Tuesday 27 September 2016

THE PROMISED LAND : JIN DISISIH ATAU MANUSIA YANG TAK FAHAM: BAB SATU.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sebut saja perkataan "JIN" ramai yang berdiri bulu roma dan ramai juga yang teetelan air liur , perasaan takut atau seram pasti menyelubungi diri seseorang kerana kita telah dimomok momokkan dengan bermacan cerita oleh manusia mahupun cerdik pandai agama ataupyn ustaz.

Sememangnya Allah swt jadikan alam ini untuk manusia dan Jin semata mata untuk menyembah Yang Maha Esa iaitu Allah swt.

 Sementara Malaikat pula mendiami alam "langit" yang kerjanya hanya membesarkan Allah dan bersujud mengikut ketentuan dan kehendak Allah swt. Tetapi kali ini kita bercerita tentang makhluk yang diamanahkan Allah swt untuk mendiami bumi ini bersama manusia iaitu Jin.

Bab syaitan yang telah terusir kerana "janjinya" dihadapan Allah swt juga berada dikalangan antara manusia dan jin. Bab syaitan kita kupas dientry yang lain ok...

Jin terdiri dari dua kelompok iaitu Islam dan bukan Islam. Rupa susuknya samalah seperti manusia cuma jin tidak dijadikan dari tanah. Yang membezakan jin , kelompok mereka "ghaib" dari pandangan mata manusia. Cara hidup gaya dan peradaban , sama seperti manusia.

Kini tersebar luas melalui pemahaman orang Melayu dan juga ustaz uztaz mahupun bomoh bomoh ,mendakwa bahwa segala penyakit yang berlaku yang tidak dapat dikesan oleh Doktor mahupun pengamal perubatan, mereka akan menjurus kepada "ankara jin" ataupun dimomokkan "hantu" atau " saka".

Tetapi apa saja dakwaan yang ditujukan kepada "makhluk" ini dapatkah Pengamal atau bomoh ini membuktikanya, atau ianya sekadar "kata katanya" saja.

Berbalik kepada Al Quran, terang dan nyata ,salah satu Surah juga dinamakan Allah swt iaitu Surah Al Jinn tetapi pernahkah kita mengambil iktibar bahawa didalam Surah ini terselindung ilmu yang paling besar buat manusia. Itupun kalau manusia itu benar benar beriman dengan isi Al Quran, bukan yang ambil separuh buang lagi separuh. Maklumlah golongan bagini amat banyak berkeliaran sekarang ni .

Tahukah kita bahawa bangsa Jinn ini tiada kitab buat mereka bagitu juga dengan Nabi mahupun  Rasul tetapi kelompok Jinn ini diwajibkan oleh Allah swt untuk mereka beriman kepada Al Quran dan bernabi dan berasulkan keatas diri baginda Rasullullah Nabi Muhammad s.aw.

Kehebatannya bangsa Jinn ini, walaupun mereka tiada Kitab Al Quran yang nyata buat mereka tetapi ramai dari kelompok mereka yang "tahfiz", macam manusia, malahan sunnah yang diikut amat tepat sekali berbanding manusia macam kita.

Itu sebabnya apabila rumah kita yang selalu dibacakan Alquran akan terdapat ramai golongan Jinn ini menghampiri dan mendekati .l Kedatangan mereka bukanlah untuk tujuan keburukkan tetapi datang untuk mencari ilmu . Itu sebab kitab Al Quran yang kita miliki jangan disimpan ditempat tersorok atau dalam Almari, tetapi sebaiknya diletakkan diatas sejadah sembahyang .
 
        ....bersambung... .

              Cahaya Al Majid








6 comments:

  1. @ .... Surah.My
    Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu

    Surah Adz-Dzaariyaat - سورة الذاريات

    **** FIRMAN ALLAH AZAWAJALLA DLM ALQURAN :

    ".... Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia
    melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu".

    (Adz-Dzaariyaat 51:56)

    ReplyDelete
  2. BENERKAH..?? SEJAHAT2 MANUSIA ITU, ITULAH DIA SEBAIK2 JIN..
    BENERKAH..?? SEHODOH2 MANUSIA ITU, ITULAH DIA SECANTIK2 JIN..

    ReplyDelete
  3. Salam. Inshaallah. Baru saja balik dari Spore..dan terkejut dengan peristiwa yg dilalui..seolah olah kebetulan tetapi..itulah ketetapan Allah...sememangnya tak sabar nak kongsi dengan pembaca ..tunggu Bab 2 ok...pasti menarik untuk dikongsikan.

    ReplyDelete