Tuesday 19 April 2016

THE PROMISED LAND : AHLI DEWAN NEGARA PUN MENGECAM DR MAHATHIR

Bismillahhirrahmannirrahim.

" ADA BRAN KE SENATOR NI??"

Tiga atau empat kerat Ahli Dewan Negara ataupun Senator dari Barisan Nasional mengecam Dr Mahathir berhubung tekanan Dr Mahathir terhadap Najib berhubung isu dana Rm2.6 billion.

Ada diantara mereka  mengatakan bahawa Kerajaan Arab Saudilah yang menyumbang dana RM2.6 billion keakaun Najib seperti yang mereka faham dari apa yang dipaparkan namun kelompok Senator ini samada faham atau sengaja buat buat tidak faham tentang kebimbangkan Dr Mahathir terhadap Najib atau sememang tidak menperdulikan imej dan intergriti negara ini yang sedang merudum, tidaklah dapat dipastikan.

Berapi api semburan kata kata mereka terhadap pendirian Dr Mahathir. Yang menjadi masaslahnya, sekiranya apa yang didakwa Dr Mahathir itu adalah salah dan menganggap dakwaan Dr Mahathir itu satu fitnah atau menyimpang jauh dari kebenaran maka jawaplah dan tunjukkanlah bukti surat menyurat atau pun apa apa bukti yang dimiliki demi menghapuskan tuduhan Dr Mahathir.

Kalau benarlah Senator ini amat menghargai intrigriti dan bermaruah, bersepakatlah sesama Senator tu, dan buatlah satu persepakatan  diantara Ahli Ahli di Dewan Negara untuk menyaman:-
  1. Wall Street Journal
  2. Sarawak Report
     atau mana mana Media Antarabangsa
     yang dirasa telah memfitnah Perdana
     Malaysia dan tidak ketinggalan juga
     terhadap Dr Mahathir.
Itupun kalau Senator Senator ini rasa bermaruah dan berintrigriti dan sekali gus bolihlah membersihkan dan mensucikan Perdana Menteri.

Kalau setakat cakap je berdegar degar dengan harapan dapat imbuhan dari Najib dan membiarkan maruah negara diinjak injak oleh orang luar..seeloknya letak jawatan dan bersara dari Senator adalah jalan terbaik.

Senator perlu tahu, maruah siapa perlu didahulukan..samaada Najib ataupun Negara Malaysia.

     Senator.!!!!..lu fikirlah sendiri!!!!

                 Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment