Thursday 21 April 2016

THE PROMISED LAND : PENDEDAHAN TENTANG HISTERIA

Bismillahhirrahmannirrahim.
              BAHAGIAN 1

Semoga kita mendapat rahmat dan kerahmatan tentang apa yang berlaku.

                   Histeria.
Dalam kekalutan yang sedang melanda diri manusia samaada yang beriman mahupun sebaliknya ianya bukan saja berlaku disini  malahan diluar negara samaada negara yang mengamalkan ajaran Islam mahupun yang bukan Islam, fenomena "histeria" ini bukanlah satu yang aneh atau pun tak pernah berlaku.

Histeria tergolong dalam dua kategori. Pertama histeria kerana dajalan atau angkara manusia dan dua kerana faktor bukan manusia. Tetapi apa yang terhadi kebanyakkannya adalah kerana faktor diluar kawalan manusia.

Hiteria ini terjadi kerana beberapa faktor dan telah banyak kajian dilakukan samaada oleh pakar Islam mahupun bukan Islam terhadap mangsa mangsa ini namun jawapan konkrit terhadap gejala ini belum lagi menemui jawapan yang pasti.

Ada yang mengatakan kerana faktor kebersihan diri, kerana tekanan perasaan, kerana tidak melakukan solat kerana kotoran haid dan bermacam macam lagi . Namun semua pandangan ini sebenarnya tidak tepat serta pandangan yang dangkal.

Setiap penganut samaada Islam mahupun bukan Islam mempunyai kepercayaan tersendiri ,cara bagaimana untuk menangani perkara ini adalah mengikut kepercayaan serta amalan agama masing masing.

Ada yang berjaya dan ada yang tidak. Berjaya atau tidak sebenarnya bukanlah kejayaan sebenar tetapi samaada "pengamal perubatan" ataupun " ustaz ustaz ataupun "mong" mahupun "tok sami" ataupun "padri atau pastor" akan mengaku berjaya menghentikan apabila serapah ataupun jampi jampi mahupun mantera mantera ataupun kata kata Bible dan juga ayat ayat suci dibacakan dan perkara itu terhenti.

Sebenarnya bukan bacaan atau serapah itu yang menghentikan gejala histeria itu tetapi sebenarnya ada sebab lain yang menghentikan perkara itu dari berlarutan atau merebak.

Kebanyakkan pengamal pengamal ini tidak mengetahui apakah punca sebenar dan jenis apa  "makhluk" ini dan apa sebenar yang terjadi sehingga "makhluk" ini menganggu atau menghuraharakan kelompok manusia disesetengah kawasan.

Allah swt telah berjanji bahawa bumi ini dijadikan untuk manusia dan jin dan tujuannya untuk makhluk ini (manusia dan jin) mengesakan Allah swt.

Kawanan atau kelompok makhluk ini juga bersifat seperti manusia dan caranya juga sama seperti kita, ada yang beriman dan juga tidak (jin Islam dan bukan Islam) Dan disesetengah kawasan kampung mereka juga bersih dan tersusun.

Banyak rahsia dunia sebelah sana yang tidak diketahui oleh manusia. Kalau manusia berbangga dengan semua era kemodenan didunia sebelah sanapun tidak kurang hebatnya, mereka juga sama. Apa yang kita ada mereka juga miliki perkara yang serupa.

  Bismillahhirrahmannirrahim.

Sesungguhnya aku bermohon dari Allah swt agar diriini dilindungi dari Syaitan yang direjam.

"Sesungguhnya apa yang saya kongsi dibawah ini adalah kebenaran dan hanya Allah swt yang menjadi saksinya"

Pada tahun 2004 anak perempuan saya telah menyertai Program PLKN dikem PDS Kem Pasir Panjang , Port Dickson. Kem tersebut merupakan hutan yang telah ditebang pokoknya bagi tujuan mendirikan kem PLKN.

Ketika itu terdapat hampir 700 orang pelatih PLKN dari berbagai kaum serta berbeza  latar belakang. Dan tenaga pengajarnya pula lebih kurang 20-30 orang termasuk Ustaz.

Dan pada petang kejadian itu lebih kurang 40-50 orang pelatih disampuk histeria. Bukan saja pelatih Islam disampuk malahan pelatih kaum Cina dan India juga terkena sampukan histeria itu.

Mengikut cerita dari anak serta cerita dari staff , itu adalah pengalaman pertama yang mereka lalui kerana kem PLKN tersebut baru saja siap. Kawasan kem itu dibelakangi bukit yang masih lagi berstatus hutan dan berhadapan kem tersebut , lebih kurang 100 meter adalah laut.

Ketika krisis histeria itu terjadi, beberapa orang Imam tempatan telah dipanggil untuk "mereda"kan situasi namun usaha itu tidak berhasil. Kegagalan dari menggunakan alternatif yang pertama iaitu melalui keadah pembacaan ayat ayat suci Al Quran maka cara menggunakan pengamal perubatan atau bomoh setempat juga dipanggil , namun semuanya tidak berhasil malahan bertambah buruk.

Sebuah pertubuhan yang ternama juga dipanggil bagi tujuan penstabilan jiwa pelatih pelatih namun usaha itu juga tidak membawa kesan. Berbagai cara dilakukan .

Apa yang berlaku pada setiap seorang pelatih yang telah terkena "histeria" akan dipegang kaki dan tangannya oleh 4-5 orang dan ketika itu ahli kumpulan pertubuhan tersebut akan membaca khalimah khalimah Allah swt terhadap mangsa. Ada diantara  mangsa yang terpaksa dipicit kaki dan tangan dan ada juga yang terpaksa menahan kesakitan kerana pukulan ditubuh "mangsa". Namun apa yang terjadi ada yang pulih dan pada masa yang sama pelatih lain pula diserang.

....bagaimana cara saya menuteral kan kawasan ini serta bagaimana saya memulihkan pelatih , akan bersambung. Semoga pendedahan ini dapat membantu kawasan kawasan yang dilanda fenomena ini...

                  Cahaya Al Majid







1 comment: