Tuesday 19 April 2016

THE PROMISED LAND : EMPANGAN BAKUN vs 1MDB

Bismillahhirrahmannirrahim.

"TAK MAHU KES BAKUN BERULANG"

Ucapan sinis Najib ini sememangnya ditujukan kepada Mantan Perdana Menteri @ Mantan Pengerusi Barisan Nasional aka Mantan Presiden UMNO tak lain dan tak bukan Dr Mahathir Mohamed.

Mungkin Najib merasakan dengan meluahkan perasaan dendam kesumat hatinya atau pun cubaan merendahkan kredabiliti Tun Mahathir serta menaikkan sentimen kebencian dan menanam kemarahan  orang Sarawak terhadap Tun dilakukan secara terangan.

Mungkin Najib beranggapan bahawa dengan membubuh tuba terhadap Tun Mahathir , beliau berharap kewibawaan beliau selaku Perdana Menteri akan naik mendadak .

Umum tahu bahawa kos pembinaan Empangan Bakun telah meningkat kerana kelewatan kontraktor serta elemen elemen bantahan dari orang tempatan.

Walaupun kosnya pembinaannya telah mencanak kepada RM15 billion namun perlu kita ingat. bahawa..walaupun lewat dan harganya meningkat kerana faktor yang disebutkan..orang Sarawak tetap menikmati faedah dan menafaatnya berbanding orang Semenanjung.. jadi apa masaalahnya?

Najib cuba membandingkan dengan usahanya yang baru dilancarkan itu iaitu Lebuhraya Pan Borneo..itu je..takpalah sama samalah kita tengok dan saksikan..samaada ini janji pilihanraya ataupun sebaliknya.

Since Najib dah mula membandingkan usaha Tun Mahathir tentang Bakun ,mari lah kita singkap Syarikat dimana Najib sebagai Penasihatnya iaitu 1MDB .Najib adalah Menteri Kewangan dan Najib jugalah Perdana Menteri dan perjalanan syarikat yang diilhamkan oleh dirinya sendiri telah menggunungkan hutang sebanyak RM50 billion (seperti disahkan PAC).

Sila tanya Najib, apakah  menafaatnya hutang 1MDB ini kepada negara? Adakah dengan menggunungkan hutang , negara kita atau 1MDB dapat menambah pendapatan beratus billion ,samaada kepada 1MDB mahupun negara?

Tidak sedarkah Najib ,hanya kerana 1MDB dan hutang RM50 billion itu bakal meranapkan negara ini? Tunggu seminggu dua lagi...tsunami ekonomi pasti meledak.

 Nak tengok siapa bakal kena "heart attack" .

                   Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment