini juga telah menjadi perhatian berita utama dunia . Apa nak diselindungkan lagi , tambahan pula kes ini pula sedang disiasat oleh beberapa negara.

Kalau setakat duit tersonglap berbillion ringgit dan hanya melibatkan Bank Malaysia saja mungkin negara luar tak ambil pot pun tetapi apabila kes ini melibatkan sistem perbankkan Swiss serta beberapa lagi bank luar negara terutama tentang keterlibatan unsur undur pengubahan wang haram serta rasuah, maka kelubang cacingpun akan mereka korek.

Oleh itu samaada Dr Mahathir merayu ataupun tidak itu bukan isu cuma apa yang pasti kecurangan serta rasuah ini perlu dibongkar .

Samaada kita suka atau tidak, mengklasifikasi siasatan ini sebagai campurtangan negara luar, semua persepsi itu terpulang kepada kita untuk menjustifikasikannya.

Tetapi sekiranya Najib mentakrifkan tindakan Dr Mahathir ini sebagai memohon campur tangan asing, maka saya kira seeloknya Najib belajarlah Bahasa Melayu secukupnya agar tidak lagi diketawakan oleh anak anak muda.
Sepertimana ungkapan sajaknya yang viral berbunyi :-

   "Sekali layar sudah dikembang apabila
   sauh sudah dilabuh, pantang nakhoda
   dan anak anak kapal berbalik haluan."

Nak tanya gak...Najib faham ke apa yang dilafas atau sekadar membaca text je..

Takut takut Najib tak faham bahasa je.

           Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment